Setelah banyak kali saya dihasut dan mendengar cerita mengenai kedai makan Pecal Lele yang dikatakan sangat sedap di Padang Jawa, akhirnya saya pun merancang untuk merasainya sendiri. Rupanya kedai makan Pecal Lele ini dah lama beroperasi dan sangat terkenal bahkan menjadi port bagi pelajar UiTM Shah Alam dan pengemar Pecal Lele. Terletak di Padang Jawa, Shah Alam lokasi kedai makan ni agak senang untuk dicari dengan berpandukan pada papan tanda besar yang diletak bermula dari jalan utama.
Jangan risau kerana terdapat parking khas buat pengunjung kedai makan Pecal Lele kat sini. Saya dimaklumkan, kedai makan ni selalunya ramai orang lebih-lebih lagi pada waktu makan tengahari.
Walaupun kedainya nampak simple, namun mereka menggunakan sistem order dikaunter dan makanan akan dihantar di terus ke meja kita. Jadi sebelum buat sebarang order, kenalah tau nombor meja terlebih dahulu. Diantara pilihan makanan kat sini adalah Pecal Lele, Pecal Ayam, Pecal Bebola, Pecal Daging dan beberapa lagi menu makanan Indonesia yang lain. Yang paling famous sekali dah tentulah Pecal Lele dan juga Pecal Ayam. Harga makanan kat sini boleh dikatakan tidaklah terlalu mahal dengan harga average dalam RM5-RM6 untuk satu menu makanan. Apa yang menarik lagi, kebiasaanya pelanggan tetap akan order set campur yang tiada di dalam menu seperti Pecal Ayam + Pecal Daging ataupun apa-apa kombinasi yang diingini.
Lepas buat order makanan, kita boleh mengambil nasi sendiri ikut berapa banyak kita nak ambik. Kat sini juga ada beberapa lauk tambahan percuma seperti kaki ayam, sup, dan ulam. Walau bagaimanapun lauk kaki ayam ni selalu cepat habis dan bergantung pada nasib.
Macam nilah rupanya hidangan pecal yang dihidangkan di meja saya. Portionnya tidaklah terlalu banyak namun bagi saya sesuai dengan harganya. Keunikan Pecal Lele kat sini adalah pada sambalnya yang sedap dan pedas. Rasa makanan kat sini memang ada rasa asli masakan Indonesia. Beberapa menu yang terdapat kat kedai ni juga sangat unik dan saya tak pernah makan ditempat lain iaitu seperti Pecal Daging dan Pecal Bebola. Oleh kerana terlalu banyak pilihan, saya lebih gemar makan lebih dari satu lauk sebab nak rasa semua jenis pecal kat sini.
Tapi apa yang menarik minat saya adalah lauk kaki ayamnya. Mungkin bukan semua orang suka makan kaki ayam, tapi saya rasa kaki ayam kat sini sangat sedap lebih-lebih lagi ianya dimasak ala-ala paprik kicap.
Walaupun harga makanan kat sini tidaklah terlalu mahal, tetapi sebagai peminat Pecal Lele saya agak sedikit kecewa dengan sistem pembahagian makanannya. Di dalam setiap set Pecal Lele, mereka tidak menyediakan tempe dan tauhu yang sepatutnya merupakan set wajib bagi menu Pecal Lele. Set tempe dan tauhu dijual secara berasingan. Begitu juga dengan kicap dan sambal tambah yang dijual secara berasingan di dalam mangkuk plastik kecik dengan harga 50sen.
Secara keseluruhannya, Kedai Makan Pecal Lele kat sini memang wajib dicuba. Dengan pilihan yang banyak, tak hairanlah tempat ni sangat famous dan sentiasa penuh.
Alamat :
Pecal Lele Padang Jawa
Lot 617, Jalan Berangan
Kampung Padang Jawa, Shah Alam
Selangor
11,535 total views, 4 views today
Sedap pecel lele ni pernah makan juga tapi sekarang dah lama tak makan.
Khairul recently posted…Apply Kad Debit Maybank Secara Online
dah turun kualiti dia..bertahun lepas dia memang ada skali tempe semua..satu set..hidang dalam bekas kayu..lpas tu dh mula famous..jadi asing asing..lauk pun mkin kecik..meatball dlm gmbar tu sedih semacam..kecut jea..haha..