Kepada sesiapa yang suka jalan-jalan cari makan pasti pernah dengar mengenai “Plan B”. Kedai makan Plan B ala-ala kopitiam ni sudahpun mempunyai cawangan di Kuala Lumpur seperti di One Utama dan Publica. Namun begitu cawangan mereka di Ipoh ini sering menjadi tumpuan pelancong dan orang Perak sendiri kerana keunikan dekorasi di dalam kedai dan kawasan persekitaran. Selain menawarkan makanan ala western dan pelbagai pilihan kopi, Plan B menjadi pilihan tempat untuk bersantai bersama keluarga ataupun kawan-kawan.

planb06

Selamat datang ke Plan B

planb02

Suasana di dalam Plan B

planb01

Menu Plan B

Plan B terletak di tengah-tengah bandar Ipoh iaitu di Jalan Panglima. Mencari Plan B tidaklah begitu sukar kerana kawasan kedainya yang besar dan sentiasa memaparkan signboard “Plan B” tidak kira dari arah mana anda datang. Dekorasi di dalam kedai Plan B sungguh santai dan banyak menggunakan elemen-elemen barat serta pokok hijau sebagai trademark mereka. Setiap ruangan di dalam kedai menggunakan pelbagai jenis meja dan susunan bagi memberi pilihan kepada pelanggan samada ingin makan secara dua orang, kumpulan ataupun untuk sesuatu majlis. Lampu downlight kuning dan dinding berkaca pula menaikkan mood eksklusif ketika berada di dalamnya.

planb03

Rekaan di dalam Plan B

planb04

Suasana makan di luar

Di sini juga terdapat pelbagai pilihan menu untuk dicuba. Semasa kunjungan saya di sini, saya  telah mencuba beberapa menu sarapan pagi seperti Eggs BenedictBig Breakfast dan Earl Grey. Secara keseluruhannya harga makanan di sini agak sedikit mahal namun mempunyai keunikan rasanya yang tersendiri. Diantara menu lain yang terkenal di sini adalah Smoked Salmon, Plan B Salad, Canonara dan Buttermilk Fried Chicken. Selain itu, pelanggan juga boleh mengambil air kosong secara percuma dari botol berupa botol iodine pada bila-bila masa.

Advertisements
planb08

Eggs Benedict – RM16

planb09

Eggs Any Style – RM10

planb10

Menu-menu lain

planb11

Big Breakfast – RM31

Seperti yang saya maklumkan tadi, kawasan di sekitar Plan B merupakan daya tarikan utama orang ramai ke sini. Pada hujung minggu, saya dapat saksikan ramai orang datang ke kawasan persekitaran Plan B hanya untuk mengambil gambar. Di sini juga ada menjual beberapa barang unik dan klasik yang sukar untuk didapatkan di luar. Ada diantaranya adalah barang-barang hasil kraftangan ataupun barang antik. Tidak jauh dari situ juga, terdapat satu lagi kedai yang menjadi tumpuan iaitu kedai menjual Ais Kepal. Ais Kepal moden ini mempunyai pelbagai pilihan rasa seperti Laici, Bandung dan ianya hanya dijual dengan harga RM5.

planb07

Suasana kedai-kedai sekitar

planb05

Mangga ini dijual sebagai charity

planb12

Hiasan dalaman di Plan B

planb13

Pilihan Ais Kepal

planb14

Ais Kepal menjadi keunikan makanan di sini

Tidak lengkap pula kalau datang ke sini sekiranya tidak mengambil gambar di mural-mural disekeliling kedai ini. Ini adalah kerana bangunan di sini merupakan bangungan-bangunan lama dan untuk memberi nafas baru, dinding bangunan ini telah diwarna dan dilukiskan. Beberapa lukisan mural telah dilukis dikawasan sekitar dan kita haruslah berjalan-jalan untuk mencari sendiri di mana lokasi mural tersebut. Dengan rekaan bangunan lama serta keunikkan mural ini, tidak hairanlah di kawasan ini juga menjadi tumpuan juru gambar perkahwinan di Ipoh.

planb18

Suasana sekitar

planb17

Hiasan luaran yang sungguh unik

planb16

Mural

planb15

Mural yang sungguh terkenal di Ipoh

 25,809 total views,  1 views today

Advertisements
         

Related Articles

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

1 CommentLeave a comment

  • Adakah anda pastikan restoran cafe ini punyai sijil halal JAKIM?
    sedangkn ia rsanya bukan dimiliki oleh orang islam..saya difahamkn ada arak juga dijual..
    Sila beri pencerahan..jika saya silap..wallaualam..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.