Pisang Goreng Cheese mungkin dah terlalu banyak dan viral di Malaysia. Tapi tahu tak, sebenarnya menu pisang cheese adalah berasal dari Indonesia yang telah diubah suai. Kalau sesiapa yang pernah ke Indonesia, pasti dah tahu macam mana mereka begitu fanatik dengan cheese. Kalau boleh semua jenis masakan, mereka akan masukkan cheese. Tak kurang juga dengan menu istimewa  Roti Bakar dan Pisang Cheese di kedai Roti Bakar Eddy yang melimpah dengan cheese. Saya berpeluang merasainya sendiri di Roti Bakar Eddy yang terletak di Jakarta.

Roti Bakar Eddy

Roti Bakar Eddy di Taman Mini Indah Indonesia

Roti Bakar Eddy

Di antara menu Roti Bakar Eddy

Roti Bakar Eddy

Teh Botol minuman wajib di Jakarta

Saya dimaklumkan, kedai Roti Bakar Eddy ni terdapat beberapa cawangan di Jakarta. Susah saya nak sebut dan ceritakan mengenai satu-satu cawangan yang ada, tapi bolehlah cuba google dulu sebelum datang ke Jakarta. 

Roti Bakar Eddy

Cara membakar roti kat sini

Di sini menu utama mereka sudah pastilah Roti Bakar istimewa. Apa yang istimewa sangat dengan roti bakar kat sini sudah tentulah cheesenya. Cheese serta chocolate rice diapit ditengah-tengah roti sebelum ianya dibakar di atas bara yang panas secara manual. Mereka tak gunakan pembakar roti elektric kat sini. Selepas roti dah garing, ianya ditabur sekali lagi dengan cheese yang banyak dan kemudiannya barulah dihidangkan. Memang terlalu banyak cheese yang digunakan sehingga roti bakarnya pun dah tak nampak. Rasa roti bakarnya sangat garing bercampur rasa unik pada cheesenya. Cheesenya tidak terlalu berlemak tetapi ada sedikit rasa masin dan sedap. Chocolate rice memberikan rasa manis dan pelengkap hidangan istimewa ini.

Advertisements
Roti Bakar Eddy

Roti Bakar Eddy yang dah siap. Cheese banyak sangat, roti pun dah tak nampak

Roti Bakar Eddy

Sedapnya

Begitu juga dengan pisang cheese yang turut di”mandi”kan dengan cheese yang melimpah ruah. Apa yang berbeza adalah pisangnya tidak digoreng seperti di Malaysia, tetapi ianya dibakar ataupun disalai terlebih dahulu. Rasa pisangnya masih kekal dan dicampur dengan sedikit rasa garing. Keseluruhan rasanya adalah sangat unik dan lahir satu perasaan luar biasa yang tidak cukup dengan sesudu. Walaupun nampak macam terlalu banyak cheese, tapi cheesenya tidak terlalu muak tetapi sesedap rasa apabila dimakan bersama-sama.

Kalau sesiapa yang sukakan kelainan, bolehlah cuba pisang cheese yang diletakkan aiskrim. Wow, rasanya sangat meletup bila masuk dalam mulut. Selain cheese dan chocolate rice, saya juga dapat rasanya ada susu ataupun caramel yang dicampurkan bersama. Walaupun menu makanan ni sedap sangat, tapi mungkin kurang sesuai dengan orang yang tak suka makanan manis.

Roti Bakar Eddy

Pisang Cheese Chocolate

Roti Bakar Eddy

Pisang Cheese Chocolate Aiskrim

Roti Bakar Eddy

Rupa pisang di dalam himpunan cheese

Roti Bakar Eddy

Pisang yang dibakar sebelum diletakkan cheese

Satu pinggan pisang cheese dan roti bakar ni adalah sekitar RM4-RM5 sahaja. Rasa puas bila dapat makan sepinggan pisang cheese ni dan ianya pasti makanan wajib kalau saya datang ke Jakarta lagi.

 

 6,149 total views,  1 views today

Advertisements
         

Related Articles

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

1 CommentLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.