Oleh kerana Churros agak terkenal kebelakangan ini, mungkin dah ramai yang pernah makan churros di restoran ataupun cafe-cafe tempatan. Tetapi jangan cakap anda dah betul-betul makan churros paling sedap selagi tak merasai churros di Street Churros. Kalau nak tahu, syarikat pengeluar Street Churros ni sebenarnya berasal dari Korea dan ianya sangat terkenal di Korea sehinggalah dibuka negara-negara lain seperti di Malaysia. Cawangan terkini Street Churros dan merupakan cawangan ke 6 baru saja dibuka di Empire Shopping, Subang Jaya.
Saya sendiri berkesempatan ke cawangan Empire untuk merasa sendiri churros yang dikatakan sungguh sedap ni. Kalau nak tahu macam mana rasanya, teruskan membaca.
Churros pada mulanya berasal dari Amerika Latin dan menjadi makanan minum petang dan ada juga yang menyediakan churros untuk sarapan pagi, cicah dengan coklat panas ataupun dihidangkan dengan kopi. Kesemua churros di Street Churros disediakan selepas pesanan dibuat dan kita akan dapat pesanan ketika di dalam waktu panas-panas dan sedang sedap dimakan. Menurut pihak Street Churros, bagi memastikan kesedapan setiap churros yang dihasilkan mereka menggunakan minyak yang berkualiti dan air purify untuk mengadun bahan-bahan churros.
Churros kat sini semuanya sangat berseri-seri dan nampak menyelerakan. Ianya kelihatan digoreng supaya tidak terlalu hangit ataupun kurang masak. Sekali pandang memang ianya begitu nampak sempurna disediakan. Selain itu, yang uniknya churros kat sini berbentuk seperti U terbalik yang berbentuk seperti ladam kaki kuda yang membawa maksud “good luck” di dalam bahasa Spain. Tengoklah logo Street Churros kan menggunakan simbol yang sama. Lepas ni dari jauh je nampak simbol ni kita dah boleh cam ianya adalah logo Street Churros dan terus terasa lapar.
Ok, kali ni dah sampai masanya untuk proses makan. Saya mulakan dengan Street Churros yang menjadi makanan signature kat sini. Rasanya rangup diluar tetapi sangat lembut di dalam. Seperti yang saya gambarkan, ianya memang dimasak dengan sempurna. Adunan tepungnya saja dan betul-betul cukup rasa. Terdapat 3 pilihan perasa iaitu Cinnamon, Chocolate dan Cheese. Sebenarnya makan begitu saja pun dah sedap, tapi kalau nak tambah sedap lagi kita boleh dip dengan pilihan dips yang disediakan seperti Chocolate, Cream Cheese, Blueberry dan Butterscotch.
Selain dari Street Churros, kat sini juga ada pilihan Stick Churros iaitu churros di dalam beberapa bentuk batang pendek yang boleh dicampur 2 perasa di dalam 1 set. Maknanya bolehlah merasa lebih dari 1 perasa yang juga boleh dicicah dengan dips.
Yang seterusnya adalah pilihan Filling Churros yang sangat menggoda. Ianya adalah churros panjang yang mengandungi filling krim seperti Chocolate, Cream Cheese atau Custard. Memang sangat mengujakan bila makan Filling Churros ni sebab ianya sangat sedap. Tak pernah saya menikmati Churros sesedap ni. Ini adalah salah satu favourite saya kat Street Churros.
Yang seterusnya adalah pilihan Filling Churros yang sangat menggoda. Ianya adalah churros panjang yang mengandungi filling krim seperti Chocolate, Cream Cheese atau Custard. Memang sangat mengujakan bila makan Filling Churros ni sebab ianya sangat sedap. Tak pernah saya menikmati Churros sesedap ni. Ini adalah salah satu favourite saya kat Street Churros.
Tak cukup dengan itu, Street Churros beri pilihan lain pula kepada peminat aiskrim. Kali ni pilihan menu Churros bersama Aiskrim yang dipanggil Ice Cream Churros. Memang nikmat betul Churros yang panas-panas dimakan bersama aiskrim yang sejuk. Kombinasi luar biasa yang terus melekat kat dalam mulut. Terdapat 3 pilihan perasa iaitu Choco-choco, Choco-berry dan Mango.
Bagi menambah variasi, Street Churros juga menyediakan menu Churros Fries yang mempunyai perasa yang unik. Ianya bukan Fries biasa-biasa tetapi mempunyai perasa yang sedap iaitu perasa Sour Cream, Tomato dan Seaweed. Memang sedap betul Churros Fries perasa Seaweed ni sehingga menjilat jari.
Pilihan minuman kat Street Churros ni juga tak kurang meriahnya. Dari pilihan Coffee, Latte, Ice Chocolate, Grean Tea, Milk Tea hinggalah kepada Shake mempunyai rasa yang sedap. Semua minuman sejuk dihidangkan di dalam cawan plastik berserta pemegang cawan yang cantik. Tapi favorite saya adalah Shake perasa O’My Coconut yang mempunyai rasa seperti Coconut Shake Klebang. Ianya mempunyai rasa air kelapa yang segar berserta campuran aiskrim vanila dan penambah perasa iaitu caramel.
Jadi apa lagi, jom kita ke Street Churros sekarang!
Cawangan Street Churros
Empire Shopping Gallery
LK02A, Lower Ground Floor, Empire Shopping Gallery,
Jalan SS16/1, SS16 47500,
Subang Jaya, Selangor,
Tel : 03-56121055
MyTOWN
Lot No. B1.046, Basement 1 Floor, MyTown Shopping Centre 6,
Jalan Cochrane, Seksyen 90, Taman Maluri,
Cheras, 55100, Kuala Lumpur
Tel : 03-92011099
Berjaya Times Square
Lot LG-36, Lower Ground Floor, Berjaya Times Square,
No. 1 Jalan Imbi, 55100,
Kuala Lumpur
Tel : 0321106210
Sky Avenue
Lot No. T2-12, Level T2 Sky Avenue,
Genting Highland Resorts,
69000, Genting Highland,
Pahang Darul Makmur
Tel : 03-61013110
IOI City Mall
LG-66A, Lower Ground Floor IOI City Mall
62500 IOI Resort City, Putrajaya
Tel : 03-89592110
One Utama Mall
Lot LG319A Lower Ground Floor,
1 Utama Shopping Centre 1,
Lebuh Bandar Utama,
Bandar Utama City Centre, Bandar Utama,
47800, Petaling Jaya, Selangor
Tel: 03-76810710
Facebook : http://facebook.com/streetchurrosmy
Instagram : http://instagram.com/streetchurrosmy
Laman Web : http://streetchurros.com.my
5,342 total views, 1 views today











Baru try yang cheese saja. Akan try yang lain. I would say this is one of the best in KL!
Saya paling suka filling churros sebab kita boleh pilih filling mana yang kita nak dan rasanya mestilah sangat sedap. Berbeza dari Churros lain yang saya pernah rasa!
Menarik presentationnya. Boleh ke IOI Mall untuk makan churros ni
Noriza Rahman recently posted…Asid Lemak Omega 6 Hasilkan Hormon Prostaglandin untuk Tingkatkan Sistem Imun
Tergoda betul tengok filling churros tu.
Sue recently posted…Entopia Penang – Tempat Menarik Di Pulau Pinang Yang Wajib Singgah