Alhamdullilah, akhirnya tercapai juga impian melihat suria pagi di Jepun. Ingatkan semalam tu mimpi je datang Jepun, rupanya betul-betul. Hotel yang saya tinggal di Tokyo, Jepun ni namanya adalah Khaosan Tokyo Ninja. Hotel ni merupakan sebuah hotel khusus untuk backpackers ataupun pelancong yang ingin tinggal lama di Jepun dalam mode budget. Hotel ni bukanlah hotel 5 bintang, tetapi semua kemudahan asas seperti bilik tidur, bilik air lengkap disediakan. Ruang biliknya tidaklah begitu besar dan hanya ada katil dan sebuah almari saja. Tiada TV dan bilik airnya adalah di luar dan harus dikongsi bersama orang lain.
Walaupun bunyi macam sedihje kan, tapi sebenarnya tak. Hotel ni sangat-sangat bersih dan selesa. Kiranya macam duduk asrama masa belajar dulu tapi kali ni asrama tu kat Jepun. Hotel ni juga merupakan salah satu pilihan yang datang bersama dengan pakej tiket penerbangan melalui Air Asia Go. Kos hotel ni selama 5 hari adalah sekitar RM400 yang mana sudah termasuk di dalam kos keseluruhan tiket penerbangan iaitu sebanyak RM1,100 untuk seorang. Murah kan?
*Saya tinggalkan tip memilih hotel melalui Air Asia Go diakhir blog ini.
18,890 total views