Sebaik saja topeng muka KN95 Edisi Khas Abstrax Jingga diumumkan untuk pre-order, saya terus membuat tempahan online kerana takut kehabisan stok. Memang betul jangkaan saya kerana ianya laku seperti goreng pisang panas sehingga dicetak kali ke-2 dan masih juga kehabisan stok. Di saat artikel ini ditulis, Abstrax tidak lagi mengeluarkan dan menjual topeng muka KN95 ini di atas faktor-faktor tertentu. Ini bermakna, topeng muka KN95 Abstrax yang terdapat pada tangan saya ini adalah versi limited edition dan mungkin tak ramai yang memilikinya.
Sebenarnya semasa saya membuat tempahan online topeng muka KN95 ini, terdapat beberapa perbalahan di media sosial mengenai fungsi dan objektif pengeluaran topeng muka ini. Dari sudut peminat “kipas susah mati” Abstrax, pengeluaran topeng muka KN95 edisi khas ini merupakan berita gembira kerana ianya begitu unik dan cantik. Alang-alang dapatlah kelihatan bergaya sikit walaupun memakai topeng KN95 untuk melindungi diri dari virus COVID-19. Itulah yang didebatkan kerana dari sudut kesihatan, topeng muka KN95 yang tidak boleh dibasuh semula haruslah dibuang dan tidak boleh digunakan semula. Terdapat juga segelintir dari netizen yang berpendapat harga yang dijual adalah harga “yahudi” dan ingin mengaut keuntungan semata-mata di kala musim COVID-19.
3,162 total views