Tag - Ramadhan

Senarai e-Bazaar Ramadhan 2020

Nampaknya pada tahun 2020 ini kita semua umat Islam khususnya di Malaysia akan menyambut bulan yang mulia bulan Ramadhan dalam keadaan menghadapi wabak COVID-19. Ketika bulan Ramadhan tahun ini kita juga berkemungkinan besar masih di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan juga harus mengekalkan jarak sosial yang selamat. Mau atau tidak, kita semua sudah harus bersedia dengan apa halangan dan dugaan yang ada bagi menjalani ibadah puasa tahun ini.

Tak lengkap rasanya berpuasa sekiranya tidak membeli juadah kegemaran di Bazaar Ramadhan seperti apam balik, satay, nasi ayam, kuih akok dan macam-macam lagi. Melangkah setapak ke hadapan, beberapa kerajaan Negeri, syarikat e-hailing dan persatuan-persatuan peniaga telah mewujudkan inisiatif baru iaitu e-Bazaar Ramadhan bagi mengatasi masalah ini. Ini juga adalah bertujuan bagi membantu peniaga-peniaga Bazaar Ramadhan bagi membuka peluang mereka mencari rezeki ketika waktu itu.

Berikut adalah beberapa e-Bazaar Ramadhan yang telah diwujudkan bagi persediaan langkah awal. Peniaga-peniaga yang berminat juga boleh mendaftar melalui pautan berikut bagi proses pendaftaran dan sebagainya.

1.Grab e-Bazar Ramadan

senarai e-Bazaar Ramadhan

Grab membawakan menu berbuka puasa tahun ini melalui e-Bazar Ramadan

Buat masa ini Grab telah bekerjasama bersama Negeri Selangor dan juga Wilayah Persekutuan dalam mewujudkan Grab e-Bazar Ramadan. Sama seperti konsep tempahan makanan Grab sebelum ini, semua makanan akan boleh ditempah melalui aplikasi Grab dan semua pembayaran dilakukan secara cashless Read More

 5,514 total views

Nasi McD dan Burger Nasi Lemak

Pada tahun ini McDoland’s Malaysia memperkenalkan 2 menu baru yang diinovasikan mengikut selera orang Malaysia berdasarkan dari menu utama makanan mereka. Seperti yang kita tahu, bila sebut pasal McDoland’s je kita mesti terbayangkan burger Big Mac ataupun McChickennya. Kali ini McDoland’s Malaysia membawakan menu baharu iaitu Burger Nasi Lemak dan Nasi McD yang sebaik saja dilancarkan terus mendapat sambutan luar biasa. Yela, ramai orang excite dan nak tahu sendiri macam manalah rasa Burger Nasi Lemak dan Nasi McD tu lebih-lebih lagi ianya diviralkan sebaik sahaja dilancarkan pada hari pertama.

Saya terus ke McD terdekat dan mencuba kedua-dua menu ini sendiri dan ini komen saya.

Nasi McD

Pilihan nasi set nasi McD

Nasi McD

Harga Nasi McD

Nasi McD

Nasi McD dijual mengikut beberapa pilihan set yang terdiri dari pilihan Set A : Nasi McD + Egg, Set B: Nasi McD + Ayam Goreng McD dan Set C:  Nasi McD + Ayam Goreng + Telur. Kesemua set ini dijual bermula dari harga RM5.95 sehinggalah kepada set lengkap yang berharga RM12.95. Namun begitu, kesemua set ini tidak didatangkan dengan air minuman. Jadi kalau nak beli air, kenalah tambah duit lain. Read More

 2,286 total views

Nikmat Iftar di SACC

Salam Ramadhan,

Macam mana dengan puasa tahun ni? Mesti okaykan? Pada setiap tahun, memang tak sah kalau saya tak dapat berbuka puasa di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC). Dah beberapa tahun saya berbuka puasa di SACC dan setiap tahun makanannya tidak pernah mengecewakan. Pada tahun ini, sekali lagi saya berpeluang merasai preview buffet Ramadhan di SACC yang bertemakan “Nikmat Iftar”. Semua makanan di sini memang sedap-sedap. Kalau nak tahu apa menu makanan yang sedap tu, teruskan membaca.

Nikmat Iftar SACC

Dewan berbuka puasa

Nikmat Iftar SACC

Ucapan pembukaan

Buffet Ramadhan SACC

Popiah yang sungguh sedap

Terdapat lebih dari 120 menu makanan nusantara yang diketengahkan oleh SACC pada tahun ini dan diantara yang menjadi highlight adalah menu Nasi Kambing Kebuli. Ianya telah menjadi signature dish di SACC dan apa yang saya telah dimaklumkan, resepi Nasi Kambing Kebuli ini terdiri dari pelbagai rempah ratus selain menggunakan stok kambing, susu dan minyak sapi bagi menaikkan bau yang menyelerakan. Read More

 8,693 total views

Tip Berpuasa Ketika Melancong

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan,

Melancong sepatutnya tidak menghalang umat islam dari berpuasa di bulan Ramadhan. Ada kalanya sesetengah orang terpaksa melancong ataupun ke luar negara di atas urusan kerja. Jangan jadikan ianya sebagai alasan untuk tidak berpuasa. Malahan jadikan ianya sebagai salah satu dorongan dan pengalaman baru ketika berada di tempat orang.

IMG_8397

IMG_5088

Saya sendiri pernah berpuasa ketika berada di Cannes pada beberapa tahun yang lalu di atas urusan kerja. Di sini saya ingin kongsikan beberapa tip yang boleh dijadikan panduan sekiranya anda berada di luar negara ketika bulan Ramadhan. Read More

 2,729 total views