Skipping ataupun jump rope merupakan salah satu senaman kardio yang terbukti mampu membakar kalori dengan banyak dalam tempoh masa yang pendek. Ianya terbukti apabila saya sendiri dulu pernah berjaya mengurangkan berat badan sebanyak 30KG bermula dengan senaman skipping. Saya bermula dengan berat badan 105KG dan selama 2 tahun akhirnya saya mendapat berat ideal iaitu 75KG. Tetapi selepas berakhirnya PKP baru-baru ini berat badan saya mula naik semula kerana tidak sempat bersenam dan tidak menjaga pemakanan kerana banyak menghabiskan masa di rumah dengan makan dan tidur. Berat badan saya naik sehingga 7-8KG dalam tempoh 3-4 bulan. Oleh kerana itu, bermula Ogos 2020 saya berhasrat dan berazam untuk memulakan cabaran menurunkan berat badan semula dengan cabaran skipping 2,000 setiap hari selama 30 hari.
Cabaran skipping 2,000 setiap hari
Sebelum saya teruskan berkongsi pengalaman saya membuat 2,000 skipping setiap hari selama 30 hari, saya ingin beritahu kepada pembaca semua yang mana saya memang sudah kerap melakukan skipping. Saya sudah biasa melakukan 1,000-2,000 skipping sehari tetapi tidak pernah melakukannya secara konsisten selama sebulan. Jadi mungkin ada yang tertanya-tanya atapun terfikir mungkinkah seseorang melakukan skipping sebanyak itu. Ada orang yang nak buat 100 skipping pun sudah minta nyawakan? Inikan pula 2,000 skipping.
Ya, ianya possible dilakukan sekiranya sudah biasa dan tahu teknik asas skipping.
Secara puratanya untuk melakukan 2,000 skipping menggunakan speed rope saya mengambil masa sekitar 30-40 minit. Ianya bukanlah 2,000 skipping secara berterusan tetapi saya pecahkan kepada beberapa set. Contohnya saya buat 100 skipping dan rehat sekitar 30-60 saat sebelum menyambung set yang seterusnya. Untuk 2,000 skipping ini pula biasanya membakar sekitar 300-360 kalori. Banyak tak tu? Read More
9,814 total views