Acara tahunan yang dianjurkan oleh YouTube Malaysia sekali lagi diadakan pada tahun ini bagi mengiktiraf penggiat dan penghasil video yang menggunakan YouTube sebagai platform pemasaran dan media komunikasi. Pada tahun 2019 ini juga YouTube Malaysia menganjurkan YouTube Ad Awards yang merupakan sebahagian dari pengisian Festival YouTube Malaysia 2019. Anugerah ini disampaikan kepada agensi pengiklanan yang telah berjaya menghasilkan video-video di YouTube yang memberi impak kepada penonton dan juga mempunyai jumlah tontonan yang banyak.
Diantara pemenang besar malam tersebut adalah Celcom sebagai ‘Ad of The Year’ dengan video ‘Cucu-cucu Tok Ucu : Filem Pendek Hari Raya’ di mana telah memenangi anugerah di dalam kategori Best Ad in Telecommunication. Selain itu, jenama lain seperti Pantene’s, F&N, CIMB dan AirAsia juga turut memenangi bagi kategori masing-masing. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang!
YouTube Malaysia juga tidak melepaskan peluang untuk memberi pengiktirafan kepada YouTuber Malaysia yang telah berjaya mencecah langganan melebihi 1 juta di YouTube channel mereka. Di Malaysia, terdapat 3 YouTube Channel yang mula-mula sekali berjaya mencecah 1 Juta subscribers iaitu Les’ Copaque Production, Astro Gempak dan CartoonHooligans. Ketiga-tiga YouTube Channel ini merupakan juara YouTuber di Malaysia kerana menjadi yang terawal sekali berjaya memecahkan rekod langganan 1 Juta di YouTube Channel masing-masing. Namun pada tahun 2019, langganan YouTube Channel bagi ketiga-tiganya telah meningkat dan didominasi oleh Les’ Copaque YouTube Channel dengan 7.3 Juta subscribers (ketika artikel ini ditulis). Tahniah! Read More
1,886 total views