Siapa pernah terfikir “Tahu” pun boleh jadi salah satu makanan unik di Bandung. Di Indonesia secara amnya, selain Nasi Padang, Tahu juga menjadi diantara makanan utama. Tahu ni dijual ditepi-tepi jalan dan kalau di Malaysia ni dah umpama Pisang Goreng.

Salah satu produksi Tahu yang terkenal di Bandung adalah Tahu Susu Lembang. Mula-mula saya agak sceptical dengan Tahu Susu ni sebab takkan lah sedap sangat sampai begitu terkenal. Lagipun Tahu je kan… Selepas berpuluh kali dipromote, saya pun singgah ke Tahu Susu Lembang untuk mencuba sendiri Tahu Susu ni.

Tahu Susu Lembang

Inilah lokasi Tahu Susu Lembang

tahu06

Pusat Orang Makan Tahu

Tahu Susu Lembang

Tahu Susu yang masih belum digoreng

Kat sini kita boleh membeli tahu mentah yang belum digoreng untuk digoreng sendiri di rumah. Kalau nak makan di sini pun boleh dan mereka akan terus goreng apabila order dibuat. Maknanya kita dapat Tahu Susu ni dalam keadaan panas-panas.

Advertisements

Apabila pertama kali saya merasai sendiri Tahu Susu ni barulah saya faham kenapa ianya begitu terkenal. Tahu Susu ni mempunyai testur yang agak garing diluar tapi sangat lembut di dalamnya. Tahu yang dipotong dalam bentuk “dadu” juga memberi keserasian dengan rasa keseluruhannya. Setiap potongan Tahu Susu ini sungguh padat namun lembut apabila digigit. Berbeza dengan Tahu di Malaysia, Tahu Susu Lembang ni begitu membuatkan kita addicted sekali. Tahu ni boleh dimakan begitu sahaja atau kalau nak thrill sikit kita selitkan cili padi semasa makan. Memang terangkat.

Tahu Susu Lembang

Tahu Susu yang sedap dimakan ketika panas

Tahu Susu Lembang

Tahu Susu yang begitu menyelerakan

Di Rumah Produksi Tahu Susu Lembang ni selain menjual Tahu Susu segar, mereka juga ada kilang di sini. Kat sinilah mereka proses Tahu Susu dan juga dipasarkan ditempat-tempat lain. Kalau time cuti, kat sini memang jadi tempat tumpuan orang ramai.

 6,910 total views,  1 views today

Advertisements
         

Related Articles

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

6 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.