Selepas saya melihat gambar dan banyak review mengenai sebuah restoran hispter di Shah Alam, saya dah lama berhajat nak mencubanya sendiri. Restoran yang terletak di Seksyen 13 Shah Alam ni, tiba-tiba trending tahun lepas apabila menu Toran Coffee mereka yang menggunakan aiskrim, nutella dan macam-macam lagi diperkatakan di sosial media. Setiap hari penuh sehingga tak jemputpun saya datang review.  Tapi apa-apapun, Toran Coffee ini adalah sebuah kafe hispter di Shah Alam yang wajib bagi orang Shah Alam. Memang rugi kalau tak datang. Jom ikut saya makan malam di sini.

Toran Coffee

Suasana di dalam Toran Coffee

Toran Coffee mula dibuka pada jam 12 tengahari sehingga 12 tengah malam. Terdapat 2 ruang makan iaitu di dalam dan di luar. Ruang makan di luar lebih santai dan rileks dengan perkhidmatan shisha pada waktu malam. Sekiranya datang dengan keluarga, saya cadangkan makan di ruang dalam. Oleh kerana Toran Coffee ni sentiasa penuh, saya sarankan kalau datang dalam kumpulan yang besar, cubalah booking dulu.

Toran Coffee

Pasta Salmon

Di sini mengamalkan sistem layan diri. Pelanggan sendiri yang kena buat order di kaunter dan terus buat pembayaran. Rasanya macam takde masalah sebab kitapun dah biasa dengan sistem macam tu. Cuma sedikit masalah iaitu menu di Toran Coffee ni semuanya takde gambar, jadi kenalah banyak bertanya sikit masa nak first time buat order di kaunter. Jangan risau sebab petugas di kaunter ni rajin memberi penerangan dan mencadangkan menu kepada pelanggan.

Advertisements
Toran Coffee

Butter Chicken Rice

Toran Coffee

Nasi Goreng Toran

Oleh kerana setiap menu yang saya order ni berbeza dan unik, jangka masa menunggu agak lama juga. Tapi saya boleh menunggu sebab selepas makanan sampai semua menu yang saya order nampak sedap. Nasi Goreng Toran contohnya digoreng bersama ikan bilis kecil dan mempunyai satu rasa seperti nasi goreng zaman lama-lama yang dah lama kita tak rasa.  Ianya disertakan bersama keropok, telur goreng, tempe dan udang sambal. Menu Butter Chicken Rice juga sangat sedap dan rasa sayang nak habiskan.

Toran Coffee

Mocha Nutella

Untuk menu makan malam saya sendiri saya order Pasta Salmon yang mempunyai rasa pekat, berlemak, sedap dan disertakan bersama salmon kecil. Pendek kata, semua makan kat sini surprisingly sangat sedap.

Toran Coffee

Patty Burger Toran

Ohya, rasa tak lengkap kalau tak bercerita mengenai minuman trademark di sini iaitu Mocha Nutella yang didatangkan di dalam mug besar dan dilimpahi dengan aiskrim, caramel, strawberry dan macam-macam lagi. Nampak sedapkan?Rasanya memang sangat sedap seperti rupanya. Rasa sungguh nikmat dapat minum Mocha bersama-sama dengan bahan lain yang sejuk.  Terdapat 3 pilihan lain untuk menu seperti ini. Kalau nak tahu macam mana rasanya kena cuba nanti.

Selain tu, saya juga order satu lagi speciality kat sini iaitu Toran Burger. Ianya menjadi menu special kat sini sebab burger ni mempunyai 3 patty daging yang dibuat sendiri. Jadi ianya bukan saja dihidangkan dalam bentuk burger 3 tingkat, tapi dagingnya sangat tebal dan berempah. Dagingnya ada rasa pedas seolah-olah telah diadun bersama-sama cili. Memang sangat kenyang dan memang susah nak habiskan sorang.

Toran Coffee

Toran Burger 3 tingkat

Toran Coffee

Patty dagingnya yang sangat tebal

Sebenarnya Toran Burger saya ni agak lambat sampai di meja sebab petugas Toran dah tersalah bagi Toran Burger saya pada meja yang lain. Rasanya saya tunggu lebih 1 jam Toran Burger ni sampai manakala semua menu lain di atas meja dah pun habis makan. Akhirnya Toran Burger tu pun sampai setelah beberapa kali saya ingatkan semula kepada petugas Toran.

Toran Coffee

Kek Red Velvet

Mungkin ingin menebus kesilapan, pemilik Kafe Toran ni memberi satu slice kek Red Velvet secara percuma. Yang istimewanya siap ada tulis We’re Sorry lagi pada tepi pinggan tu. Terus tak jadi marah sebab kek ni sedap sangat.

Toran Coffee

Rezeki Kek untuk Aqeel “Happy Birthday”

Kepada yang ingin mencuba Kafe Toran ni ini adalah alamatnya :

Toran Coffee,
No. 38, Jalan Rugbi 13/30,
Seksyen 13, Shah Alam
Facebook : Toran Coffee
Laman Webhttp://www.torancoffee.com/
No Telefon : 018-973 6700

p/s : Terdapat beberapa petugas mereka bangsa asing yang kurang faham Bahasa Melayu. Jadi pengalaman saya nak communicate tu agak susah sikit. Lain-lain semua tip top.

*Gambar dari kali ke dua datang ke sini Toran Coffee

Toran Coffee

Bersiap sedia nak minum lagi Mocha Nutella

Toran Coffee

Mocha Nutella dari atas

Toran Coffee

Toran Burger ; Burger 3 tingkat dengan patty tebal

 7,995 total views,  1 views today

Advertisements

Related Articles

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

5 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.