Kalau dulu bila teringin makan satay kita asyik nak cari satay kajang je. Tapi sekarang dah banyak pilihan restoran satey yang sesedap malahan lebih sedap dari pilihan satay di Kajang. Baru-baru ni saya diperkenalkan dengan Willy Satay yang sudah mempunyai banyak cawangan dan sudah agak terkenal dengan kesedapan sateynya. Saya sendiri sebenarnya memang penggemar satay dan kali ini saya ke cawangan terbaru Willy Satay yang terletak di Seksyen 7, Shah Alam.
Walaupun dah ada banyak cawangan Willy Satay, namun saya difahamkan setiap cawangan mempunyai perbezaan dari segi pilihan menu-menu sampingan serta promosi yang diadakan. Namun begitu, semua rasa satay di sini adalah sama bagi setiap cawangan kerana resepinya dikawal bagi memastikan kesedapannya.
Sebelum kita makan satay kat sini, saya nak cuba beberapa menu lain yang turut terkenal kat sini seperti bubur nasi ni dan nasi kerabu. Bubur nasi ni sangat istimewa kerana ianya turut dihidangkan bersama set telur puyuh, hirisan ayam serta beberapa bahan lain. Walaupun nampak simple, tapi rasa bubur nasi ni memang lain dari yang lain. Selain itu juga, Nasi Kerabu kat sini memang berbeza kerana nasinya adalah berwarna kuning dan bukannya biru. Sudah pastinya lebih sedap sekiranya dibandingkan dengan Nasi Kerabu biru yang menggunakan banyak pewarna. Selain itu juga, set Nasi Kerabu ini turut dihidangkan dengan beberapa cucuk Satay. Memang sangat sedap dan terangkat.
Sebelum sampai set satay saya, saya mencuba lagi menu sampingan yang lain iaitu Char Kuew Tiau. Cantik tak dekorasi Char Kuew Tiau ni? Char Kuew Tiau ni sesuai bagi mereka yang tak makan nasi ataupun satay. Rasanya pun boleh tahan.
Selain itu, kalau sesiapa yang datang ke Willy Satay Seksyen 7, Shah Alam saya sarankan jangan lupa untuk minum Teh Tarik Madu. Teh Tarik Madu ni bukan saja sangat pekat dan “kau” tetapi juga sangat sedap. Kalau sesiapa yang sukakan kelainan bolehlah cuba Teh Tarik Madu Hijau yang mempunyai elemen rasa greentea.
Dah puas kita menjamu menu sampingan sekarang tibalah masanya kita mencuba menu utama kat sini iaitu Satay. Di sini ada beberapa pilihan Satay seperti Daging, Ayam, Perut dan Kambing yang semuanya diperap dengan perapan khas. Saiz satay kat sini adalah lebih besar, gemuk-gemuk dan “kaya” dengan rasa perapan yang sedap. Setiap cucuk sataynya memang cukup rasa dan sangat berpuas hati bila dapat menikmati secucuk demi secucuk satay yang dihidangkan. Testur dagingnya tidak terlalu garing malahan masih mempunyai rasa “moist” daging yang sedap.
Saya pasti akan ke Willy Satay Shah Alam sekali lagi bila terasa nak makan satay. Dengan harga yang sangat berpatutan, saya rasa Willy Satay Shah Alam diantara Satay paling sedap saya pernah makan.
Restoran Willy Satay Shah Alam
No 23 Jalan Kristal L7/L, Seksyen 7
Shah Alam, Selangor
Facebook : Willy Satay Shah Alam
Untuk membuat tempahan, boleh juga hubungi nombor berikut:
0199344322 atau 0193759820
21,938 total views, 1 views today
sedapnyaa nampak! walaupun Sally dah lama tahu tapi belum pernah dapat rasa satay willy ni…insyaAllah nnt!
Sally Samsaiman recently posted…Travelogue Taiwan – Ke Kaohsiung Ke Kita?
ok ok semua nampak sedap.tang nasi kerabu tu memang nak kena try + satay perut! hehehe
JMR recently posted…Pasta Express Putra Perdana. Pilihan Western Food mampu makan!
dah ada di shah alam, tak payah keluar jauh ke kajang dah 🙂
Sync recently posted…Pegawai Tadbir Dan Diplomatik Gred M41
Kecewa. Indah khabar dari rupa. Saya pegi mkan tggu 30 minit utk satay bila sampai sejuk. Xtahu apa yg dorang buat 30 minit tu. Saya sruh panaskan balik tggu la lagi 15 minit. Smpai2 satay panas tapi xgaring. Rempah satay ada yg mentah lagi. Side dish timun Pula dipotong kecik2 betul. Xpernah lagi tgk kedai satay bagi timun mcm tu punya kecik. Teh tarik green tea plak manis sgt2 sampai xboleh saya nk minum. Xtahu la sama ada kedai tu sedap tapi saya je kurang bernasib baik hari tu.
[…] Baca mengenai : Sate Willy Shah Alam […]
Baru terjadi.. sy dh order beberapa hr yg lalu. Dh confirm pn dgn En Azhar.. nk ambik hr ni pd 29.07 kul 11.. Semalam n pg ni pn dh Tanya.. dia jawab confirm.. sampai kedai kt Shah Alam tak buka.. call en Azhar bg tau pekerja dia balik lewat.. tak sempat nk bakar.. Allahuakbar.. Memang frust dgn pengurusan beliau.. kalau tak mampu nak ambil order jangan la berjanji