Saya merupakan salah seorang peminat jenama NIKE tak kiralah kasut, baju ataupun peralatan sukan. Baru-baru ni saya ke Genting Highland menonton persembahan Ultraman Live in Genting dan Nike Factory Store di Genting menjadi salah satu destinasi wajib saya setiap kali saya ke Genting. Nak tahu kenapa saya suka sangat dengan Nike Factory Store Genting ni? Ini adalah jawapannya.

Nike Factory Store Genting Highland

Diantara baju yang dijual

Nike Factory Store Genting Highland

Jersi yang dijual dengan harga RM49

Kalau bernasib baik, kita dapat jumpa jersi negara-negara ataupun kelab Eropah yang di jual dengan harga RM49 sahaja. Harga semurah RM49 ini, sebenarnya pernah dijual dengan harga asal sekitar RM200++. Ianya dijual dengan harga murah kerana kesemua jersi ini merupakan design musim lepas tapi sebenarnya masih cantik dan tak rugi kalau beli. Bayangkan jersi cetak rompak pun dijual dengan harga RM30 hingga RM50. Inikan pula jersi original!

Namun begitu, bukan semua jersi pilihan yang kita nak beli akan ada di jual di sini. Ianya bergantung pada stok yang ada dan boleh dikatakan stok kat sini selalu cepat habis. Selain tu, saya juga perasan kebanyakkan stok kat sini adalah bersaiz besar seperti XL dan XXL. Kalau nak cari saiz S atau M, memang bergantung pada nasib. Kiranya saya ni memang senanglah nak cari saiz kat sini.

Nike Factory Store Genting Highland

Diantara koleksi jersi

Nike Factory Store Genting Highland

Pilihan baju wanita

Nike Factory Store Genting Highland

Baju kanak-kanak pun ada

Selain dari pakaian jersi, barang-barang lain seperti beg, kasut, stokin pun turut dijual di sini dengan harga yang murah. Walaupun ianya tak semurah jersi, tetapi sekurang-kurangnya ianya lebih murah dari harga asal. Nike Air Force One misalnya yang harga asal dijual sekitar RM350, tetapi di sini dijual dengan harga RM289.

Ketika saya membeli belah di sini, saya diberikan hadiah Thumbdrive kasut Nike bersaiz 4GB kerana saya membelanjakan sebanyak RM250. Ini juga merupakan salah satu kelebihan yang terdapat di Nike Factory Store Genting Highland. Kat butik pun belum tentu boleh dapat tawaran istimewa macam ni.

Nike Factory Store Genting Highland

Beg Nike

Nike Factory Store Genting Highland

Nike Air Force One

Nike Factory Store Genting Highland

Thumbdrive Nike

Nike Factory Store Genting Highland

Bro yang sporting

Selain dari tawaran harga dan promosi di sini, saya juga sangat berpuas hati dengan layanan yang diberikan oleh petugas di sini. Petugas di sini akan melayan karenah pelanggan dan sentiasa menawarkan pilihan yang terbaik kepada pelanggan. Jadi lepas ni kalau ke Genting Highland, jangan lupa untuk singgah Nike Factory Store ni sebab kalau tak singgah memang rugi besar.

5,859 total views, 5 views today

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

11 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge