Assalamualaikum kepada semua pembaca blog saya yang setia. Alhamdullilah, hanya tinggal beberapa hari saja lagi kita akan merayakan Hari Raya Aidilfitri. Perasaan sedih untuk meninggalkan Ramadhan sudah tentulah ada tetapi apa yang kita boleh harapkan adalah Ramadhan ini adalah Ramadhan yang terbaik buat kita, insyaAllah.

Saya mengambil kesempatan di saat-saat akhir sebelum masing-masing balik ke kampung dengan merancang untuk berbuka puasa bersama semua team New Media. Kalau nak tahu, team New Media inilah yang memastikan pengisian contents di YouTube Channel Les’ Copaque dan penjagaan social media seperti Facebook, LINE, Instagram dan Twitter dijaga dan sentiasa dikemas kini. Untuk YouTube sahaja team inilah yang bertanggung jawab untuk merakam semua video yang diupload serta meng-edit video tersebut. Selain itu, terdapat juga beberapa projek sampingan seperti rakaman video Game Show, The Making Of dan banyak lagi. Pendek kata, nak gather mereka ni semua pun bukanlah sesuatu yang mudah.

Kalau berbuka puasa di SACC, beberapa menu yang menjadi idaman saya adalah seperti di dalam gambar di bawah. Diantaranya adalah seperti popiah basah, meatball, sup periuk, kambing kebuli dan cempedak goreng.

Advertisements
LC2_9893

Kaunter menggoreng

LC2_9903

Pelbagai jenis kuih dan kurma

LC2_9890

Udang masak lemak

LC2_9885

Kambing kebuli dan ayam

LC2_9896

Meatball bersama chicken wing dan mashed potato

LC2_9905

Popiah basah

LC2_9907

Sup Periuk

Ini adalah kali ke 2 saya makan di SACC dan buat masa ini saya amat menyukai semua makanan dan suasana berbuka puasa di SACC. Team New Media saya juga pernah merakam video di SACC untuk segmen Cita-Citaku – Chef. Diantara yang dapat join sesi berbuka puasa ni adalah Hafiz bersama Isteri dan anaknya Izz, Ainur bersama bakal isterinya, Hakem, Firdaus dan Haq. Saya pula hadir bersama isteri saya Siti Zarith.

Hafiz biasanya incharge untuk production planning dan direction manakala Hakem pula adalah bertanggung jawab untuk technical camera dan shoot planning. Ainur pula seperti yang orang lain dah kenal dia adalah jurucakap bagi YouTube Channel Les’ Copaque untuk slot berita. Pada hari biasa, tugas utamanya adalah sebagai ketua IT di Les’ Copaque. Firdaus pula adalah ketua dan pakar dalam video editing dan motion graphic manakala Haq adalah pembantunya. Saya pula bertanggung jawab untuk memantau keseluruhan perjalanan projek New Media selain merancang dan mengendalikan rangkaian sosial media terbesar seperti Facebook Upin & Ipin yang sudah mencecah lebih dari 10 juta likes.

LC2_9911

Izz bersama mamanya

LC2_9902

Izz tengok-tengok macam dah ngantuk

 

LC2_9945

Ainur teruja dengan lagu Zapin

LC2_9950

Firdaus & Haq

LC2_9951

Ainur dah Hakem

LC2_9932

Firdaus betul-betul makan

LC2_9930

Bakal pengantin tak lama lagi

LC2_9925

Keluarga New Media

Terima kasih kepada semua team New Media yang berkesempatan untuk join berbuka puasa untuk kali ni. Mohon maaf sekiranya ada kesilapan selama ini dan diharapkan semuanya bergembira disamping orang tersayang disepanjang cuti raya nanti

p/s : Credit kepada Hizral yang tolong ambik gambar group kali ni

 5,826 total views,  1 views today

Advertisements
            

Related Articles

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.