Assalamualaikum. Masih tak terlambat untuk saya ucapkan Selamat Hari Raya kepada semua pembaca blog MohdZarin.com setelah kita semua bercuti panjang pada minggu lalu. Kali ni saya nak kongsi sikit mengenai pengalaman berbuka puasa di Jakarta pada bulan lepas. Wah, jauh tu kan berbuka puasa sampai ke seberang. Saya rasa paling tidak dah lebih kurang 10 kali saya ke Indonesia atas urusan kerja. Selain dari Jakarta, saya juga pernah menjejakkan kaki di Bandung dan Yogyakarta. Sebenarnya, majlis berbuka puasa ni adalah majlis tahunan yang wajib dilakukan oleh Les’ Copaque bersama rakan niaga di Jakarta. Dalam 2 tahun kebelakangan ni rezeki saya dapat ikut sekali ke Jakarta dan merapatkan silahturahim bersama dengan teman-teman di Jakarta.
Alhamdullilah, perjalanan 2 jam dalam kapal terbang memang saya balas dengan tidur disepanjang penerbangan. Yelah, nak makan pun tak boleh… kan bulan puasa masa tu. Suasana lalu lintas tidaklah begitu sesak mungkin disebabkan waktu ketibaan saya adalah bukan waktu orang balik kerja. Sampai saja di Jakarta saya dihantar ke hotel untuk sambung berehat (tidur) dan pada sekitar jam 4 petang pula bersiap sedia untuk ke lokasi berbuka puasa.
Lokasi berbuka puasa adalah di Restoran Pulau Dua yang terletak tidak jauh dari hotel yang kami duduki. Di restoran ini, mereka mengutamakan hiasan landskap yang cantik dan sangat mendamaikan. Pelbagai patung-patung digunakan untuk menghiasi ruang kawasan di restoran ini. Makanan berbukanya pula adalah berkonsep set lauk-lauk yang telah diorder siap-siap. Saya boleh katakan, ianya bukanlah hidangan sejati Indonesia yang saya bayangkan namun setiap hidangan dimasak dan disediakan dengan begitu menyelerakan.
Di Indonesia rakan niaga kami yang paling penting adalah Ibu Rina dari syarikat DNA. Ibu Rina bertanggung jawab mencari clients dan membuka pasaran baru untuk Upin & Ipin di Indonesia. Selain itu, rakan-rakan dari MNC TV juga merupakan diantara tetamu istimewa kami yang menjaga siaran dan tayangan Upin & Ipin di Indonesia. Tambah istimewa pada malam tersebut, Fadly dari Padi juga telah hadir bersama ahli keluarganya. Kalau nak tahu, Fadly ni umpama Legend di Jakarta. Menurut Fadly, dia sekarang sudah agak kurang aktif di dalam bidang seni dan sedang menumpukan di dalam bidang pengajian Islam.
Kehadiran Fadly pada malam tersebut juga secara tidak langsung telah diundang untuk membuat persembahan secara langsung. Orang ramai yang sedang berbuka puasa turut menumpukan pada persembahan istimewa Fadly.

Fadly bergambar bersama peminat
Begitulah suasana ketika saya berada di Jakarta pada bulan lepas. InsyaAllah saya akan ke Bandung pula pada bulan Ogos ini. Tapi kali ni, bukanlah di atas urusan kerja tapi atas urusan makan angin bersama keluarga. Asyik kerja je kan… sekali sekala kita makan angin pulak.
7,761 total views, 1 views today