Ketika kita duduk rumah sempena dengan PKP ini salah satu perkara yang kita rindui adalah untuk berbuka puasa di luar samada di restoran mahupun bufet di hotel. Memang benar kita digalakkan untuk berbuka puasa di rumah dan masak sendiri, tapi sekali sekala kalau dapat ‘tutup dapur’ dan menikmati juadah berbuka puasa ala hotel 5 bintang di rumah sendiri alangkah nikmatnya. Kali ini saya nak kongsikan salah satu pakej Ramadhan oleh Connexion Conference & Event Centre (CCEC) yang menawarkan set berbuka puasa yang dimasak oleh chef terkenal dan boleh dinikmati di ruang tamu kita sendiri.
Set berbuka puasa yang ditawarkan oleh Connexion Conference & Event Centre (CCEC) ini disediakan oleh Chef Raja Romzi yang menyediakan resepi masakan tradisi seperti masakan asam pedas, daging bakar dan macam-macam lagi. Terdapat 2 set pakej iaitu untuk 2 orang dan juga untuk 5 orang, set iftar ini boleh ditempah setiap hari melalui laman web www.connexioncec.com. Yang menariknya, semua menu-menu yang ditawarkan setiap hari adalah berbeza dan sangat menarik. Menu yang saya terima ini adalah menu untuk hari Jumaat dan ianya adalah set untuk 2 orang. Setiap tempahan makanan iftar ini akan dihantar terus ke rumah kita tanpa bersusah-susah untuk keluar rumah mengambil tempahan.
Ini adalah set makanan berbuka puasa saya oleh Connexion Conference & Event Centre (CCEC) yang sungguh nampak menyelerakan. Set berbuka puasa untuk 2 orang seperti ini mengandungi 9 jenis hidangan yang disediakan di dalam kotak yang berbeza dengan kemas dan selamat. Mari kita lihat setiap kotak hidangan ini.
Ulam bersama Aneka Sambal dan Kurma
Pek pertama ini adalah set buah kurma, ulam-ulaman serta sambal dan ikan masin. Ianya seperti starter pek yang sungguh mengiurkan. Saya sendiri dah lama tak makan ikan masin seperti ini dan alangkah sedapnya bila dapat makan bersama nasi yang panas. Ulam-ulaman seperti kacang botol, timun, kobis dan tomata berserta sambal belacan juga disediakan.
Gulai Ayam Serai Santan
Mari kita ke menu utama pula iaitu Gulai Ayam Serai Santan. Saya tak sangka menu begitu sedap rasanya. Walaupun ianya adalah masakan gulai, tetapi rasanya sungguh unik seperti saya tak pernah merasai masakan seperti ini. Kuahnya saja sungguh enak dihirup dan dimakan bersama nasi. Terdapat 4 bahagian ayam bersiaz sederhana di dalam hidangan ini dan bagi saya ianya agak banyak untuk hidangan 2 orang.
Kupang Masak Kecap Bercili
Saya sebenarnya bukanlah peminat kupang dan pada mulanya saya memandang rendah kepada menu ini. Tetapi andaian saya meleset kerana rupanya masakan kupang masak kicap bercili ini sungguh sedap. Walaupun secara asasnya ianya adalah masakan kicap, tetapi ianya bukanlah masakan kicap yang biasa. Ianya ditumis dan disediakan dengan teliti sekali. Kupangnya sungguh segar dan isinya manis. Walaupun ada sedikit cili tetapi masakan ini tidak pedas dan kanak-kanak pun boleh makan.
Daging Bakar bersos Air Asam
Saya sebenarnya memang peminat masakan daging bakar lebih-lebih lagi waktu berbuka puasa. Tambah special lagi, daging bakar bersos air asam oleh Connexion Conference & Event Centre (CCEC) ini dibakar dengan begitu sedap sekali. Bayangkanlah, dagingnya saja dah rasa sedap dan berempah tanpa perlu mencicah sos air asamnya. Dagingnya pula besar-besar dan banyak disediakan di dalam satu pek ini. Berkeping-keping dan rasanya sungguh sedap.
Chef’s choice cake
Menjadi pelengkap kepada set hidangan berbuka puasa ini adalah 2 jenis kek yang sedap iaitu Banana Cake dan Durian Swiss Rolls. Kedua-dua kek ini memang sedap lebih-lebih ladi Durian Swiss Roll yang mengandungi isi durian di tengah-tengahnya. Ianya memang sedap namun tidak terlalu manis.
Semua menu berbuka puasa oleh Connexion Conference & Event Centre (CCEC) ini telah mempunyai sijil halal yang dikeluarkan oleh pihak JAKIM.
Set untuk hidangan 2 orang ni bukan saja sangat sedap malahan portionnya agak banyak juga. Saya sendiri agak susah nak habiskan sebab banyak. Sebab itulah juga dengan portion dan rasa yang sangat sedap saya rasa harganya sangat berbaloi. Untuk set 2 orang seperti ini dengan 9 hidangan adalah berharga hanya RM70 sahaja. Manakala set untuk hidangan 5 orang adalah dengan 11 hidangan adalah berharga hanya RM110 sahaja.
Set berbuka puasa ini sudah boleh mula dipesan bermula dari hari ini sehingga 23 Mei 2020. Tempahan boleh dilakukan dengan begitu mudah melalui laman web FAVE https://bit.ly/2W3XsnJ
1,288 total views, 1 views today
set hidangan utk 2 org dgn 9 hidangan not bad tu…kalau tk masak..bole la order dr Connexion Conference & Event Centre (CCEC) ni
Kupang masak kecap ke kicap zarin oi.. Tau la kelaparan nak makan kan.. Hihihi tapi nmpk sedap2 menyelerakan plak menu dia.. Boleh la kita order nnt.
Menarik menu dia. Harga pun berpatutan untuk 9 jenis hidangan 2 orang makan. Nak juga try makanan ni. Boleh order untuk berbuka nanti. Suka daging bakar dengan kupang tu. Nampak menyelerakan.
Menyelerakan betul juadah-juadah diorang. nak nak daging air asam tu. Allahu terliur kita. nanti nak kena pergi cari la kalau macam ni.
Lauk kupang gan daging bakar tu adoiii…kalau ada kat Johor, 2 menu tu Sis order dulu hehehehe…nampak sedap…sama laaaa Sis, rindu nak makan bufet hotel..
Sis Lin recently posted…SELAMAT HARI GURU 16 MEI 2020
semua sedap2. daging bakar tu nampak menggoda betul.nnati boleh cubalah
RAIHANAH AHMAD recently posted…Kisah Inspirasi: 7 Tahun Ditakuk Lama, Akhirnya Berjaya Dengan Bonus 4 Angka Hanya Dengan Duduk Di Rumah
Wah… scrumptiously yummyliciousnya… saya paling minat Chef’s Choice Cake dan Kupang Masak Kicap Bercili… walaupun saya bukanlah peminat tegar kupang, tapi presentation dan warna masakan tu betul-betul menggamit hati saya… hehehehe… yang kek-kek tu semua memang confirmed suka sebab saya memang peminat kek tegar as a dessert choice…
De Alif recently posted…DISPOSABLE PROTECTIVE FACE MASK 3PLY EARLOOP 50’s
Alamakkkk, terliur teruks tengok kupang tu. Besar-besar isinya. Bagus la ada set berbuka macam ni. Boleh la sekali sekala gantung kuali kan. kita order saje.. hehe
Bagus ni, menyenangkan kita yang kat rumah. Tgk menu nampak menyelerakan dan sedap.
Mat Drat recently posted…Lockdown Seluruh Asia Kerana Covid-19 : Berapa Lama ?
uish daging bakar tu nampak sedap, ada sos asam plak. Bahaya tengok siang2 ni haha
Huish menu dia. Menduga betul. Semua nampak sedap. Tak dapat nak berbuka dekat luar pun still boleh order makanan macam ni kan.
Kalau mcm nak order ala carte boleh ke mcm daging bakar sahaja? Berapa harga lak?
I memang suka makan pedas pedas, the Kupang Masak Kecap Bercili looks so tempting.
Sunshine Kelly recently posted…Stand a Chance to Win Cash Prizes When You Purchase Your Nestle x Starbucks Premium Coffee Mixes at PG Mall