Bagi mereka yang baru ingin memulakan senaman skipping pasti tak tau di mana nak beli tali skipping secara online mahupun di kedai sukan. Tambahan pula ada macam-macam jenis tali skipping dan pelbagai jenis bentuk serta harga. Semudahnya, kita hanya nak beli tali skipping yang bagus dan sesuai digunakan oleh beginners. Jangan risau, kali ni saya akan kongsikan senarai laman web yang kita boleh beli tali skipping secara online. Saya juga akan kongsikan tip-tip nak pilih tali skipping. Mari kita mulakan!

1. Decathlon

Laman web pertama yang saya nak cadangkan adalah https://www.decathlon.my/ yang semestinya terkenal dengan menjual alatan sukan. Apa yang saya suka tentang Decathlon adalah di sini terdapat banyak pilihan tali skipping yang bagus dengan harga yang berpatutan. Ada juga tali skipping yang dijual semurah RM4 sahaja dan ianya sangat bagus dan sesuai untuk beginners. Saya sendiri menggunakan tali skipping Decathlon ketika mula skipping dulu.

Link : https://www.decathlon.my/

Advertisements

Secara asasnya terdapat 2 kategori utama jenis tali skipping di Decathlon iaitu jenis PVC Rope dan juga Wire Rope. Apa berbeza 2 jenis tali ni?

Tali skipping jenis PVC rope menggunakan material jenis pvc pada talinya dan biasanya tali jenis pvc adalah setebal 5mm. Talinya juga tebal dan sesuai digunakan oleh beginners. Yang membezakan murah dan mahal tali skipping jenis PVC ini di Decathlon ini adalah material dan mechanism yang digunakan di bahagian pemegang. Pemegang tali skipping PVC yang murah hanya diperbuat dari material plastik ringan manakala tali skipping PVC yang mahal sedikit diperbuat dari pemegang plastik yang lebih solid dan menggunakan simple bearing sistem di pemegangnya. Kedua-duanya bagi saya adalah bagus dan sesuai digunakan oleh semua peringkat.

Decathlon juga turut menjual tali skipping jenis wire rope yang mana material talinya diperbuat dari wayar dan lebih nipis dari pvc rope. Pada kebiasaannya tali skipping jenis wire rope digunakan oleh peninju atau atlet crossfit. Tali jenis ini agar sukar digunakan oleh beginners kerana talinya terlalu ringan dan kita tak dapat merasakan feedback talinya ketika membuat pusingan tali.

2. Shopee

Bagi yang masih tertanya-tanya di mana nak beli tali skipping secara online anda sebenarnya boleh juga beli di Shopee. Kat Shopee terdapat pilihan tali skipping tapi bukan semuanya bagus dan berbaloi untuk dibeli. Jom saya kongsikan macam mana nak cari tali skipping yang bagus di Shopee. Secara kasarnya tali skipping di Shopee dijual sekitar harga RM5 – RM250

Pelbagai jenis tali skipping di Shopee

Tali Skipping Jenis PVC Rope

Secara kasarnya tali skipping jenis PVC adalah murah dan dijual sekitar RM5 sehingga RM30. Murah atau mahal bergantung kepada kualiti material dan pemegang tali skipping tersebut. Berikut adalah diantara rupa PVC Rope yang boleh dibeli.

Tali skipping jenis PVC seperti ini adalah yang terbaik digunakan.

Namun begitu, cuba elakkan membeli tali skipping yang mempunyai tempat pemegang yang terlalu besar dan diperbuat dari plastik yang licin kerana ianya akan mudah terlepas dari tangan apabila terkena peluh. Tali skipping jenis ini biasanya adalah jenis yang mempunyai kaunter kiraan. Pendapat peribadi saya tak perlu beli tali skipping jenis ini.

*Pendapat saya skipping jenis ini kurang selesa sikit sebab pemegangnya terlalu besar dan ianya licin*

Selain itu tak perlu beli tali skipping yang talinya diperbuat dari kain dan jenis yang hanya menggunakan bebola sebagai tali. Percayalah, ianya tidak berbaloi.

Tali Skipping Jenis Weighted Rope

Bagi yang mencari tali skipping jenis berat ataupun weighted rope pula boleh beli tali jenis seperti di bawah :

Tali Skipping Weighted Rope ini adalah yang terkenal dan sering digunakan.

Link : Http://shopee.com.my/CrossFit-Heavy-Rope

Pendapat peribadi saya, kalau memang nak cari weighted rope, belilah terus tali skipping yang mempunyai berat pada pemegang dan juga pada talinya. Bukan jenis yang letak pemberat pada pemegang tali skipping saja. Saya dah pernah cuba kedua-dua jenis ini, saya rasa kalau berat pada pemegang saja rasa macam kurang seimbang masa kita buat pusingan tali tu.

*Tali jenis ini tidak sesuai digunakan untuk skipping*

Selain itu juga, cuba elakkan menggunakan tali skipping jenis “battle rope” kerana tali skipping jenis ini sebenarnya tidak direka untuk skipping. Ianya tidak mempunyai mechanisme pada pemegang, malahan tidak ada pemegang yang khas pun. Ianya akan merosakkan bahagian tangan kerana kita perlu memusing lebih tali yang terlalu berat.

Shopee Trusted Seller

Ada beberapa Shopee trusted seller yang menjual tali skipping yang saya ingin cadangkan. Mereka bukan saja menjual tali skipping yang berkualiti namun menawarkan perkhidmatan pelanggan yang terbaik.

i. Jumptera
Penjual dan pembuat tali skipping tempatan dengan ciri-ciri rekaan unik dan tersendiri. Jumptera menjual tali skipping jenis PVC, Beaded Rope dan Weighted Rope. Kesemua reka bentuk dan material tali skipping jumptera adalah unik dan hanya dijual oleh Jumptera sahaja. Secara kasarnya anggaran tali skipping Jumptera adalah diantara RM50 – RM116
Link : https://shopee.com.my/jumptera

Diantara pilihan tali skipping dijual oleh Jumptera

ii. SkipDotMy
SkipDotMy adalah salah satu distributor pelbagai jenama tali skipping antarabangsa seperti Rush Athletics, Cross Rope, Buddy Lee, Eliters dan banyak lagi. Kelebihan SkipDotMy adalah menawarkan pelbagai jenis tali skipping berjenama dengan harga mampu milik dan mudah dibeli melalui laman Shopee. Selain itu juga, SkipDotMy turut menjual alat ganti bagi tali skipping dan aksesori lain berkaitan dengan tali skipping.
Link : https://shopee.com.my/nahrafqifahs

Pelbagai tali skipping jenama antarabangsa dijual oleh SkipDotMy

3. Mr. Diy

Siapa sangka Mr. Diy juga ada menjual tali skipping. Meskipun harganya murah iaitu sekitar RM5 namun untuk beginners ianya sudah agak sesuai digunakan. Ketika artikel ini ditulis, laman web Mr. Diy sudah tidak mempunyai stok tali skipping lagi. Mungkin pada masa akan datang, mereka akan kemas kini stok.
Link : https://www.mrdiy.com.my/

Tali skipping di Mr. Diy kehabisan stok

4. Rush Athletics

Salah satu jenama tali skipping yang terkenal adalah dari Rush Athletics. Ianya sangat terkenal sehingga sesiapa yang dah lama dengan skipping pasti akan memiliki sekurang-kurangnya satu tali skipping Rush Athletics. Di antara tali skipping yang terkenal keluaran Rush Athletics adalah Money Rope (PVC), Legacy Rope (Weighted Rope), Icon Rope (Beaded Rope) dan yang terbaru  adalah Ignite Rope (Interchangeable Rope).

Link : https://www.rushathletics.co.uk/

Semua tali skipping di laman web Rush Athletics dijual dalam harga pound dan kos penghantarannya agak mahal sedikit kerana dipos dari UK. Secara kasarnya harga tali skipping Rush Athletics adalah dalam lingkungan RM100 – RM900

5. Crossrope

Crossrope pula adalah jenama dari USA yang juga terkenal. Tali skipping Crossrope ini dipopularkan oleh Jump Rope Dudes di YouTube Channelnya yang sering berkongsikan senaman menggunakan tali skipping. Kesemua tali skipping crossrope adalah jenis interchangeable rope dengan handle yang solid dan material talinya yang tebal. Oleh sebab itu, tali skipping Crossrope memang agak “bangsawan” dan tentunya sangat mahal. Saya sendiri tak mempunyai tali skipping Crossrope tetapi kalau sesiapa yang nak beli bolehlah beli secara online di laman web Crossrope.

Link : https://www.crossrope.com/

Jadi itulah dia diantara cara mana nak beli tali skipping secara online. Belilah mengikut keperluan dan level masing-masing dan dah beli tu pastikan pakai.

6. MohdZarinDotCom

Saya sendiri juga dari semasa ke semasa anda menjual tali skipping dari Rush Athletics melalui laman Instagram saya dengan harga mampu milik dan bayaran ansuran. Saya tak simpan banyak sangat stok jadi kalau sesiapa yang ingin membeli bolehlah DM saya di Instagram saya @mohdzarindotcom.

Link : http://instagram.com/mohdzarindotcom

 

 

 

 5,279 total views,  1 views today

Advertisements

Related Articles

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

11 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.