Sebagai peminat dan “Hantu Durian” saya sememangnya sentiasa ingin mencuba apa saja menu yang berasaskan durian. Tak kisahlah, kek durian ke, aiskrim durian ke apa tah lagi durian sebenar. Semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni memang susah nak cari durian. Tapi bila saya dengar Domino Pizza mengeluarkan Lava Cake terbaharu iaitu berperisa Durian, saya terus teringin nak mencuba.
Saya pernah makan Domino Pizza Lava Cake sebelum ini yang berperisa chocolate, tetapi Domino Pizza Durian Lava Cake ni sememangnya sangat nampak menggiurkan. Berdasarkan dari promosi oleh pihak Domino, isi lava cake ini dibuat menggunakan isi durian sebenar D24. Saya macam tak percaya sebab Durian D24 memang sedap! Jadi mari kita cuba sendiri.
Domino Pizza Durian Lava Cake didatangkan di dalam kotak bersaiz kecil iaitu kotak yang sama digunakan untuk Domino Pizza Chocolate Lava Cake. Mungkin kerana musim PKP, pihak Domino tak sempat nak design kotak ini khusus untuk Durian Lava Cake. Berkemungkinan juga kerana ianya adalah promosi sementara saja untuk waktu yang terhad, jadi mereka hanya gunakan kotak sedia ada.
Rupa bentuk Durian Lava Cake adalah berbentuk bulat dan berwarna kuning keemasan. Tekstur luarannya sedikit keras kerana dibakar tetapi di bahagian dalamnya pula lembut. Bahagian luarnya mempunyai rasa seakan-akan kek berperisa durian. Ianya mempunyai rasa manis tetapi tidaklah terlalu manis.
Yang menariknya adalah isi di dalam Durian Lava Cake ini. Ianya berkrim dan lembut. Krim ataupun “Lava”nya ini sungguh pekat dan mempunyai bau wangi durian. Rasanya pula sememangnya mewah dengan rasa durian seperti yang diiklankan iaitu durian D24. Isinya cair dan meleleh serta melembutkan bahagian kek setiap kali ianya dimasukkan ke dalam mulut. Tambah menarik lagi pada isinya ini masih terdapat serat-serat isi durian yang menimbulkan lagi kenikmatan Durian Lava Cake ini.
Domino Pizza Durian Lava Cake ini sememangnya mempunyai rasa yang sungguh unik dan sedap. Ianya tidak terlalu manis dan masih mengekalkan rasa sebenar durian. Kenikmatannya seakan-akan sedang menikmati Durian D24 di dalam bentuk kek. Bagi peminat durian, saya sarankan anda semua mencuba Durian Lava Cake lebih-lebih lagi ianya adalah promosi masa terhad.
Pada harga pengenalan iaitu RM12.90, Durian Lava Cake sangat berbaloi untuk dicuba lebih-lebih lagi untuk menghilangkan rasa teringin menikmati isi sebenar Durian. Jadi apa tunggu lagi, jom order sekarang di https://www.dominos.com.my/
1,907 total views, 1 views today
Alahai durian lava pulak. Kita tk makan durian tapi nampak menarik pula.. Boleh la belikan utk husband. Dia suka durian.
Zaza Azman recently posted…VIT’S MENCARI GOLONGAN WARGA EMAS UNTUK HULURKAN BANTUAN MAKANAN HADAPI COVID19
Adeiii nampak lagi sini…dah berapa kali nak pi beli dan try, tak pergi juga…nak order online ada sekali tu online tranfer dia prob, nak kena gak beli ni…melting gile nengok cecair durian tu oiii…adeiiii
Sis Lin recently posted…SELAMAT HARI JADI BUAT ANAK BUJANG AKU YANG KE-20 TAHUN
Durian ni kalau tempoyak, makan saje ok. Kalau dia jadi ice cream ke, cake ke memang tak berkenan sangat la. Peminat durian boleh la cuba.
sampai hati share benda ni. nakkkk!!!
dominos takde buat delivery area rumah aida 🙁
aida suka dominos pizza if delivery.
kalau makan kedai, prefer pizza hut. pizza hut kan ada coklat lava.
aduh, ngencess ni, zarin. nak gi beli, lebih 10km plak tu.
ada roadblock plak tu nak keluar durian tunggal ni. aduh!!!
karang lambat takut dah abis offer plak kan…
Nampak menyelerakan! Tapi rasa dia rasa durian atau tempoyak? Hehehehe. Nanti nak cuba sebab Domino’s Pizza kat bawah rumah aje.
Ruby recently posted…Aplikasi MySejahtera Bantu Rakyat Malaysia Tahu Risiko Jangkitan Terhadap COVID-19
This durian larva cake is the in thing now! Insya’Allah Kalo order pizza hut Boley lah try nanti. Hehehe.
dari haritu tengok ni. teringin tapi area saya ni takda panda. domino takda delivery musim pkp ni. huhu
wah memang nampak sedap ya. tapi sayangnya time pkp ni jauh pulak domino tu dgn rumah. maklumlah skrg saya stay dkt kg. kalau ada lgi lepas tempoh pkp berakhir bolehlah nnti nak beli
Uish durian lava pulak. Meleleh leleh tu nampak sedap tapi tak gemar durian sangat. Kalau mango ke chocolate dah order dah ni sekarang haha
Biasa dessert dorang semua sedap. Looking forward nak try lah lava durian ni. Confirm sedap!
Bella Jamal recently posted…Resepi Kuih Vadai (Masala Vadai)
Suami dan anak saya memang peninat durian-durian yang di pelbagaikan menu ni, Nanti nak suruh diaorang rasa cake lava durian ni
ZAIDALIFAH HUSSIN recently posted…Menu 7 Hari Sepanjang Kuarantin 8 April 2020 Hingga 14 April 2020
Ya Allah tengok video yang zarin buat makan Domino Lava Durian Cake terus kita rasa nak cuba juga waaaaa kenapa kita tak dapat nak juga Durian kegemaran kita bestnya waaaaaaa… Kalau produk Domino macam ni tak pernah mengecewakan mesti sedap..
Mahamahu recently posted…Kat Mana Nak Beli Makanan Untuk Buka Puasa Dalam Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Ini
Sedap gile.. Iena dah makan dah❤️❤️❤️
Bau dia memang semerbak bau durian. Tak puas makan satu😁😁😁
ienaeliena recently posted…Asyraf Khalid bengang dikait tumpang pengaruh Datuk K
Aduh, dahla sekrg sush nak cari durian, sekali Domino keluarkan cake durian..pergh melelh keluar isi dia erk..kene cuba ni, tak boleh lepaskan..sedap tengoknya..tetiba rasa kemanisan dan bau durian tu..hehee
Baru ni masak gulai tempoyak..fuhh best gila. Sis ni kalau durian memang teruja sikit..hehehe. Ni bila tgok ada durian lava kek..ehh jadi cam nak beli je besok
wah mesti sedap ni. ada beberapa kali nampak iklan dia di medsos. insyaAllah blh cuba
RAIHANAH AHMAD recently posted…Vivix Bantu Pulihkan Batuk, Demam Selesema
Oh yes, hari tu dah try durian lava cake ni memang sedap and durian nyer padu. Nak order lagi.
Sunshine Kelly recently posted…Best Western Foods You Can Try-On in KL & PJ
Dessert Domino memang sedap! Sampai takut nak beli sebab berebut. Cuma saya tak makan durian sangat. Tapi kalau beli confirm anak dgn suami berebut ni. Haha.