Semasa satu dunia dilanda wabak virus Corona COVID-19, pelbagai jenis video dikeluarkan bagi memberi maklumat kepada orang awam tentang bahayanya COVID-19 serta langkah-langkah pencegahan yang harus diambil. Ini adalah kerana virus COVID-19 adalah sejenis virus baru yang masih belum mempunyai vaksin khusus menentangnya. Virus COVID-19 ini pula merebak dengan sangat cepat dan boleh menyebabkan kematian.
Sehubungan dengan itu, maklumat yang betul harus disampaikan kepada masyarakat supaya semua orang bersedia menghadapi virus ini dan tidak panik. Semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), semua rakyat Malaysia diarahkan untuk berada di rumah dan menghadkan pergerakan luar rumah bagi memutuskan rantaian penyebaran COVID-19. Ini adalah sesuatu yang baru dan kita semua tak pernah alami sebelum ini. Namun begitu, masih ramai yang mengendahkan perintah kerajaan untuk duduk di rumah dan menganggap ianya tidak penting.
Duduk di Rumah
Sekiranya orang dewasa pun masih ramai yang tidak faham, apa tah lagi kanak-kanak yang pada kebiasaannya bermain di luar rumah ketika waktu petang. Video iklan berkaitan PKP yang dikeluarkan oleh Les’ Copaque Production baru-baru ini menyentuh isu PKP dari sudut kanak-kanak dan menerangkan tentang kepentingan berada di rumah.
Video berdurasi 40 saat itu menceritakan perbualan di antara Upin, Ipin dan Kak Ros tentang keinginan mereka untuk keluar rumah ketika PKP. Upin dan Ipin yang tidak faham kenapa harus berada di rumah walaupun mereka sedang sihat, diterangkan dengan terperinci oleh Kak Ros. Menurut Kak Ros, kita semua harus berada di rumah walaupun sedang sihat adalah untuk mengurangkan risiko dijangkiti dan menghalangkan penyebaran virus COVID-19.
Video ini juga telah dikongsi di laman sosial Kementerian Komunikasi Multimedia Malaysia dan Kementerian Kesihatan Malaysia dan menjadi pujian ramai. Turut memuji dan berkongsi video ini adalah Dr. Amalina melalui laman twitternya yang berpendapat video ini menyampaikan mesej yang baik.
Excellent message from @lescopaque @JemilahMahmood. Please stay at home. pic.twitter.com/6bIiSSaHEj
— Dr. Amalina (@DrAmalinaBakri) April 12, 2020
Perbezaan video iklan di Malaysia dan Indonesia
Sebenarnya terdapat 2 versi video yang sama tetapi dikeluarkan untuk negara Malaysia dan juga Indonesia. Walaupun pada asasnya ianya adalah video yang sama, tetapi terdapat sedikit perbezaan yang dibuat bagi menyesuaikan dengan negara masing-masing.
Mari kita lihat kedua-dua versi ini terlebih dahulu. Dapatkah anda mencari perbezaannya?
Video iklan versi Malaysia
Video iklan COVID-19 versi Indonesia
Ye, walaupun menggunakan dialog dan bahasa yang sama namun terdapat beberapa perbezaan pada visual dan mesejnya. Perbezaan utama adalah pada skrin di televisyen.
Perbezaan 1 :
Malaysia : Amalkan Penjarakan Sosial
Indonesia : Ayo Jaga Jarak
Perbezaan 2 :
Malaysia : Patuhi Perintah Kawalan Pergerakan
Indonesia : Patuhi Himbauan Pemerintah
Perbezaan 3 :
Malaysia : Duduk Di Rumah
Indonesia : Dirumah Aja
Sekiranya diperhatikan, ketiga-tiga perbezaan ini adalah dari segi penggunaan bahasa bagi memudahkan rakyat di Malaysia dan Indonesia tersebut memahami mesej yang ingin disampaikan.
Cara Menggunakan Hand Sanitiser
Meskipun di dalam video ini Upin & Ipin COVID-19 tidak mengajar secara langsung cara-cara menggunakan hand sanitiser, tetapi terdapat animasi kecil yang diselit ketika Upin dan Ipin sedang menyampaikan mesej mereka. Kelihatan sepasang tangan sedang menghulurkan sebotol hand sanitiser kepada Upin dan tangan tersebut menekan menutup hand sanitiser tersebut dengan menggunakan tangan dibahagian belakang. Perlakuan ini sebenarnya walaupun kecil, tetapi ianya secara tak langsung mengajar cara-cara yang betul menekan botol hand sanitiser.
Selain itu juga, ketika Upin sedang sibuk bercakap, pergerakan tangannya dilihat begitu terperinci sedang membersihkan tangannya menggunakan hand sanitiser. Pergerakan tangan Upin begitu lancar dengan memusing dan mengurut telapak tangannya bagi memastikan ianya betul-betul bersih.
Walaupun video iklan Upin & Ipin COVID-19 berdurasi 40 saat ini nampak mudah dan disasarkan khusus untuk kanak-kanak, tetapi penghasilnya telah diperincikan dengan baik dan mesej yang disampaikan amat penting.
Diharapkan orang ramai akan kekal berada di rumah dan mengikuti perintah kerajaan. Tak kira Malaysia atau Indonesia, kita semua sedang berperang dengan lawan yang kita tak nampak. Sama-sama kita doakan agar kita semua selamat dan bebas dari virus COVID-19.
1,894 total views, 1 views today
Wah bagus yea Les Copaque buat video berinformasi melalui Upin Ipin macam tu, senang jugak nak tunjuk kat anak-anak supaya mereka lebih mudah faham dalam keadaan yang santai.
Qeela recently posted…Naelofar Has Joined Shopee, Finally Yayy!
Suka tengok upin ipin punya pesanan. Tak kira lah pesanan lain jugak. Suka tengok
Banyak sebenarnya lagu pkp yang dikeluarkan untuk budak-budak kecik faham.
Anak saya layan didi and friends, pinkfong pun ada. Jenuhhh layan
Hi apakata Mommy recently posted…Kuasa Pembeli Ketika PKP Ini Membuat Harga Barang Meningkat
hi hi hi terus Izzat (anak aida) berlari nak dgr mesej from U&I.
yes. mesti la gunakan bahasa yg difahami, kan.
baru sampai mesejnya. terbaik 🙂
Bagusnya rancangan upin ipin ni kadang ikut isu semasa kan… So kanak2 yang tengok pon boleh la memahami dan ikut cara cmni kan…
seharusnya lebih banyak organisasi besar macam les copaque ni sebarkan positif mesej macam ni. good job lescopaque. terbaik
so cute upin ipin. bagus ni bagi kanak2 tengok, asik memberontak je nak keluar. kot paham lah situasi sekarang kenapa mak bapak tak bawak keluar jalan-jalan
Tak pernah tengok upin ipin. But they are very famous. I need to catch up on them too
Moga kanak-kanak yang melihat video ni memahami apa yang hendak disampaikan. Terbaik penerbit Upin & Ipin
ZAIDALIFAH HUSSIN recently posted…Resepi Daging Bulgogi
Bagus kisah tentang wabak Covid-19 diceritakan dalam bentuk kartun Upin dan Ipin ini. Budak-budak kalau tengok berkali-kali faham juga. Ni kan lagi orang dewasa yang masih tak faham-faham.
Thanks for sharing!
Passing important message from upin and ipin makes good effects too.
Because if kids see, they can acknowledge to their parents too.
Good job.
Anak-anak suka la tengok iklan pkp versi kartun ni. Siap hafal dialog lagi. Tapi marina akan tekankan balik pada diorang apa yang kartun tu sampaikan
Bagus dorang buat karakter kartun upin ipin sebagai medium pertengahan utk terangkan kat anak2. Cara ni anak2 lbih faham kenapa kita kena duduk rumah. Good initiative.
Upin dan ipin memang kanak2 suka dan ada yg menjadi ikutan mereka. Dengan adanya iklan sebegini sekuragnya dapat memberi penerangan kepada kanak2 tentang virus covid ni dan kenapa mereka kena duduk rumah, terbaiklah lescopaque
Pesanan dari kartun kegemaran Malaysia dan Indonesia ini lebih mudah utk anak-anak faham. Lepas tengok, mesti anak Ruby akan terangkan kat Ruby. Ibarat macam mak tak faham COVID-19 tu apa. Seronok mendengar mereka explain.
Ruby recently posted…Terus Istiqamah Berhijab Bersama Shera Lee
Anak sedara tu atuknya kata asyik duk ulang-ulang sambil meniru aksi Upin Ipin ni, lawak sungguh bila adik tunjuk aksi mereka berdua nengok sambil praktikal hahahahaha…nampakkan kesannya dan impak kepada anak-anak sangat cepat cppy paste!…tahniah Lescopaque!!…
Sis Lin recently posted…LIRIK LAGU KAYANGAN – DRAMA BAND
Ni memang bagus share kepada budak budak, sometimes its hard for them to understand why can not go out and can not go to school now.
Sunshine Kelly recently posted…AMARON Battery: Tips How to Choose Car Battery & Keep Your Car Healthy
Memang terbaik… mesej yang hendak diberitahu sampai direct kepada anak-anak dalam iklan yang digarap dengan ringkas namun penuh dengan ketelitian… segala maklumat dilontarkan dalam dialog-dialog yang catchy… memang tepat pada masanya ianya diterbitkan… di samping dapat mendidik anak-anak, ia juga dekat di hati mereka kerana watak Upin & Ipin sedikit-sebanyak memang mengiringi anak-anak sepanjang mereka membesar…
De Alif recently posted…3 WAYS TO ROCK YOUR LIPSTICK