Kali ni jom kita makan di Warung Leko yang terletak di The Curve, Damansara. Kalau nak tahu, Warung Leko ni adalah salah sebuah cawangan restoran yang terkemuka di Indonesia. Pada 2 tahun yang lepas, saya pernah makan di cawangan Jakarta (klik untuk baca) dan saya sangat suka dengan makanannya masa tu. Sejak dari haritu, saya dah taruk wishlist saya adalah untuk makan lagi sekali di sini. Alhamdullilah, doa saya dimakbulkan dan akhirnya dorang pun buka cawangan  terbaru di Malaysia.

IMG_3185Warong Leko

IMG_3189Diantara menu yang disediakan

Advertisements

Warung Leko di The Curve ni kalau tak salah saya dah beroperasi lebih kurang setahun dan saya pun sebenarnya dah makan lebih dari sekali di sini. Di Warung Leko ni speciality mereka adalah Iga Penget ataupun daging bahagian “Rib” yang masak cara penget. Kat sini daging Iganya sangat lembut dan enak dimakan dengan sambalnya yang pedas. 

Selain tu, kat sini dorang juga ada pelbagai lagi menu seperti Iga Goreng, Ayam Penyet, Ayam Bakar, Talapia Goreng dan macam-macam lagi. Di sini yang istimewanya juga adalah sambal untuk ayam penyet disediakan dalam beberapa jenis kepedasan. Kalau tak salah saya ada 3 level kepedasan dan sambal ni semuanya disiapkan serta merta di dalam pinggan hidangan setelah order diterima. Kiranya bukanlah dah siap awal-awal dan tinggal ceduk saja. Walaupun sambal dalam pinggan hidangannya nampak macam sikit je, tapi bila makan memang pedas tak ingat dunia. Walaupun ianya sangat pedas, tapi kita rasa macam nak makan lagi. Begitulah feelsnya menikmati sambal penget di sini. Dari segi harga, semua makanan di sini mungkin agak mahal sikit sekiranya dibandingkan dengan restoran ayam penyet yang lain. Tetapi memandangkan tak banyak restoran yang menawarkan Iga sebagai menu utama, jadi saya rasa harga tersebut boleh diterima.

IMG_3153Aqeel baca doa dulu sebelum makan

IMG_3154Menu utama iaitu Iga Penget

IMG_3155Ayam Penyet

IMG_3158Set tauhu dan tempe goreng

IMG_3165Masakan ayam

IMG_3174Kak Long (Anis) dan Jojo juga pengemar Warung Leko

Selain dari makanan, kat sini juga ada menyediakan minuman ala-ala seperti di Indonesia. Air seperti Es Jeruk Degan, Teh Botol dan macam-macam lagi dengan mudah boleh didapatkan di sini. Servis dan layanannya pula sangat memuaskan dan cepat. Unless kalau datang tengah time peek seperti waktu minggu dan cuti umum.

Secara keseluruhannya saya amat suka dengan makanan di sini. Cuma pada pendapat saya Warong Penget haruslah sertakan sekali tempe dan tauhu goreng di dalam setiap set penget. Jika tidak, saya terpaksa order set tauhu dan tempe goreng secara berasingan yang dikira dengan harga yang berasingan. Tempe adalah side dish yang wajib ketika makan masakan penyet.

Bagi sesiapa yang nak rasa masakan asli Indonesia, saya sarankan cubalah makanan di sini. Memang takkan menyesal.

 9,131 total views,  1 views today

Advertisements
   

Related Articles

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

2 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.