Karnival Upin & Ipin 2014 tiba lagi dan kali ini ianya bakal membawa 1,000 macam kelainan dan keunikannya yang tersendiri. Lokasi di PICC, Putrajaya sebenarnya telah dipilih untuk Karnival Upin & Ipin tahun 2013 tetapi oleh kerana kesuntukan masa dari segi kelulusan dan sebagainya, akhirnya lokasi ini dipinda pada November 2014. Pejam celik, pejam celik… tengok-tengok hanya kurang lagi sebulan karnival ini akan berlangsung. Menjadi sebagai salah seorang diantara orang belakang tabir Karnival Upin & Ipin semenjak tahun pertama penganjuran iaitu sekitar tahun 2010, saya dapat melihat banyak perubahan dan pembaikan pada setiap tahun.
Saya tak dapat nafikan, penganjuran kali ini lebih luar biasa kerana perancangan dan persiapan awalnya seolah-olah ingin membuka taman tema Upin & Ipin. Banyak perkara menarik yang bakal dipersembahkan dan ada diantara beberapa persembahan ini merupakan cubaan kali pertama. Saya sendiri dah melihat demonstrasi robot dan hologram yang akan dipersembahkan di Dewan Multimedia. Hasilnya jauh berbeza dan memang tak pernah terfikir untuk hasilkan sesuatu yang seperti ini. Kalau saya sendiri excited masa tengok, saya pasti semua yang dapat tengok nanti pun akan rasa yang sama. Tak cukup dengan itu, penampilan Ultraman di Karnival Upin & Ipin juga merupakan satu lagi keunikan. Jangan bandingkan dengan penampilan Ultraman di Pavilion kerana penampilan Ultraman di Karnival Upin & Upin merupakan persembahan lakonan di pentas utama selama 1 jam setiap hari secara percuma yang dipersembahkan di dalam bahasa Melayu. Persembahan seperti ini biasanya, dikenakan bayaran. Selain itu, dua lagi IP baru Les’ Copaque iaitu Puteri dan DaDuDiDo pula ada “island” ataupun dunianya tersendiri. Jadi lebih banyak pengisian dan tarikan yang bakal dipersembahkan.
Di Karnival ini juga akan ada 13 orang watak-watak maskot seperti Upin, Ipin, Mail, Ehsan, Fizi, Susanti, Ara, Aris, Opah dan ramai lagi. Maskot Upin & Ipin pula bakal menemani di pentas utama serta green screen untuk sesi bergambar. Mereka akan menari, membuat persembahan lakonan dan macam-macam lagi. Tak lupa juga buat peminat abang Aino Nano yang akan mengacarakan pentas utama.
Karnival Upin & Ipin 2014
Tarikh : 21,22, 23 November 2014
Lokasi : PICC, Putrajaya
Masa : 9 pagi – 10 malam
Masuk adalah PERCUMA
13,285 total views, 1 views today
waaahhhh… ada abang Aino Nano laaa… saya suka! saya suka!