Bagi yang mengikuti media sosial dan pembaca blog saya pasti sudah tahu skipping merupakan senaman kegemaran saya. Salah satu sebab utama adalah skipping telah mengubah hidup sayadari berbadan saiz XXL sehingga ke saiz M. Ianya merupakan permulaan dalam perubahan besar hidup saya di dalam misi ingin kurus. Selain skipping boleh membantu proses untuk kurus, sebenarnya terdapat banyak lagi kebaikan senaman skipping. Kali ni saya nak kongsikan 10 kebaikan senaman skipping. Jom kita mulakan.
Kebaikan Senaman Skipping
1. Pembakar kalori
Skipping adalah salah satu senaman kardio yang mampu membakar kalori dengan tinggi. Skipping selama 10-15 minit sahaja sudah mampu membakar lebih kurang 200-300 kalori. Malahan senaman skipping juga dikatakan lebih banyak membakar kalori jika dibandingkan dengan senaman kardio yang lain.
Oleh itu, bagi baru ingin mula menurunkan berat badan, senaman jump rope merupakan salah satu pilihan yang terbaik. Ianya mudah dan boleh dilakukan di mana-mana sahaja.
2. Melatih menjadi lebih fokus
Salah satu perkara utama yang harus dititikberatkan ketika skipping adalah fokus. Mana taknya, kalau kita tak fokus habis terlibas kaki ataupun badan. Oleh itu, skipping melatih kita untuk menjadi lebih fokus dalam melakukan sesuatu. Ketika kita melompat, pergelangan tangan turut dipusing bagi melepaskan pusingan tali ketika melakukan lompatan. Ianya memang memerlukan timing dan koordinasi tangan yang baik. Sebab itulah kita kena fokus!
3. Meningkatkan bone density
Skipping juga dapat meningkatkan bone density ataupun ketumpatan tulang. Walaupun ada orang cakap skipping nanti takut sakit kaki dan sebagainya tapi skipping sebenarnya sangat baik untuk tulang. Skipping menguatkan tulang di bahagian kaki kerana kita kerap berlatih menguatkannya melalui pergerakan kaki.
Namun begitu, bagi mengelakkan kecederaan pada bahagian kaki, kita haruslah berlatih dan mendapatkan form lompatan yang betul.
4. Lebih tenang
Skipping juga akan menjadikan kita lebih tenang. Ini adalah kerana ketika kita melakukan skipping kita sedang mengawal pelbagai pergerakan termasuklah kaki dan tangan ketika melompat. Keseluruhan pengawalan pergerakan ini menjadikan kita lebih tenang kerana melakukan pergerakan yang berulang.
5. Menyihatkan jantung
Kebaikan senaman skipping adalah ianya baik untuk jantung kerana skipping adalah salah satu senaman kardiovaskular yang bagus. Ianya akan melatih jantung agar dapat berfungsi dengan lebih baik. Tapi awas, jangan skipping dengan heart rate yang terlalu tinggi pula kerana ianya akan membahayakan terutama sekali bagi mereka yang ada masalah kesihatan.
6. Mengurangkan risiko kecederaan kaki
Bila bercakap pasal skipping mesti orang akan ingat skipping menyebabkan kecederaan pada kaki tetapi sebenarnya tidak. Skipping akan melatih kaki kita landing dengan baik dan membiasakan kaki menyerap hentakan dari lompatan. Tulang dan anggota kaki juga lebih bersedia dan kuat dari dari semasa ke semasa.
7. Menyeronokkan
Skipping ni memang menyeronokkan terutama sekali bila kita dah mahir melakukan skill-skill baru. Kadang-kadang berlatih buat skill baru ni lebih memenatkan dari melakukan lompatan biasa. Sedar tak sedar kita dah bakar banyak kalori. Skipping sambil dengar lagu juga akan membuatkan kita lebih seronok.
Kita boleh melakukan skipping di mana-mana sahaja dan tidak memerlukan kawasan yang luas. Kalau nak skipping di depan rumah boleh, dalam rumah boleh, dalam bilik pun boleh. Berbeza dengan senaman yang lain seperti jogging kita perlukan kawasan yang luar seperti taman perumahan ataupun treadmill kalau berlari di dalam rumah.
Kebaikan skipping boleh dilakukan di mana-mana sahaja.
9. Murah
Tali skipping amat murah dan tak mahal pun. Kalau nak beli tali skipping secara online pun ada banyak pilihan bermula semurah RM4 pun ada. Jadi ianya sesuai dilakukan oleh sesiapa saja yang takde budget nak masuk gym ataupun nak beli treadmill.
10. Mudah
Tali skipping ni adalah satu-satunya alat senaman yang mudah di bawah ke mana-mana. Kalau nak balik kampung atau travel ke mana-mana pun ianya masih mudah di bawa. Selitkan je dalam beg dan ianya dah sedia digunakan. Saya sendiri memang wajib bawa tali skipping tak kisah di mana pun saya travel. Inilah salah satu kebaikan senaman skipping yang saya rasa sangat best!
Sesiapa sahaja boleh mulakan senaman skipping tetapi haruslah belajar dan tahu asas lompatan bagi mengelakkan kecederaan. Namun begitu bagi mereka yang memang sudah mengalami masalah dibahagian kaki dan lutut tidak dinasihatkan melakukan senaman skipping. Video di bawah ini adalah cara asas dan tips mula belajar senaman skipping di YouTube Channel saya.
Yes I agree with you that it is more affordable and it can done anywhere without any equipment, making it an ideal form of exercise for many. Tekkaus recently posted…Don Don Donki Malaysia Is Online at Shopee
i have learnt that skipping is basic for boxing ! Now trying to do it daily sbb I am addicted to boxing now, now kalau nak skipping mmg tgk youtube Encik Zarin 🙂
dah lama juga tak main skipping ni. banyak betul manfaat dia. lepas ni kena rajin3 la workout 🙂 Tiara Sapphire recently posted…Drama | Projek Anchor SPM (2021)
Yeayyyy moh kita skipping. Tapi buat mase ni xleh beria sangat sbb bru 4 bulan lepas bersalin ceaser. Xberani dan masih takut. Thank you sharing info dan tips ni.
Skipping ni memang bagus, sebab equipment murah dan senang bawa ke mana2. Pastu boleh buat indoor, tak makan byk space. Kalau running kena keluar rumah atau guna treadmill. Ummi | Ummi Goes Where? recently posted…Visiting Lake Baikal, Russia – The Deepest Lake in the World
Yaaa dulu Sis pun tak tau, tapi bila Zarin banyak share perkongsian bersenam skipping ni, Sispun dah mula cuba hingga harini, walau tak berapa nak kuat nak lompat, tapi tetap buat pelan-pelan.. at least ada senaman untuk harian.. kurus tu bonus, janji senam dan sihat.. kann.. Sis Lin recently posted…23HB MARCH 2021 – HARI KEPUTERAAN DYMM SULTAN JOHOR
Skipping ni memang best. Dari sekolah suka. Tapi teknik tak sehebat coach. Suka tengok coach buat laju dan ada stail memacam tu. Nak kena berlatih. Sebab berat betul badan ini. Hahaha. Ruby recently posted…Gaston Luga Pärlan Sand-Brown Sesuai Untuk Ibu Yang Sibuk
Ingat masa zaman sekolah dulu2 skipping.mmg wajib masa bersukan lebih2 lg klu main ramai2 lg seronok siap ada lagu, skrg dah jd mak2 ni dah lupa skipping haaa..walaupun bdn kecik tp bila try skipping rasa berat dah bergegar plk satu vdn haaaa..
Ya ampun rindu betul nak skipping . Tapi memang betul skipping ni memang pembakar kalori paling cepat dan tinggi antara semua senaman kardio yang lain. Tapi sekarang lutut saya injured so kena stop . Mungkin lepas fisio jika diizinkan saya akan start balik buat jump rope. By the way , Zarin memang salah seorang pencetus kenapa saya mula nak lompat tali. Saidila Abdul Rahman recently posted…Perasaan Kali Pertama Beli Handbag Original Berjenama Nilai Ribuan Ringgit
Yes I agree with you that it is more affordable and it can done anywhere without any equipment, making it an ideal form of exercise for many.
Tekkaus recently posted…Don Don Donki Malaysia Is Online at Shopee
Moh la kita skipping. Tali skipping ada beli kat Decathlon masa PKP tahun lepas.
Good post! Very educational and informative. I should try skipping too. Btw, can we do skipping in an apartment? Just asking. Hehehehehe…………
i have learnt that skipping is basic for boxing ! Now trying to do it daily sbb I am addicted to boxing now, now kalau nak skipping mmg tgk youtube Encik Zarin 🙂
Betul best. Bila buat dengan husband siap lawan siapa yang boleh skip non-stop paling banyak. Haha
Zayani Zulkiffli recently posted…Beauty Review: COBOR Flower Essence Repairing Cream
dah lama juga tak main skipping ni. banyak betul manfaat dia. lepas ni kena rajin3 la workout 🙂
Tiara Sapphire recently posted…Drama | Projek Anchor SPM (2021)
banyak manfaat skipping ni rupanya thanks sharing. moga lebih istiqomah nak skipping lepas baca ni hehe
Yeayyyy moh kita skipping. Tapi buat mase ni xleh beria sangat sbb bru 4 bulan lepas bersalin ceaser. Xberani dan masih takut. Thank you sharing info dan tips ni.
Huda pun sekarang suka skipping. syok bila kaki makin kuat dan badan nampak beza . akan teruskan sampai berjaya dapat size M
huda halid recently posted…Camping di D’Nest, Dungun Escapade Resort Memang Terbaik! Lengkap Semua Kemudahan.
Skipping ni memang bagus, sebab equipment murah dan senang bawa ke mana2. Pastu boleh buat indoor, tak makan byk space. Kalau running kena keluar rumah atau guna treadmill.
Ummi | Ummi Goes Where? recently posted…Visiting Lake Baikal, Russia – The Deepest Lake in the World
Yaaa dulu Sis pun tak tau, tapi bila Zarin banyak share perkongsian bersenam skipping ni, Sispun dah mula cuba hingga harini, walau tak berapa nak kuat nak lompat, tapi tetap buat pelan-pelan.. at least ada senaman untuk harian.. kurus tu bonus, janji senam dan sihat.. kann..
Sis Lin recently posted…23HB MARCH 2021 – HARI KEPUTERAAN DYMM SULTAN JOHOR
Bagus sebenarnya skipping ni. Boleh bantu untik keep fit. Plg best boleh dilakukan dinnana-mana
Nell dah beli skipping rope aritue kat Decalthon hehehe.. Nak start my skipping journey too la.. Rupanya lagi banyak calories burn ye!
Skipping ni memang best. Dari sekolah suka. Tapi teknik tak sehebat coach. Suka tengok coach buat laju dan ada stail memacam tu. Nak kena berlatih. Sebab berat betul badan ini. Hahaha.
Ruby recently posted…Gaston Luga Pärlan Sand-Brown Sesuai Untuk Ibu Yang Sibuk
Banyak manfaat dengan skipping ni kan. Bagus untuk kesihatan. Kena mula skipping ni
Ingat masa zaman sekolah dulu2 skipping.mmg wajib masa bersukan lebih2 lg klu main ramai2 lg seronok siap ada lagu, skrg dah jd mak2 ni dah lupa skipping haaa..walaupun bdn kecik tp bila try skipping rasa berat dah bergegar plk satu vdn haaaa..
Ya ampun rindu betul nak skipping . Tapi memang betul skipping ni memang pembakar kalori paling cepat dan tinggi antara semua senaman kardio yang lain. Tapi sekarang lutut saya injured so kena stop . Mungkin lepas fisio jika diizinkan saya akan start balik buat jump rope. By the way , Zarin memang salah seorang pencetus kenapa saya mula nak lompat tali.
Saidila Abdul Rahman recently posted…Perasaan Kali Pertama Beli Handbag Original Berjenama Nilai Ribuan Ringgit
Terima kasih. Semoga sembuh nanti
Skipping buat saya teringat kebanyakkan ahli tinju termasuk Mike Tyson selalu buat.
KerjaSendiri recently posted…Tetap Berniaga Walaupun Sakit 5 Jenis Penyakit Kronik?
Masa nak kurangkan berat badan dengan skipping
Stephen Paul recently posted…Website Design Malaysia Price