Pasti sesiapa saja yang membaca tajuk topik kali ini tertanya-tanya dan ingin mengetahui mengenai Lemang Periuk Kera. Kebanyakkan dari kita zaman sekarang, sudah tidak mengetahui dan mungkin juga tak pernah makan Lemang Periuk Kera yang dikatakan salah satu makanan warisan yang hampir pupus. Saya sungguh bertuah dan bernasib baik kerana bertemu dengan salah seorang pengusaha Lemang Periuk Kera secara tidak langsung dan beliau terus menawarkan saya untuk berkunjung ke rumahnya untuk merasai sendiri kesedapan makanan ini. Nama beliau adalah, abang Tan Safry yang telah 20 tahun melibatkan diri dalam masakan lemang warisan ini. Yang menariknya, Abang Tan berkongsi cerita mengenai perniagaannya yang semakin laris semenjak Lemang Periuk Kera ini diperkenalkan di dalam siri Upin & Ipin. Kebanyakkan dari pelanggan tidak sangka Lemang Periuk Kera ini betul-betul wujud, dan hanya mengetahui lemang ini melalui cerita Upin & Ipin.

vlcsnap-2014-08-22-17h51m07s63

Lemang Periuk Kera di dalam siri Upin & Ipin

kera09

Periuk Kera merupakan salah satu tumbuhan yang susah untuk ditemui

kera05

Periuk Kera

kera01

Periuk Kera harus disimpan di kawasan yang bersih

 

Menurut Abang Tan, sebenarnya masih ada orang yang menjual Lemang Periuk Kera ini tetapi ianya sangat susah untuk didapati. Abang Tan sendiri mencari dan mengumpul pokok periuk kera di dalam kawasan hutan Pahang setiap minggu. Pokok Periuk Kera sangat unik kerana ianya memerangkap serangga dengan mengeluarkan sejenis bendalir di dalam badannya. Terdapat pelbagai jenis pokok periuk kera dan bukan semuanya boleh dibuat lemang. Kebanyakkan dari orang takut untuk memakan Lemang Periuk Kera kerana terdapat cerita yang menyatakan periuk kera ini beracun. Tetapi sebenarnya ianya tidaklah beracun sekiranya kita menggunakan periuk kera yang betul dan ianya dibasuh dengan teknik yang tertentu.

kera03

Abang Tan menunjukkan periuk keranya

kera10

Cara pembersihan Periuk Kera

 

Perbezaan Lemang Periuk Kera ini dari lemang biasa adalah dari segi rasanya yang sangat enak. Saya sendiri sangat teruja apabila merasai lemang ini buat pertama kali. Pada bahagian dalam lemang ini ianya ada rasa sedikit manis dan berlemak. Manakala pada bahagian-bahagian lain pula ianya sangat lembut dan enak dimakan. Berbeza dengan Lemang Buluh, Lemang Periuk Kera seolah-olah dimasak sempurna dan mempunyai rasa yang sekata kerana faktor saiz pokoknya.

Advertisements
kera12

Lemang Periuk Kera enak di makan bersama Rendang Daging

kera11

Lemang Periuk Kera yang sudah dimasak

kera07

Kesedapan Lemang Periuk Kera

kera08

Periuk Kera yang belum dimasak

kera06

Lemang Periuk Kera yang sudah dimasak

kera04

Lemang Periuk Kera yang sangat sedap

Pada kebiasaannya Lemang Periuk Kera ini dimakan dengan rendang daging ataupun serunding. Namun begitu, ianya juga sudah mempunyai rasanya yang tersendiri. Abang Tan menjual Lemak Periuk Kera mengikut harga timbang iaitu sekitar RM35 bagi setiap kilo. Terima kasih kepada Abang telah sudi menjemput saya merasai kesedapan lemang ini. Kepada sesiapa yang ingin menempah Lemang Periuk Kera ini, bolehlah hubungi no di bawah :

No Telefon : 019 344 5351 (Abang Tan)
Facebook : https://www.facebook.com/pages/Lemang-Periuk-Kera-Kambing-Bakar/330975593725523

 

 18,551 total views,  1 views today

Advertisements

Related Articles

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

3 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.