Kalau dulu mai Penang memang tak sah kalau tak pekena Nasi Kandar. La ni tak yah nak pi jauh-jauh sebab Nasi Kandar Line Clear yang terkenal di Penang dah ada cawangan di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Nasi Kandar ni kalau makan memang sedap bagi kuah campur dan banjir. Pergh… memang naik selera makan. Lokasi Line Clear ni tak susah sangat nak cari sebab ianya terletak betul-betul di tepi jalan. Bila dah sampai tu, bolehlah parking kereta di seberang jalan je. Perbezaan utama cawangan Line Clear ni adalah suasananya restorannya yang lebih bersih dan selesa.
Sampai je di depan entrance Line Clear ni dah boleh nampak logo LC Restoran yang cantik dan mural Pulau Penang. Memang sempoi~
Restoran Line Clear ni dibuka setiap hari sampai jam 12am. Suasana kat sini sangat ramai orang lebih-lebih lagi ketika waktu makan dan waktu hujung minggu. Walaupun saya kena beratur panjang, tapi oleh kerana sistemnya cepat saya tak terasapun ketika beratur. Kat sini memang banyak pilihan lauk dan rasa macam nak ambik semua je. Baik ayam goreng, daging hitam ataupun kari kambing semua lauk kat sini memang sedap dan tak rugi kalau makan.
Tengok gambar-gambar ni je pun dah boleh terliur dibuatnya.
Ruang makan kat sini memang banyak dan selesa. Tapi saya ingatkan sekali lagi, restoran Line Clear ni sangat penuh dan mungkin takde tempat duduk ketika hujung minggu dan cuti sekolah. Jadi kalau tak nak menyesal, datanglah awal.
Rata-rata harga makanan kat sini standard mamak. Nak kata mahal sangat tu takdelah mahal sangat, nak kata murah pun takde la murah sangat. Asalkan kita tahu apa yang kit ambik tu sure budget tak lari.
Secara keseluruhannya makan kat sini memang best. Balik rumah tangan confirm masih baru kari lagi. Saya sangat recommend kepada semua orang Kuala Lumpur agar sekurang-kurangnya mencuba sekali makan kat sini.
Ini adalah alamat Line Clear Kuala Lumpur
Kampung Baru, 50300 KL
Business hours: 24 hours daily
Tel: 010-388 3326 / 019-422 3753 / 017-409 6129
5,218 total views, 1 views today