Mee Kicap ataupun Mee Ipoh sangat terkenal di Ipoh dan telah menjadi sebahagian dari menu wajib sarapan pagi selain dari Nasi Lemak. Mee Kicap yang asalnya dari makanan etnik masyarakat Cina telahpun disesuaikan dengan citarasa Melayu. Seperti namanya, Mee Kicap secara ringkasnya adalah diasaskan dari beberapa jenis cairan kicap dan kuah sup. Walaupun nampak simple, tapi rasanya sangat sedap.

LC2_0664

Lokasi berhampiran dengan Stadium

LC2_0674

Sentiasa penuh

Di Ipoh, saya telah diperkenalkan dengan lokasi Mee Kicap terbaik iaitu berhampiran dengan Stadium. Tak susah nak cari lokasi kedai Mee Kicap ini kerana kedai Mee Kicap ini sentiasa penuh dari awal pagi. Pada kebiasaannya, sesiapa nak yang mencuba makan di sini kenalah datang pada awal pagi. Mee Kicap biasanya dihidangkan bersama sambal serta sup “fishcake”. Bagi pengunjung tetap pula, kadang-kala mereka lebih gemar menukar kuah sup dengan kuah kari bagi menambahkan rasa pedas.

Sebagai penggemar makanan berasaskan kicap, bagi saya Mee Kicap ini dah jadi makanan favorite saya. Tiada lengkap rasanya kalau tak makan Mee Kicap setiap kali datang ke Ipoh.

Advertisements
LC2_0677

Mee Kicap Ipoh

LC2_0684

Mee Kicap Ipoh

LC2_0688

Sup “Fishcake”

Nampak sedapkan? Jadi kalau berkunjung ke Ipoh nanti jangan lupa cari Mee Kicap Ipoh. Memang Sedap~!

 29,805 total views,  7 views today

Advertisements
            

Related Articles

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

2 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.