Kali ni kita nak jalan-jalan cari satu menu istimewa iaitu Nasi Kukus Awan Besar. Kalau nak tahu, lokasi Nasi Kukus ni terletak di RnR Awan Besar Lebuhraya KESAS. Jarang kita nak tengok kawasan makanan di RnR kena serbu dengan orang setiap hari pada waktu makan tengahari. Ini adalah disebabkan Nasi Kukus  di sini memang diantara yang tersedap yang boleh didapatkan disekitar Kuala Lumpur.

nn09

Sajian Aliaa sentiasa dipenuhi dengan penggemar Nasi Kukus Awan Besar

nn04

Ayam goreng panas-panas lagi ni

nn03

Kuah kari pedas dan “side dishes”

nn07

Limau ataupun cili potong sekiranya inginkan lebih terangkat

 

Kedai Nasi Kukus ini namanya Sajian Aliaa. Semasa kunjungan saya sekitar jam 12 tengahari, orang dah ramai menunggu di meja-meja berhadapan dengan kedai walaupun perniagaan masih belum mula beroperasi.

nn05

Ikan bakar juga diantara menu utama di sini

nn06

Set nasi kukus bersama side dishes nya…

nn08

Ikan bakar bersama kuahnya yang sedap

 Keistimewaan Nasi Kukus Awan Besar ini adalah pada ayam goreng berempahnya serta hiasan-hiasan pada nasi seperti nenas, sayur dan kuah karinya. Boleh dikatakan ianya merupakan pakej lengkap hidangan tengahari. Selain dari Ayam Goreng, pengunjung juga boleh memilih ikan bakar sekiranya tidak menggemari ayam. Biar apapun yang dipilih, set nasi yang dipakejkan masih sama dengan set ayam.

Advertisements
nn02

Set Nasi Kukus bersama ayam goreng berempah

nn01

Set Nasi Kukus bersama ayam goreng berempah

Kalau berpeluang menjamu selera di sini, jangan lupa untuk minta lebihan tepung goreng ayam sebagai penyedap set Nasi Kukus di sini. Kalau sesiapa yang dah terliur tengok gambar makanan di atas, tunggu apa lagi? Jom kita pekena Nasi Kukus Awan Besar.

p/s : Masa tulis blog ni pun dah terliur tengok ayam goreng dia~

 7,798 total views,  1 views today

Advertisements

Related Articles

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

2 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.