Salah satu menu makanan sihat yang saya akan pastikan ada di rumah adalah Peanut Butter. Sebenarnya Peanut Butter sangat bagus dan baik untuk penurunan berat badan kerana ianya mengandungi sumber protein yang tinggi dan mempunyai lemak baik sebagai pengambilan makanan harian. Peanut Butter juga mampu membuatkan kita rasa kenyang lebih lama kerana ianya tinggi dengan sumber fiber.
Walau bagaimanapun, Peanut Butter yang dijual dipasaraya pula kebanyakkannya tidak sihat dan boleh menggemukkan. Ini adalah kerana kandungan peanut butter yang dijual hanyalah sekitar 40-50% dan selebihnya adalah bahan-bahan lain seperti gula dan bahan pengawet. Bahan-bahan ini ditambah ke dalam ramuan Peanut Butter untuk memberi rasa sedap dan manis serta membolehkan ianya disimpan lebih lama. Namun begitu, ianya akan kurang memberi khasiat kepada tubuh badan kita lebih-lebih lagi sekiranya diambil secara berlebihan.
Apa itu Peanut Butter Sihat?
Manakala Peanut Butter versi sihat pula mempunyai lebih banyak kandungan kacang sehingga lebih dari 70-80% dan selebihnya adalah kandungan semula jadi seperti coklat, madu, garam himalaya dan sebagainya. Berbeza dengan Peanut Butter sihat, ianya akan memberi kita rasa lebih kepada rasa kacang kerana lebih banyak kacang digunakan. Diantara jenis-jenis kacang yang digunakan adalah kacang cashew, almond dan hazelnuts.
Peanut Butter By Farah
Salah satu jenama Peanut Butter sihat yang saya gemari adalah jenama Peanut Butter By Farah. Mungkin juga ramai yang tidak pernah dengar dengan jenama ini, kerana ianya adalah jenama tempatan. Made in Malaysia!
Ianya dihasilkan oleh seorang usahawan muda bernama Farah, yang berhasrat menghasilkan peanut butter sihat kepada orang ramai yang ingin kurus tetapi pada masa yang sama masih dapat menikmati makanan kegemaran mereka iaitu peanut butter. Farah sendiri mempunyai sejarah penurunan berat badan dan tahu mengenai kepayahan mengawal dan mengamalkan pemakanan sihat.
Sebenarnya sudah terdapat lebih dari 4 perisa peanut butter keluaran Peanut Butter By Farah ini, tetapi untuk artikel ini saya ingin memfokuskan kepada 2 perisa baharu yang dikeluarkan iaitu Cashew Triple Choco dan Hazelnut Choco.
Cashew Triple Choco
Untuk perisa Peanut Butter By Farah Cashew Triple Choco ini, ianya menggunakan bahan-bahan semula jadi seperti cashew nut, garam himalaya dan yang paling istimewa adalah 3 jenis coklat iaitu :
Dark Choco 58%
Cocoa Nibs
Dark Choco 70%
Bila kita tengok bahan-bahan yang digunakan pasti kita dah dapat bayangkan bagaimana rasanya kan? Ya, ianya kaya dengan rasa coklat yang pekat dan manis. Walaupun ianya manis, tetapi manisnya adalah dari gabungan coklat-coklat yang digunakan dan tidak menggunakan gula untuk ramuan perisa ini.
Texture peanut butter perisa Cashew Triple Choco ini agak pekat dan melekat. Ianya sungguh likat dan dipenuhi dengan cocoa nibs. Bila kita makan, cocoa nibs ini menambahkan rasa kepekatan coklat dalam ramuan ini. Meskipun ianya mempunyai rasa coklat yang tinggi seakan-akan sedang menikmat coklat Cadburry, tetapi elemen kacangnya masih wujud. Bagi pendapat saya, secara keseluruhan ianya mempunyai 70% rasa coklat dan 30% rasa kacang. Ianya sangat sedap!
Bagi peminat coklat pasti akan menyukai Cashew Triple Choco ini.
Hazelnut Choco
Berbeza dengan perisa Hazelnut Choco ini yang lebih seimbang dan mempunyai lebih rasa kacang. Ianya adalah gabungan Hazelnut, Cashews dan Dark Choco 58%. Bila pertama kali saya merasainya, saya dapat rasakan ianya sungguh “berkacang” namun ada sedikit rasa coklat. Rasa hazelnutnya sungguh kuat dan mendominasi rasa keseluruhan perisa Hazelnut Choco ini.
Texture keseluruhan Peanut Butter By Farah perisa Hazelnut Choco ini tidak sepekat Cashew Triple Choco dan ianya lebih mudah disapukan ke atas roti. Saya lebih menggemari perisa Hazelnut Choco ini kerana ianya masih mempunyai elemen peanut butter. Mungkin sebab saya bukan pengemar coklat agak. Tetapi bagi mereka yang menggemari rasa coklat, saya pasti akan menyukai perisa Cashew Triple Choco.
Untuk kedua-dua perisa Peanut Butter By Farah ini dijual di dalam botol bersaiz 250g. Sila layari https://farahs.storehub.me/ untuk membeli secara online. Terdapat lebih banyak pilihan perisa lain boleh dibeli secara online seperti Almond Choco, Peanut Butter Chuncky, Cashew Butter dan banyak lagi
Walaupun Peanut Butter By Farah adalah peanut butter versi sihat, namun saya nasihatkan agar kita mengambil peanut butter ini secara sederhana. Untuk berjaya menurunkan berat badan, pengawalan portion makanan adalah paling penting. Takut bila kita makan terlalu banyak, makanan yang sihat pun jadi tak sihat. Semak dan periksa label botol ini mengetahui jumlah kalori dan kandungan nutrisinya.
Facebook : https://www.facebook.com/farahsgourmet/
Instagram : https://www.instagram.com/peanutbutter_byfarahs/
2,061 total views, 1 views today
nyum nyum. sedapnya tengok gambar. kat Kota Kinabalu ada tak masuk. kita memang pengemar setia peanutbutter.
YatieOwner recently posted…Cara Mohon Bantuan Covid 19 Kerajaan Negeri Sabah
I have always love peanut butter since i was a kid. But lately realized that some peanut butter have a lot of sugar. So i opted to make my own homemade. Sugar free. But this brand seems reliable. Will try it later if I’m lazy to do my own. 😂
Zaza Azman recently posted…Celebrating My Birthday in MCO month.
ok bagi yang mengamalkan diet memang peanut butter ni terbaik untuk diamalkan. kalau dulu susah rasanya nak dapatkan produk macam ni dan harga pula mahal, sekarang dah ada macam-macam pilihan makanan sihat
ajumohit recently posted…Resepi cookies sukatan cawan ala Famous Amos
Wah menarik ni, saya mmg suka products all natural & organic especially when it comes to food products. Selama ni susah juga nak cari peanut butter all natural buatan bumiputera, lepas ni bolehla sy tgk2 peanut butter by Farah ni pula. Thanks for sharing 😊
Qeela recently posted…Beli, Derma dan Menang Duit Raya RM3000 dengan Sofea Rose!
Nampak sedap la pulak. Letak kat roti heaven rasanya tu. Packaging dia kemas je sebab tak letak banyak warna.
hazelnut triple choco takde ke? Hehehe tak suka cashew :3 btw, memang nampak sedap! kalau cuba ni mesti bertambah 😀
Fatin Bella recently posted…Semak Laporan Skor MYCTOS Anda Secara Percuma!
nampak sedap, penuh kacang plak tu. lepas ni boleh la tukar, rasa yang ni plak. mana tau kena dengan selera
Kanak-kanak memang suka makan peanut butter macam ni. Bagus gak ada usahawan Bumiputra kita yg mengusahakan ini.
wa Peanut Butter by Farah looks so premium. how much it cost per jar? Want to try one day
Saya ni peminat nombor satu peanutbutter makan dengan roti, nanti bolehlah saya cuba.. buat stok makan sahur pun ok nih.
ZAIDALIFAH HUSSIN recently posted…Gabungan Menu Ringkas Dan Sedap
Menariknya Peanut Butter Sihat. iena suka makan peanut butter . Ada yang versi sihat ni boleh la cuba nanti
ienaeliena recently posted…Tampil Anggun Di Hari Raya Dengan Koleksi SUMMER RAYA dari SHERA LEE
Ini yang ada anak Sis tunjuk, dia tanya mana Zarin beli hahaha…Oo nanti bgtau kat anak Sis..dia kan sekarang suka meniru apa Zarin buat, senam laa, makan laaa, dah macam idola plak hahahaha…Sis tau dia dah kemaruk makan apa tu yang macam kokokrunch tu, Zarin ada tunjuk…tu le dia beli makan setiap pagi…
Nampak sedap sangat peanut butter ni, aishhh Sis suka tengok tekstur dia tu..nampak kacang dia banyak dalam tu..
Sis Lin recently posted…WORDLESS WEDNESDAY – AIR KATHIRA ABU BAKAR
Thanks sharing produk sihat ni. bagus sangat ganti dari peanut biasa yang tinggi kalori di pasaran. rasa nk beli gak lah buat makan sahur nnt
Huda recently posted…MYLARA SKINCARE – Bantu Atasi Kulit Kusam Menjadi Putih Glowing
oklah tu tak terlalu banyak sangat gula. mesti sedap ni
RAIHANAH AHMAD recently posted…Cara Pulih Daripada Covid19 Corona Virus
Sesiapa yang minat makan peanut butter ni bolehlah cuba yang buatan tempatan ini. Anak2 mesti suka jika kita belikan.
Nampak menyelerakan gitewwww… tengok warnanya pun dah nampak sedap… siap ada ketulan peanut lagi tu… memang terliur terus… yang lagi best sebab ia adalah produk keluaran tempatan… syabas ya…
De Alif recently posted…GRAVITY – OST MY GIRLFRIEND IS AN ANGEL – INSTRUMENTAL
Wah xsangka ada org buat peanut butter sendiri ya.. All natural organik… Nampak sedap pula bila disapu kat roti tu… Hehe…thanks share ya..
Wawa Ashihara recently posted…SeraiMas Kurma Hidayah Plus Bantu Atasi Masalah Gastrik