Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Sebenarnya saya jarang dan tak suka menulis berkaitan keburukan sesuatu event ataupun perkara kerana lebih-lebih lagi kerana saya sentiasa menyokong event tempatan seperti Tempatan Fest ataupun Food Mega Festival. Tetapi saya rasa kekecewaan saya kali ini turut dirasakan oleh beribu-ribu pengunjung yang lain pada hari pertama event ini berlangsung. Saya sendiri telah menjadi diantara pengunjung terawal Mood Republik KL yang diadakan di PWTC dan ini adalah pengalaman sebenar saya.

Mood Republik KL Raya Fest
Apa itu Mood Republik?
Mood Republik adalah Festival raya terbesar (apa yang dimaklumkan) dan setiap tahun pasti menerima ratusan ribu pengunjung. Pada tahun ini, Mood Republik diadakan di PWTC dan lebih 300 jenama mempromosikan barangan masing-masing. Mood Republik terkenal dengan lautan manusia yang membanjiri pintu masuk sebaik saja pintu masuk dibuka. Fenomena ini menjadi trademark buat penganjuran Mood Republik.
8 Fakta Mengenai Mood Republik
1. Terdapat 300 Jenama Terunggul di Malaysia
2. 100,000 goodies bagi pengunjung terawal
3. Diadakan di dewan paling besar di PWTC
4. 3000 ruang parking, Kemudahan berbuka/solat
5. Promosi luar biasa iaitu di LED Terbesar di Asia Tenggara
6. 1,000 pengunjung pertama bakal menerima duit raya dari CEO Mood Republik bernilai RM100, RM50 & RM20
7. Masuk PERCUMA.
8. Pengunjung paling ramai di PWTC pada tahun lepas jika dibandingkan dengan acara lain di PWTC semenjak 30 tahun

Orang ramai tidur di mana-mana saja sementara menunggu jam 6pagi

Pengunjung dibahagi mengikut nombor
Untuk merasai sendiri pengalaman untuk menjadi 1000 orang pertama, saya telah sampai seawal jam 5 pagi di PWTC pada hari pertama. Tak sangka rupanya dah ramai yang sampai lebih awal dari saya. Sekurang-kurangnya lebih kurang 100 orang telah bermalam di PWTC kerana masing-masing telah diberi nombor giliran sejak semalam dan tidak mahu terlepas sebarang pengumuman. Kebanyakkan dari mereka tidur bergelimpangan dikaki lima PWTC entah dari pukul berapa.
Apa yang berlaku pada awal pagi?
6:00am
Tepat jam 6pagi, petugas Mood Republik membuat pengumuman dan briefing mengenai nombor giliran. Pada masa tu saya rasa pengunjung baru lebih kurang 200 orang saja. Alhamdullilah saya mendapat nombor 176 ketika itu. Hampir 1 jam kami disusun mengikut nombor dan seterusnya diminta duduk dilantai. Kami disusun mengikut bentuk L dan dimaklumkan akan berkumpul semula sekitar jam 8pagi.
7:30am
Walaupun belum ada apa-apa arahan, tapi pengunjung lain dah mula sampai. Masa ni ada petugas Mood Republik yang standby dan bagi arahan untuk duduk dan memberi nombor giliran yang baru kepada pengunjung yang baru sampai. Walaupun belum jam 8 pagi tapi lobby PWTC dah hampir nak penuh. Ada juga pengunjung yang membawa kanak-kanak.
8.30am
Nampaknya masih belum ada arahan dari pihak penganjur dan kami semua masih menunggu dilantai masing-masing. Orang dah semakin ramai dan dalam sedar tak sedar rupanya proses memberi nombor telah berlarutan hingga ke nombor 700++. Mereka yang memegang nombor ini semua duduk jauh dari kaunter pendaftaran dan berhampiran dengan tangga. Kebanyakkan dari mereka akur dengan arahan pihak penganjur.
9.00am
Pengunjung yang baru sampaipun bertambah ramai. Pihak pengurusan memberhentikan proses penyerahan nombor kerana nombor sudah mencecah 1,000. Pengunjung yang baru sampai tidak dapat berbuat apa-apa selain berdiri dan menunggu saja.

Proses membahagikan nombor masih diteruskan seawal jam 7pagi

Pengunjung terawal sudah ditempatkan
9.30am
Suasana di lobby terlalu ramai sehingga pengunjung yang baru sampai pun tiada tempat berdiri. Pihak penganjur memberitahu kepada pengunjung yang baru sampai supaya masuk selepas 1000 orang yang pertama. Orang ramai berdiri di mana saja yang mereka boleh sehingga sebenarnya dah tiada tempat untuk bergerak walaupun sedikit. Ruang menunggu bagi 1000 pertama tadi tu pun dah berpecah. Lautan manusia dah mula membanjiri lobby PWTC.
10.15am
CEO Mood Republik tak sampai-sampai lagi walaupun dijanjikan proses penyerahan goodies adalah pada jam 10am. Pengunjung yang tidak mempunyai nombor tidak tahu apa yang harus ditunggu kerana tiada maklumat dari penganjur. Kebanyakkan dari mereka hanya ingin masuk ke dewan utama untuk membeli belah. Tetapi rupaya semua pengunjung harus mempunyai cop tangan yang mana proses untuk cop tangan ini adalah proses dan laluan yang sama untuk menerima goodies.
Pengunjung mula berang dan beberapa kali pengunjung menjerit “boo” kepada penganjur. Saya tak pasti samaada memang tiada aircond tetapi suasana menjadi terlalu panas. Sedang semua orang menunggu CEO, ada pula petugas dari booth mana yang memberikan sticker promosi produk kepada beberapa orang pengunjung. Oleh kerana semua pengunjung tak tahu itu adalah hanya sticker promosi, kebanyakkan dari pengunjung berebut-rebut sticker tu sehingga berlaku kekecohan. Mereka menyangkakan sticker itu adalah sticker untuk membolehkan masuk ke dewan utama ataupun sticker cabutan bertuah.

Pengunjung bernombor 700++ duduk jauh dibelakang tangga

Proses memberi nombor masih diteruskan sehingga jam 8pagi
10.30am
Barulah CEO sampai. Di dalam keadaan yang terlalu padat sehingga tidak boleh bergerak, saya lihat tiada langsung arahan atauapun panduan yang diberi oleh pihak penganjur. Ada diantara mereka yang mengambil gambar dari dalam kaunter dengan muka gembira kerana event mereka telah berjaya dan ramai orang datang.
CEO pun tak banyak cakap dan sepatahpun tak memohon maaf. Proses memberi goodies terus dijalankan tanpa mengambil kira faktor keselamatan orang ramai yang ketika itu terlalu padat dan marah. Semua pengunjung baik yang ada nombor atau tidak merempuh ke arah CEO untuk mengambil goodies dan duit raya. Pengunjung yang tidak mempunyai nombor tidak tahu mengapa mereka harus berbuat demikian tetapi kebanyakkan dari mereka tiada pilihan lain kerana sedang diasak dari belakang.
Pengunjung yang mempunyai nombor diberikan beberapa goodies bag dan sampul raya. Proses penyerahan ini sudah tidak mengikut nombor lagi. Saya tak dapat bayangkan apa yang pemegang nombor 500 ataupun 700 terpaksa lalui untuk mendapatkan goodies tersebut. Sedangkan saya yang memegang nombor 176 pun terpaksa berebut-rebut. Pengunjung yang tidak mempunyai nombor tetapi berjaya tiba dikaunter pula terus dihalau dan disuruh beratur semula. Saya tak salahkan mereka, sebab mereka tak tahu apa yang berlaku sebenarnya. Kebanyakkan dari mereka hanya mahukan cop tangan untuk dibenarkan masuk ke dewan utama. Ada juga krew pihak penganjur yang mengugut pengunjung untuk ke belakang sedikit sebelum dia menolak dengan kasar. Sikap keanak-anakan ini mencerminkan, pihak penganjur tidak bersedia menghadapi pengunjung yang terlalu ramai. Setelah lebih 1 jam gagal mengawal keadaan, akhirnya pihak penganjur membenarkan orang ramai masuk saja ke dewan utama tanpa cop tangan.

Suasana di booth Aidi Juma

Suasana di dalam Mood Republik KL
Private dan Block Instagram
Oleh kerana kurang berpuas hati dengan kejadian ketika pagi tadi, saya memberikan pendapat dan komen di Instagram @moodrepublik. Komen saya tidaklah kasar malahan memberikan gambaran yang sebenar. Namun begitu, tak sangka pihak pengurusan mem“block” akaun instagram saya dan menghalang ramai pengikut asal instagram mereka dari melihat update di instagram @moodrepublik. Perkara ini berlaku kepada ramai pengunjung . Mereka juga turut menukar instagram mereka kepada mode Private.

Suasana di Booth Bella Ammara
Bella Ammara Memohon Maaf
Selain perkara di atas, salah satu kejadian besar di Mood Republik adalah kepadatan orang ramai di booth Bella Ammara. Siapa yang tak kenal dengan jenama Bella Ammara. Boleh dikatakan kebanyakkan pengunjung yang datang ke Mood Republik ingin datang dan membeli jubah Bella Ammara. Tetapi oleh kerana terlalu ramai pengunjung pada sesi pagi ditambahkan pula dengan pelepasan serentak oleh pihak penganjur menyebabkan booth Bella Ammara menjadi sesak. Kesesakan di hadapan booth Bella Ammara juga menyebabkan kesesakan keseluruhan dewan 4 dan pengunjung tidak berganjak dari booth tersebut. Setelah berbincang dengan pihak PWTC, Bella Ammara diarahkan ditutup sementara waktu. Namun begitu, tak lama selepas itu pihak pengurusan Bella Ammara mengeluarkan kenyataan maaf melalui Instagram mereka. Secara ringkasnya mereka mengakui kesilapan mereka dan memohon maaf di atas kesulitan yang dihadapi. Dengan sikap terbuka, kebanyakkan peminat Bella Ammara boleh menerima kenyataan ini dan memahami situasi yang dihadapi oleh Bella Ammara.
Saya respect dengan tindakan yang cepat dan profesional yang dilakukan oleh team Bella Ammara.

Suasana di dalam Mood Republik KL
Kelebihan Mood Republik
Sebenarnya festival Mood Republik ini merupakan satu platform karnival raya yang sangat menarik. Kebanyakkan vendor menawarkan harga yang murah dan harga lelong yang mana jarang kita boleh dapatkan. Dengan berbumbungkan lebih 300 jenama terkenal, ianya memudahkan pengunjung untuk membeli belah persiapan raya. Diadakan di dalam PWTC, ianya sememangnya selesa.
Cuma beberapa kelemahan pihak pengurusan bukan saja boleh merosakan nama mereka, malahan ianya boleh memberi kesan kepada jenama-jenama lain.
10,895 total views, 1 views today
Kalau mula hari Jumaat tentu tak sesak banding dengan hari Sabtu.
Muhamad Hirman recently posted…Rumah Untuk Di Jual Di Parit Raja-UTHM
Lama tak datang menjengah blog Zarin ni.. memang betul lah Zarin jarang nak post tentang keburukan atak komplen ttg event atau sst perkara. tapi kalau dah sampai owner blog MohdZarin.com bersuara macam ni.. memang teruk betul lah gamaknya yer pengurusan Mood Republik tu.. kesiannya kat pengunjung2 yg ramai tu..huhuhuu..tak dapat bayang. Apalah salahnya kalau pihak pengurusan mintak maaf…lebih2 lagi di bulan mulia ni..
Cahaya Diana recently posted…Giveaway Cash Raya RM1000 by Emas Putih : Cetak Baju Murah Sufi Printing Services
alkisahnya macam macam yang berlaku. ini baru pengalaman yang sebenar. ramai yang tak tahu.. moga ada penambahbaikan tahun depan. dan minta maaf dari penganjur itu perlu.
KiD recently posted…#IftarAtNandos bersama Keluarga di Nandos Citta Mall
Tak sanggup rasanya nak bersesak sesak camtu huhu
Mama Kembar 3 recently posted…GIVEAWAY RAYA BY Bella
Awal bulan baru ni join juga festival Mood Republik kat Hotel Grand Riverview Kota Bharu. 1st time pegi. Tapi memang sangat padat dengan manusia. Kalau bawak anak sangat2 tak sesuai. Lagi lah kalau bawak baby.
Memang banyak sangat pilihan jubah2 yang murah dan cantik. Tpi bila berasak2 dengan org yang terlalu ramai buat kita pun xda mood nak beli dan pilih. So kena pegi awal pagi.
Tapi kalau g kat PWTC awal pagi pun tak jadi apa klu lagu tu cara pengurusan pihak penganjur. Lepas ni orang pun dah malas dan serik nak pegi. Baik order je online.
Ida Chalo recently posted…Ketahui Cara Yang Tepat Untuk Menghilangkan Buncit Perut Selepas Bersalin
1. Yeop tak pernah sertai event macam begini. Yeop tak merasakan suasana bila di sana. Bila yeop tengok kat gambar dan insta bro, yeop dapat rasakan mesti ada sesuatu buruk terjadi.
2. Boleh yeop katakan, mereka memang tak tepati janji. Bukan nak merungut, tapi kalau dah janji mesti bagi jugak.
3. Block dan Private Instagram, sikap yang PALING BODOH dan BANGANG dari kena fitnah dekat LowYat malam tadi.
4. Apa lagi, tahun depan boikot jelah!
Khairil Mazri recently posted…Kata-Kata Yeop dan MatRodi Mengenai Proton
Apa nak dikata… Hm…
Halim Nadzeri recently posted…Jom Kita ke Festival Ramadan Klang
Semoga pihak penganjur buat penilaian semula lepas habis acara.
CEO kenalah tepati masa sebagai contoh yang baik.
Pengguna memang nak cari yang murah sebab ingin berjimat seboleh mungkin.
Tahun depan buat lagi dengan penambahbaikan.
Saya suka tengok peniaga Islam yang berniaga dan mula bangkit dalam ekonomi.
EjamOthman recently posted…Tertidur Ketika Main Masak-Masak.
Kesiannya orang ramai yang dah lama menunggu. Boleh jer beri terus goodies sebaik sahaja orang yang 1000 terawal sampai. Kalau nak buat penyampaian hadiah pun, buat cabutan bertuah. Orang masih sanggup tunggu lagi.
myliferia recently posted…Jangan Pandang Ringan Kepentingan Memilih Pencuci Pinggan Mangkuk Yang Selamat
alhamdulillah mujur tak pergi.dengan perot boyot ni pergi mau kene tolak orang silap2 terberanak kat situ..hahaha
entahla… aku yang baca pun boleh panas…
lepas ni kena lantik pengurusan yang boleh handle crowd.. aku tengok pun dah macam serabai jer…
Saya pun ade pengalaman negatif. mase berebut nak cop tangan, rupanya ade y ambil kesempatan mencuri da sy hilang handphone saye (iphone 6). serik nak pegi lagi. 🙁