Sepanjang tahun 2015 sama ada kita perasan atau tidak beberapa produk makanan menjadi viral dan trending melalui sosial media dengan cepat dan secara tiba-tiba. Terdapat beberapa persamaan kronologi produk yang telah viral dan membuatkan kita tertanya-tanya, di manakah mereka sekarang ini dan apa yang dah terjadi? Kenapa tahap viralnya begitu cepat dan apa kesan yang berlaku selepas itu.
Sebenarnya untuk menjadi Viral bukannya mudah. Faktor viral mungkin kerana makanan tersebut unik, sedap ataupun murah. Biasanya ianya hanya boleh VIRAL sekali sahaja dan ketika sedang viral ramai orang berpusu-pusu menyerang kedai makanan tersebut dan semua orang di social media berkongsi cerita dan keinginan yang sama. Yang dah menang membeli akan berkongsi pengalaman masing-masing, manakala tak kurang pula yang hanya menggigit jari dan menjadi tukang share sahaja. Waktu kemuncak inilah, bisnes mereka sangat kencang sehingga tak lengang tangan.
Contoh paling terdekat adalah Coffee King di Ipoh yang sangat viral sehingga masuk berita Awani. Pada suatu masa Coffee King sangat viral sehingga beratur panjang walaupun gerai belum dibuka. Airnya bukan sahaja sedap, malahan sangat murah dan menggunakan cawan besar dan penuh ais. Memang masa tu kalau tengok je gambar Coffee King terus terasa dahaga.
Seterusnya adalah fasa terdapat pihak lain yang akan copy paste perniagaan yang sama kerana ianya terbukti telah berjaya dan viral. Dengan kaedah yang sama, tetapi menggunakan nama yang berbeza, produk viral akhirnya sangat mudah didapatkan di mana-mana. Mereka lupa, salah satu faktor kenapa perniagaan tersebut viral dan trending kerana kepayahan nak mendapatkan produk makanan tersebut. Payah nak dapat kerana samada ianya terletak di negeri lain ataupun terpaksa beratur panjang. Bila produk dah semakin mudah nak didapatkan, permintaan dah menurun dan orang anggap ianya biasa sahaja. Masa tulah bisnes dah terasa macam suam-suam kuku. Ramai juga yang tanya saya mengenai perniagaan Coffee King.
Mentality meniru ini memang tak dapat nak dielakkan dan ianya menjadi cabaran besar bagi pelopor produk viral. Yang bijak akan cuba upgrade bisnes plan dan tidak mengunakan konsep yang sama setiap masa. Sebenarnya banyak juga perniagaan yang bermula dengan viral dan kini telah berkembang. Dengan bangganya, saya boleh menyenaraikan The GorPis sebagai salah satu produk viral contoh. Bermula dengan gerai tepi jalan di Kota Damansara, The GorPis diantara yang terawal mempopularkan goreng pisang dengan cheese. Walaupun nampak macam mudah, tetapi The GorPis pernah viral sehingga goreng pisang mereka dibeli oleh artis-artis terkenal dan membantu menviralkannya lagi.
Sekarang The Gorpis telah mempunyai beberapa cawangan termasuklah di restoran Kopi XOXO di Bangsar. Kisah penjual goreng pisang ini seharusnya menjadi teladan kerana mereka tidak berhenti dan terus mengembangkan perniagaan “viral” mereka.
Banyak lagi makanan viral yang sudah dan bakal ditiru. Kita sebagai pengguna memang seronok kerana terdapat banyak pilihan. Tetapi konsep meniru makanan yang viral pasti akan berterusan. Kesian kepada peniaga kerana pesaing mereka meniru bulat-bulat tanpa berinovasi sedikit. Apa-apapun berniaga kenalah ikhlas semoga kita mendapat rezeki yang halal.
Baca mengenai makanan Viral 2015
Nasi Lemak Cik Chom Batu Pahat
Mee Udang dan Ketam Sempoiii Diraja
Coffee King
RSMY Cheese Naan
8,138 total views, 1 views today
lama tak pekena The Gorpis ni..
JMR recently posted…Lepak @ Wood and Steel Kota Damansara dengan Tokey Nanas MD 2.
mungkin sebab aku ni jarang online, so pasal apa yang viral sekarang ni kurang tau sangat.
Uncle Zuan recently posted…Penang War Museum, Museum Paling Menyeramkan Di Asia