Assalamualaikum,
Kali ini saya ingin berkongsi mengenai sebuah restoran masakan minang yang agak unik dan menarik. Restoran yang diberi nama Restoran Warisan Sriemas ini terletak di Bandar Estek, Nilai dan berhampiran dengan Litar F1 Sepang dan Terminal LCCT. Restoran ini mengekalkan konsep tradisional tropikal melayu seperti landscape perkampungan dan pilihan menu makanan yang berkonsepkan minang dan western. Yang membezakan restoran ini dengan restoran yang lain adalah suasananya yang nyaman dan tidak sibuk seperti di KL. Selain itu, restoran ini juga memberi pilihan kepada pengunjung untuk menjamu selera di meja makan ataupun menjamu selera secara bersila di tempat duduk gazebo. Oleh kerana kunjungan saya adalah waktu malam, jadi saya tak dapat untuk mengambil gambar dengan jelas suasana disekeliling restoran ini.
Mengenai makanannya pula, saya rasa dengan pilihan yang begitu banyak sememangnya menjanjikan sesuatu yang istimewa. Dari Nasi Goreng Nenas hinggalah ke Daging Salai Lemak Cili api pasti mampu membangkitkan selera sesiapa saja. Boleh kata apa saja menu masakan minang ada disajikan di sini. Selain itu pilihan makanan berasaskan western juga adalah diantara yang menjadi pilihan utama pengunjung. Saya sendiri ada mencuba masakan Daging Salai Lemak Cili Api yang saya rasa begitu sedap walaupun agak sedikit pedas. Selain itu, masakan Udang Goreng Tepung dan Chicken Chop juga disediakan dengan cara yang agak berbeza di sini.
Nampak macam banyak je kan? Actually, saya datang makan dengan family. Jadi bolehlah order macam-macam menu yang berbeza supaya boleh cuba macam-macam jenis masakan. Personally, saya rasa restoran ini sangat sesuai sekira sesiapa yang ingin mencuba menu hidangan yang agak susah nak dicari sekarang di mana-mana restoran di KL. Kebanyakkan menu makanannya juga tidak terdapat di restoran lain. Saya dimaklumkan juga, restoran ini pernah menyertai Karnival Karangkraf 2014 sebagai salah sebuah penaja. Restoran ini juga sudah beberapa kali menganjurkan majlis perkahwinan ala Garden Wedding. Jadi sesiapa nak kahwin atau menganjurkan apa-apa saja function tu bolehlah menghubungi mereka.
Untuk info lanjut boleh layari laman web mereka di www.restoranwarisanseriemas.com.my ataupun Facebook mereka.
3,865 total views, 1 views today