Bukan semua pengemar seafood sejati meminati oysters yang dimakan secara mentah. Oysters ataupun tiram ini dikategorikan sebagai salah satu makanan exotic dan hanya segelintir orang saja yang betul-betul pandai menikmati Oysters. Oysters bukan saja rare, malahan ianya sangat mahal dan jarang-jarang ada dijual. Kali ni saya nak kenalkan salah sebuah restoran yang menjual Oyster segar di Publika, Kuala Lumpur. Restoran ini bernama Shucked dan ianya sangat terkenal dikalangan pengemar Oysters.

Shucked Oysters Seafood Bar Publika

Shucked

Shucked Oysters Seafood Bar Publika

Piilhan Salmon

Shucked terletak di dalam pasaraya Ben’s di Publika Kuala Lumpur. Suasana restorannya sangat santai dan berkonsepkan makanan laut yang segar.  Sebagai pelanggan, kita haruslah memilih sendiri oyster segar mengikut harga dan jenis-jenisnya. Selain dari oyster, kat sini juga ada menjual ikan salmon segar yang sedap dimasak grill.

Oysters kat sini memang berbeza dengan Oysters di buffet Ramadhan kerana ianya diimport dari beberapa negara seperti France, Australia dan United Kingdom. Harganya bermula dari RM30 sehingga RM100++ untuk sepinggan oysters yang mempunyai 12 ketul. Harga Oysters kat sini berbeza kerana perbezaan kualiti dari lokasi di mana ianya diimport. Mengikut pemilik Shucked, oysters yang paling sedap adalah Oysters yang berbau “hamis” kerana ianya mempunyai rasa.

Advertisements
Shucked Oysters Seafood Bar Publika

Pelbagai pilihan Oyster segar

Shucked Oysters Seafood Bar Publika

Pilihan Oysters

Shucked Oysters Seafood Bar Publika

Oysters merupakan hidangan utama di Shucked

Bagi mereka yang tidak makan Oyster pasti takde selera nak makan Oyster kat sini. Tapi bagi peminat Oysters sejati, di sinilah tempat Oysters yang sedap, segar dan berkualiti. Oysters pada kebiasaannya di makan dengan sedikit perahan lemon bagi menghilangkan rasa hanyir. Bagi saya pula, saya suka menikmati Oyster secara segar tanpa ada perasa tambahan yang lain. Walaupun ianya nampak “mentah”, tapi kesedapan Oysters adalah pada rasa laut yang ada padanya.

Shucked Oysters Seafood Bar Publika

Oyster

Kepada yang tak tahu, Oysters amat bagus untuk jantung kerana mengandungi omega yang tinggi yang boleh mengurangkan risiko sakit jantung, stroke dan tekanan darah rendah. Saya juga diberitahu, Oysters mampu menurunkan kolestrol dalam badan. Jadi kepada sesiapa yang tak pernah cuba tu, apa kata cuba makan Oysters hari ini!

Shucked Oysters Seafood Bar Publika

Oyster yang segar

Shucked Oysters Seafood Bar Publika

Oyster boleh dimakan bersama perahan lemon

Selain Oysters, Shucked juga menyediakan makanan laut yang lain seperti Salmon. Saya memang pengemar Salmon dan ikan salmon kat sini semuanya nampak sangat segar. Salmon pada kebiasaannya boleh digrill ataupun dibuat Sashimi. Satu hidangan Salmon kat sini adalah sekitar RM30 sepinggan.

Shucked Oysters Seafood Bar Publika

Sashimi dan makan lain di Shucked

Shucked Oysters Seafood Bar Publika

Salmon Grill yang sedap

Shucked Oysters Seafood Bar Publika

Sedap juga masakan di sini

Hmm, nampak sedap tak salmon saya ni? Bagi sesiapa yang ingin mencuba, bolehlah datang ke Shucked di Publika KL.

Alamat :
Shucked Oyster & Seafood Bar
(Dalam Ben’s Publika)
Publika Kuala Lumpur,
Solaris Dutamas, 1,
Jalan Dutamas 1, 50480 Kuala Lumpur
Website : http://www.shuckedoysterbars.com/
Facebook : https://www.facebook.com/ShuckedOysterBars

Baca Mengenai
Mee Udang D’Laila @MMA Santai Corner
Murtabak Cheese Terbaik
Pucuk Ubi Goreng Nogori Aleeya Zailan

 11,222 total views,  1 views today

Advertisements
      

Related Articles

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.