Dah lama rasanya tak makan stimbot dan lama juga tak pekena makanan grill. Sedapnya kalau dapat hirup sup tomyam yang pedas dan pada masa yang sama dapat makan daging atau ayam yang digrill panas-panas. Tiba-tiba saya terjumpa satu restoran melayu yang diberi nama Sukee-Sukii Stimbot dan BBQ yang terletak di Sungai Buloh. Sukanya saya sebab lokasinya taklah begitu jauh dari rumah saya. Restoran ini juga dikatakan baru saja beroperasi dan salah satu restoran Stimbot yang dijamin halal.

Sukee Sukii Stimbot dan BBQ

Kaunter pilihan makanan

Jom kita tengok apa yang ada kat Sukee-Sukii Stimbot dan BBQ ni.

Sukee Sukii Stimbot dan BBQsukee03

Diantara makanan laut yang tersedia

Seperti restoran stimbot yang lain, Sukee-Sukii menggunakan konsep buffet dan harga untuk seorang dewasa adalah RM30.90 manakala untuk kanak-kanak pula adalah RM14.90. Kanak-kanak di bawah umur 3 tahun adalah PERCUMA. Harga ini boleh jadi lebih murah mengikut hari-hari tertentu dan promosi yang ditawarkan. Contohnya promosi diskaun 10% untuk pelajar dan “Ladies Night” pada hari-hari tertentu. Potongan 10% juga diberikan kepada kumpulan yang datang lebih dari 10 orang. Pendek kata macam-macam promosi yang dijalankan di sini.

Advertisements
Sukee Sukii Stimbot dan BBQ

Daging yang telah diperap

Sukee Sukii Stimbot dan BBQ

Pedal ayam pun ada

Sukee Sukii Stimbot dan BBQ

Telur Burung Puyuh

Bila cakap mengenai makanan pula, di sini disediakan pelbagai pilihan makanan untuk di BBQkan seperti ayam, sotong, daging dan kambing yang telah diperap dengan rempah khas. Terdapat juga beberapa makanan laut seperti udang, kupang, kepah, kerang yang boleh dimasak bersama pilihan sup. Bagi peminat bebola pula, terdapat banyak pilihan bebola kat sini sampai saya tak tau nak pilih yang mana satu.

Semuanya di sini adalah DIY. Bila dah ambil makanan tu, kita kenalah masak sendiri mengikut citarasa kita. Cara masaknya takde lah susah sangat, cuma pusing-pusingkan saja. Bagi pengemar makanan pedas dan inginkan lebih “kick”, saya sarankan campurkan kuah tomyam dengan cili yang disediakan kerana kuah tom yam kat sini tak berapa pedas. Kalau cukup kreatif boleh campur apa saja yang disediakan di kaunter sos mengikut sesedap rasa. Selain dari sos Sukee-Sukee yang menjadi pilihan saya di sini, di kaunter ini juga disediakan mentega dan juga mayonis untuk menambah rasa pada makanan kita.

Sukee Sukii Stimbot dan BBQ

Kaunter sos

Sukee Sukii Stimbot dan BBQ

Dapur masakan saya

Sukee Sukii Stimbot dan BBQ

Nasi goreng pun ada

Selain dari Stimbot, Sukee-Sukii juga menyediakan makanan lain seperti nasi goreng, ABC, pau, nugget dan macam-macam lagi. Yela, kadang-kadang bila sampai je kita nak terus makan sebab dah lama. Jadi masa tunggu daging tengah masak tu bolehlah makan ringan-ringan dulu.

Sukee-Sukii mempunyai environment yang selesa dan bersih. Bersih tu penting sebab kebiasaannya restoran Stimbot mesti lantainya dan kotor dan berminyak. Tapi di Sukee-Sukii semuanya nampak bersih dan tersusun.

Sukee Sukii Stimbot dan BBQ

Pelbagai promosi yang dianjurkan

Sukee Sukii Stimbot dan BBQ

Sampai berpeluh-peluh saya makan

Sukee Sukii Stimbot dan BBQ

Masak sampai kenyang

Sukee Sukii Stimbot dan BBQ

ABC pun sedap

Sukee Sukii Stimbot dan BBQ

Dihadapan restoran Sukee-Sukii

Bagi peminat stimbot saya amat sarankan untuk mencuba Sukee-Sukii Stimbot & BBQ. Dengan harga yang sangat berbaloi dan pilihan makanan yang banyak, saya pasti akan datang lagi ke sini. Tambahan pula wife dah suka dengan tempat ni.

Alamat :

No.93-95 G Pusat Komersial TSB
Jalan Nautika BU20/B Sek U20
Sg Buloh 40160 Shah Alam
Selangor
Harga :
Dewasa : RM30.90
Kanak-kanak : RM14.90 (Bawah 3 tahun Percuma)

Laman Web : http://www.sukee-sukiistimbotdanbbq.com/
Instagram : @sukeesukii_steamboatnbbq
Facebook : Sukee-Sukii Stimbot & BBQ

copyright

 11,835 total views,  1 views today

Advertisements
            

Related Articles

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

2 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.