Setelah ramai kawan-kawan yang membaca mengenai Sup Tulang Merah Singapore, ada beberapa orang yang bertanya kat mana nak dapatkan Sup Tulang Merah selain di Singapore? Sebenarnya ada beberapa restoran Sup Tulang Merah di sekitar Kuala Lumpur ataupun negeri-negeri lain. Saya tak pernah cuba semuanya tapi kalau saya datang ke Johor Bahru, saya pasti akan singgah di restoran Banafee Village. Di sini amat terkenal dengan Sup Tulang Merah dan yang menariknya kat sini restoran ini beroperasi selama 24 jam. Jadi tak kisah pukul berapapun kita teringin nak makan, boleh je terus datang ke sini.
Kalau nak tahu, Banafee Village ni adalah kepunyaan artis terkenal iaitu Betty Banafee. Nasib tak baik, saya tak jumpa pula Betty. Kat sini, restorannya berkonsepkan santai dan tempat untuk lepak-lepak waktu malam.
Selain Sup Tulang Merah sebenarnya kat sini banyak lagi menu-menu lain seperti goreng-goreng, makanan arab, western dan banyak lagi. Tapi oleh kerana misi saya kali ni nak makan Sup Tulang Merah, jadi saya tak order makanan lain. Satu set Sup Tulang Merah yang merah menyala ni adalah sekitar RM35. Ada lebih kurang 6 ketul tulang dan set roti turut didatangkan bersama.
Walaupun warnanya terlalu merah, tapi rasanya taklah pedas. Ianya lebih kepada rasa berempah dan ada sedikit rasa manis. Walaupun kuahnya sedap, tapi bagi saya masih tak sesedap di Restoran Deen Tiga Rasa. Kat sini juga takde plastik tangan ataupun bantuan lain untuk makan tulang yang berwarna merah tu. Jadi terpaksalah makan dengan sudu ataupun pegang dengan tangan.
Roti garlic yang didatangkan bersama menjadi pelengkap kuah yang berwarna merah.
Secara keseluruhannya, Sup Tulang Merah di Banafee Village merupakan salah satu pilihan yang ada sekiranya ingin merasai sendiri menu eksotik ini. Dengan harga yang sedikit mahal, menu ini bolehlah dikongsi 4-5 orang.
Ini adalah alamat restoran Banafee Village
Banafee Village
No 9022, Jalan Dato Abdullah Tahir,
80300 Johor Bahru
Facebook: https://www.facebook.com/banafeevillage/
15,529 total views, 1 views today
Masa ke Singapore, lupa plak nak cuba…nnt akan kesana lg insyaallah… Boleh la cuba…
Sally recently posted…Simple Hijab Style for women!