Diantara kelainan lain yang bakal di bawa pada tahun ini ialah penganjuran Bufet Hari Kebangsaan serta penampilan khas malim gunung pada perarakan Hari Kebangsaan. Sekiranya sebelum ini pihak -pihak hotel begitu giat mempromosikan Bufet Ramadhan, Datuk Seri berpendapat sekiranya dirangka dengan baik Bufet Hari Kebangsaan juga pasti akan mendapat sambutan yang menggalakkan. Pihak hotel boleh menawarkan pelbagai menu serta dekorasi hotel yang bersesuaian dengan Hari Kebangsaan. Pekerja hotel juga boleh memakai pakaian menggunakan jalur gemilang seperti yang pernah dibuat oleh Sudirman. Untuk peringkat pertama ini, beberapa hotel-hotel terpilih di seluruh negara bakal memulakan bufet mereka pada 28 Ogos sehingga 16 September.
Selain itu, terdapat beberapa acara lain seperti Larian #sehatisejiwa, KL Garden Festival #sehatisejiwa serta Jualan Hari Kebangsaan pada 29 hingga 31 Ogos di pusat beli-belah di seluruh negara.
Beliau berkata, penambahan itu akan membolehkan pengunjung menikmati persembahan dengan lebih selesa berbanding sebelum ini di mana teres hanya disediakan untuk orang kenamaan dan jemputan khas. Pada barisan perarakan pula, pada tahun ini watak-watak animasi Malaysia yang diketuai oleh Upin & Ipin turut akan berarak di Dataran Merdeka.
“Selain penglibatan karektor animasi, kehadiran malim gunung Kinabalu dalam perarakan juga merupakan satu tarikan baharu selain sebagai memberi pengiktirafan dan penghormatan di atas keberanian mereka,” katanya.
Selain itu, pada hari ini Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek melalui laman Facebooknya turut memuat naik video Ucapan Hari Raya serta promosi Hari Kemerdekaan. Jom kita tengok~
3,485 total views, 1 views today