Setiap hari kita dengar berita kenaikan kes COVID-19 dengan variant Omicron. Sesiapa saja berisiko untuk dijangkiti dan menjangkiti samada yang mempunyai simptom atau tidak. Tidak kiralah samada kita dah mengamalkan SOP sekali pun kalau nasib tak baik, kena juga COVID-19. Ini adalah kerana variant Omicron amat senang dan cepat tersebar. Itulah yang berlaku kepada saya pada 4 Mac yang lalu. Artikel kali ini saya ingin berkongsi pengalaman sendiri cara kuaratin di rumah setelah disahkan positif COVID-19. Harap perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada semua.

Simptom Omicron

Setiap orang akan mengalami simptom yang berbeza. Simptom yang saya alami pada hari pertama adalah demam mengigil, di mana dalam badan saya panas tetapi luar badan saya sejuk. Saya tidur dalam keadaan berselimut dan kipas semua dimatikan. Dalam mulut saya pula berasa pahit, sakit tekak dan batuk.

 

Pada hari pertama hingga ke 4, saya banyak berbaring dan tidur saja kerana badan terlalu lesu dan penat.

Advertisements

Kemas kini MySejahtera

Perkara pertama yang saya lakukan apabila disahkan positif COVID-19 adalah mengemas kini MySejahtera keputusan positif tersebut. Ini sangat penting bagi memastikan progress simptom kita diawasi dan dipantau oleh KKM. Selain itu, MySejahtera juga akan mengeluarkan tarikh mula dan akhir Home Surveillance Order (HSO) yang boleh digunakan untuk melaporkan kepada majikan.

Untuk pengetahuan, sepanjang kita kena kuarantin di rumah, majikan masih perlu membayar gaji penuh. Kita tak perlu memohon annual leave ataupun unpaid leave. Perkara ini telah diumumkan secara rasmi oleh KKM.

Positif COVID-19: Cara Kuarantin Di Rumah

Berikut adalah beberapa perkara yang wajib di beli dan cara kaurantin di rumah setelah positif COVID-19.

1. Thermometer

Bagi mereka yang selalu demam wajib ada thermometer bagi pantau suhu badan. Sebenarnya untuk variant Omicron, demam bukanlah salah satu simptom utama. Tapi kalau dah batuk, selsema kadang-kadang kita akan demam juga. Selain itu, pentingnya bacaan suhu badan ini adalah untuk dimasukkan di dalam rekod MySejahtera nanti.

 Cara Kuarantin Di Rumah

Thermometer untuk pantau suhu badan

2. Pulse Oximeter

Pulse oximeter ini sangat berguna dan wajib ada di setiap rumah. Saya sendiri beli oximeter ini sebelum saya positif lagi. Fungsi utama Oximeter adalah untuk baca kadar oksigen dalam darah dan kadar degupan jantung (heart rate). Kadar oksigen dalam darah dibaca dalam unit %SpO2 iaitu percentage oksigen. Bacaan normal adalah 95-100%.

 Cara Kuarantin Di Rumah

Oximeter

Sekiranya bacaan rendah dari 90, saya sarankan untuk laporkan pada KKM. Kesan utama COVID-19 adalah kekurangan oksigen dalam darah yang seterusnya menyebabkan sukar bernafas, pening dan sebagainya. Mempunyai oximeter dapat membantu mengesan perkara ini lebih awal.

Selain itu oximeter digunakan untuk membaca heart rate. Bacaan normal dalam keadaan rehat adalah 50-100 bpm. Bacaan normal resting saya adalah sekitar 60-70bpm. Tetapi ketika saya positif, bacaan heart rate resting saya melebihi 100bpm. Mengikut nasihat doktor, ini berkemungkinan saya sedang demam ketika itu. Saya dinasihatkan untuk makan panadol dan banyakkan minum air. Alhamdulillah, pada hari seterusnya heart rate saya dah turun dan kembali normal semula.

3. Panadol

Sediakan ubat demam seperti Panadol ataupun yang berkaitan. Ada orang suka panadol soluble atau panadol ActiveFast. Tak kisah janji ada ubat demam untuk nak sembuhkan demam kita secepat mungkin. Boleh makan panadol setiap 6jam sekiranya perlu.

 Cara Kuarantin Di Rumah

Ubat demam dan batuk

4. Ubat Batuk

Kalau nak ikutkan, batuk bukanlah salah satu simptom Omicron. Tetapi batuk ni memang boleh menganggu kesihatan kita secara keseluruhan dan penyebab sakit tekak. Kalau boleh cari ubat batuk yang kuat dan sesuai ikut jenis batuk kita. Ada orang batuk kering gatal, ada yang batuk berkahak. Jadi boleh cek di farmasi dan dapatkan ubat batuk ikut kesesuaian.

Saya sendiri tak berapa batuk sangat jadi saya hanya sediakan ubat batuk biasa saja.

5. Ubat Selsema

Bersin dan hingus merupakan diantara  simptom Omicron. Sediakan ubat selsema yang kuat dan bersesuaian. Saya suka simpan ubat selsema Clarinase yang saya rasa kuat dan berkesan. Namun begitu ada yang maklumkan pada saya Clarinase tak sesuai untuk orang yang ada darah tinggi. Untuk kepastian boleh tanya farmasi dulu sebelum beli.

 Cara Kuarantin Di Rumah

Ubat selsema

6. Vitamin C

Vitamin C banyak khasiat seperti meningkatkan imunisasi badan kita. Saya sendiri memang pengamal supplement Vitamin C secara kerap sebelum ini. Tak kisah jenama dan jenis apa sekali pun, janji kita ambil Vitamin C. Jangan lupa, vitamin C ni bukan ubat tetapi adalah supplement yang kita kena amalkan. Jadi kalau dah sembuh nantipun, teruskanlah ambil Vitamin C.

Diantara Vitamin C yang saya amalkan adalah jenama Blackmore dan juga Eskayvie Diffenz.

7. Betadine Sore Throat Spray

Memang tekak sakit ketika terkena omicron ni. Sakit tu rasa macam tak dapat nak dilepaskan dan tersangkut ditekak. Sebab tu saya cadangkan guna Betadine Sore Throat Spray ini bagi mengurangkan rasa sakit tekak. Ianya juga berfungsi untuk membersihkan kuman di dalam mulut.

 Cara Kuarantin Di Rumah

Betadine bagi mengurangkan rasa sakit tekak

Kalau taknak guna versi spray, Betadine juga ada versi kumur. Apa-apa sekali pun, kedua-duanya bukanlah berfungsi untuk merawat covid, tetapi hanya membersihkan kawasan dalam mulut dari kuman dan virus.

8. Difflam

Salah satu produk viral untuk kuarantin di rumah adalah Difflam. Ianya adalah ubat berbentuk gula-gula hisap yang berfungsi untuk mengurangkan rasa sakit tekak.  Harganya boleh tahan mahal juga iaitu sekitar RM28 sekotak (16 biji).

 Cara Kuarantin Di Rumah

Difflam juga dapat mengurangkan rasa sakit tekak

Rasanya sama seperti rasa strepsils tapi lepas makan akan membuatkan rasa kebas sekejap di dalam mulut.

9. Cengkih + Madu + Lemon

Saya dinasihatkan untuk mengamalkan air rebusan bunga cengkih bersama madu dan lemon. Cengkih ni memang banyak khasiat seperti memberi kesihatan dalam mulut dan sebagainya. Bila kita campurkan dengan madu dan leman, ianya akan memberikan kelegaan dalam mulut dan tekak. Boleh amalkan 2 kali sehari, insyaAllah.

Cara Kuarantin Di Rumah

Air rebusan cengkih bersama madu dan lemon

10. Habbatul Sauda

Ya Allah, banyak sungguh khasiat Habbatul Sauda. Ianya mampu membantu mengurangkan kesan keradangan (inflammation), meningkatkan imunisasi dan banyak lagi. Boleh dapatkan dalam bentuk kapsul dan amalkan secara konsisten.

11. Minum Air Masak Secukupnya

Apa-apa juga supplement yang kita amal, pastikan kita minum air masak secukupnya. Bukan haus baru minum, tetapi minum sekurang-kurangnya 8 cawan setiap hari secara konsisten.

Positif COVID-19: Tempoh Kuarantin Di Rumah

Tempoh kuarantin bagi yang positif dan telah menerima vaksin serta dos pengalak adalah 7 hari, manakala yang belum divaksin adalah 10 hari.

Sekiranya anda telah selesai kaurantin, tak perlu untuk buat test RTK atau PCR dalam tempoh 3 bulan. Ini adalah kerana anda mungkin lagi akan dikesan positif kerana virus tersebut masih ada di dalam badan. Namun begitu setelah selesai kaurantin, virus tersebut telah menjadi lemah dan tidak mungkin akan menjangkiti dan dijangkiti oleh lain.

Saya sendiri dah kembali pulih sepenuhnya pada hari ke-5 kuarantin di rumah. Alhamdulillah.

Mahu atau tidak mahu, kita sememangnya sudah kena belajar hidup bersama-sama COVID-19 ni. InsyaAllah, sama-sama kita jaga kita.

 

 1,356 total views,  1 views today

Advertisements

Related Articles

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

10 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.