Kalau time petang-petang macam sedap je kalau dapat makan goreng pisangkan? Tambah pula kalau kat office ada pula orang belanja, memang layan habis. Sekarang ni trending dengan Goreng Pisang Cheese tau~. Kat mana-mana orang cakap pasal Goreng Pisang Cheese. Nampak macam senang je nak buatkan? Ala, goreng je pisang lepas tu tabur-tabur Cheese. Ye ke senang? Tapi kali ni saya nak bawa pembaca blog saya merasai Goreng Pisang Cheese Terbaik di Sunway Damansara yang dikenali dengan nama The GorPis.

The Gorpis

Goreng Pisang Rangup The GorPis

The Gorpis

Abang tengah goreng pisang

The Gorpis adalah gerai menjual Goreng Pisang ataupun Pisang Goreng Cheese yang menjual ditepi jalan raya berdekatan dengan Sunway Giza ataupun Tune Hotel. Walaupun nampak gerai ni macam simple je, tapi percaya atau tidak setiap hari berderet orang beratur dan beli Gorpis special ni. The Gorpis dibuka setiap hari bermula dari jam 1.30 petang hingga 6petang kecuali hari Isnin. Walaupun macam tu, waktu perniagaan mereka juga bergantung kepada stok pisang yang tinggal.

Kalau sesiapa yang nak cuba Gorpis ni saya sarankan datanglah awal. Ketika saya datang ke Gorpis tempoh hari, saya dapati 2.30petang dah kira last order dan ramai orang muka kelaparan menunggu pisang goreng mereka sekurang-kurangnya selama 1 jam. Pada kebiasaannya juga, orang yang datang ke Gorpis bukan order sikit-sikit. Ada yang order 3 set, 5 set sampailah 8 set. Oleh kerana order yang terlalu banyak, mereka menggunakan kertas order supaya tak terlupa dan tersilap order.

Advertisements
The Gorpis

Ambil order dulu baru beratur

The Gorpis

The Gorpis

The Gorpis

Ramai orang menunggu

Goreng Pisang Cheese kat sini ada pelbagai jenis perasa dan pilihan. Diantaranya adalah Goreng Pisang Cheese, Cheese + Chocolate, Cheese + Strawberry, Cheese + Blueberry, Cheese + Oreo dan Cheese + Peanut. Setiap set Gorpis mengandungi 8 ketul pisang. Kenapa ramai  sangat orang tergila-gilakan Gorpis ni? Sedap sangat ke?

The Gorpis

Pilihan Gorpis dan harga

The Gorpis

Pisang goreng yang ditabur Cheese dan Strawberry

Pertama kali saya merasai Gorpis saya rasa kelebihan Gorpis adalah pada tepungnya serta pisang yang digunakan. Pisang yang digorengnya begitu rangup dan menyelerakan. Pisang yang rangup dan panas-panas ini pula di”mandi”kan dengan cheese yang melimpah ruah. Tanpa ada rasa kedekutkan cheese, perasa tambahan seperti chocolate atau strawberry pula ditambah . Setiap ketul pisang disaluti dengan limpahan cheese dan perasa pilihan dengan begitu mewah sekali. Gorpis lebih sedap dimakan dikala panas kerana pisang goreng yang rangup tadi sangat sepadan dengan taburan cheese yang lembut.

The Gorpis

Yang ini adalah perisa Blueberry

The Gorpis

Abang ni tengah sagat Cheese

The Gorpis

Limpahan Cheese

The Gorpis

Cheese lagi

The Gorpis menggunakan Pisang Abu yang berkualiti dan Cheddar Cheese yang sedap. Barulah saya faham kenapa ramai orang sanggup menunggu lama untuk Goreng Pisang Cheese yang sedap ni.

The Gorpis

The GorPis Cheese Chocolate yang telah siap

The Gorpis

The GorPis Cheese Strawberry. Jemput makan!

Kepada yang ingin merasai sendiri kesedapan GorPis, bolehlah datang ke gerai mereka di sini :

Goreng Pisang Cheese (GorPis)
1st Stalll @Sunway Damansara/Giza
(Near Tune Hotel)+60123479070
1.30pm – 6pm / Fri 3pm – 6pm
Open daily except MONDAY

Atau boleh follow media social mereka :

Instagram : http://instagram.com/thegorpis
Facebookhttps://www.facebook.com/thegorpiscopyright

 16,677 total views,  1 views today

Advertisements
         

Related Articles

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

13 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.