Assalamualaikum, Alhamdullilah hari ni hari Jumaat. Apa kata hari ni Jumaat ni kita tukar mood sikit kita tengok menu-menu makanan Arab pulak. Okay, nak jadi cerita sebenarnya lately saya dan member-member office boleh kata hari-hari memang makan di restaurant Arab yang baru dibuka ni. Nama restaurant ni adalah Elaf Restaurant yang terletak di Menara U iaitu depan dengan office Les’ Copaque. Dengar kata masa hari opening Elaf Restaurant ni ramai betul orang datang sampai jem depan office sebab dorang ada bagi makanan percuma. Amboi, makan free je memang confirm ramai.
Elaf Restaurant di Menara U, Seksyen 13, Shah Alam
Oleh kerana restaurant ni masih baru, jadi menu makanan Arabnya belum complete 100% lagi. Menu yang disajikan kebanyakkan yang agak simple dan bersesuaian dengan budget student. Maklumlah, dekat sini kan ada ramai student MSU, jadi harganyapun takde lah mahal sangat. Menu yang menarik di sini adalah Kebab Ayam yang simple tetapi sedap. Dengan harga RM5 sepinggan sudah cukup kenyang dan orang kata ni menu diet. Oklah tu, sambil berjimat sambil berdiet. Selain tu, menu bernasi pula di sini ada Nasi Kabsha dan Nasi Mandhi yang boleh dipilih samada dengan ayam ataupun dengan kambing. Oleh kerana harganya tidak terlalu mahal, jadi set nasinya tidaklah menggunung seperti kebiasaannya yang kita dapat tengok di kedai arab yang lain.
Untuk memudahkan order makanan dan sebagainya, bos di Elaf Restaurant ni menggunakan orang tempatan untuk mengambil order yang saya rasa kebanyakkannya adalah student MSU. Jadi, bolehlah tanya nama-nama menu makanan Arab dengan mudah kalau tak sure nak order apa. Saya rasa ada lagi beberapa menu yang sedap di sini tapi buat masa ini, ini lah saja menu yang kerap diorder. Di sini selalunya tak berapa ramai orang dan bila makan di sini rasa macam agak santai dan rilek je. Servisnya buat masa ni agak cepat dan memuaskan.
Secara keseluruhannya, kepada sesiapa yang nak cuba menu makanan Arab bolehlah cuba makan di sini. Tetapi janganlah mengharapkan kualiti makanan bertaraf hotel dan eksklusif. Cukup untuk memberi kepuasan pilihan menu makanan Arab sekali sekala.
5,305 total views, 1 views today
Best jugak makan kebab dengan nasi arab kat Elaf ni..