Kalau pada kebiasaannya saya selalu berkongsi kisah kejayaan saya kurus dengan senaman skipping tapi kali ini saya nak berkongsi kisah kejayaan orang lain pula yang sudah berjaya. Mereka ini adalah di antara kawan-kawan saya yang mengikuti saya di Instagram dan ada juga yang saya kenal melalui komuniti skipping Jump Rope Malaysia. Mereka ini semua telah berjaya mengurangkan berat sekurang-kurangnya 10KG melalui senaman skipping dan sudah tentulah juga dengan pengambilan makanan sihat dan seimbang. Mari kita baca kisah-kisah kejayaan mereka yang telah berjaya kurus dengan senaman skipping dan pastinya semakin sihat.
Ini bukanlah iklan ubat kurus ataupun menjual produk kesihatan, tetapi ini adalah motivasi yang saya ingin kongsikan agar kita semua istiqamah dalam apa jua yang kita lakukan. Saya telah mendapat kebenaran mereka semua sebelum membuat posting ini.
Nama: Muhammad Aimi bin Jalaluddin
Instagram : @mhmdaimi_
Berat Asal : 108KG
Berat Selepas : 76KG
Tips Kejayaan :
Saya bermula pada Jun 2020 dengan mengubah cara pemakanan iaitu diet seimbang. Senaman pula saya bermula dengan berlari 3KM selang sehari dan sekitar bulan Ogos saya mula berminat dengan skipping. Saya mula dengan tali skipping yang murah tapi tak kerap sangat menggunakannya sebab masih belum mahir ketika itu. Lama-kelamaan saya mula beli tali skipping heavy rope 400g dan pada bulan Dis 2020 saya buat 30 hari challenge skipping 1000 sehari menggunakan heavy rope.
Sejak bermula dari situ, saya akan skipping selang sehari dan sehingga kini saya dah berjaya kurangkan lebih 30KG.
Nama: Danny
Instagram : @jumptera
Berat Asal : 85KG
Berat Selepas : 74KG
Tips Kejayaan :
Saya mula skipping dengan buat skipping 1,000 jump setiap hari. Saya campurkan rutin senaman skipping saya dengan calisthenics untuk body conditioning. Saya minat skipping sehingga mengeluarkan jenama tali skipping saya sendiri iaitu Jumptera.
Nama: Muhamad Syazwan Bin Husin
Instagram : @syazwan.husin
Berat Asal : 98KG
Berat Selepas : 62KG
Tips Kejayaan :
Saya bermula skipping sebagai permulaan selama 10 minit setiap hari dan tingkatkan sehingga 30 minit sehari. Saya juga mengamalkan diet intermittent fasting, tidak mengambil gula, kurangkan karbohidrat dan lebihkan protein harian. Pemakanan adalah 80% dalam fat loss journey dan 20% adalah senaman.
Saya juga telah dipilih sebagai salah seorang pemenang Jump Rope Weight Loss Transformation oleh Jump Rope Dudes.
Nama: VEE
Instagram : @veevravo
Berat Asal : 65KG
Berat Selepas : 52KG
Tips Kejayaan :
Saya mula skipping sebab rasa badan dah mula berat walaupun baru mencecah 60KG tetapi mudah rasa penat dan lesu. Saya mencari alternatif untuk turunkan berat badan dan dapatkan berat badan ideal. Saya tak suka jogging dan berdasarkan research saya, skipping lebih cepat bakar kalori dari jogging.
Saya belajar skipping 100% dari YouTube saja dan tiada guide dari sesiapa. Sebab itulah pada peringkat awal saya makan masa yang agak lama untuk mahirkan asas skipping dan dapatkan form yang betul. Alhamdulillah, akhirnya saya dah berjaya kurangkan lebih 13KG melalui skipping dan sehingga hari ini skipping merupakan senaman kegemaran saya. Nasihat saya kalau rasa penat jangan mengalah dan betul-betul fokus.
Nama: Khaja
Instagram : @khajamuhamedukhas
Berat Asal : 125KG
Berat Selepas : 85KG
Tips Kejayaan :
Saya mula skipping dengan guna tali skipping RM3 dari Mr DIY dan mula skipping seorang diri. Saya tengok tutorial di YouTube dan buat di rumah sahaja. Saya buat dan berlatih secara konsisten dan akhirnya mula jatuh cinta dengan skipping. Rutin skipping saya adalah 6 kali seminggu dan rehat sehari. Saya juga ada sertai 30 hari Restart Challenge yang dianjurkan oleh MohdZarin.com
Nama: Izzat Farhan
Instagram : @ezatmon
Berat Asal : 83KG
Berat Selepas : 63KG
Tips Kejayaan :
Saya jaga pemakanan dengan mengamalkan suku-suku separuh, kurangkan gula dan air manas, banyakkan buah-buahan dan air yang secukupnya. Saya juga mengamalkan senaman skipping dari rutin harian.
Nama: Hidayah Othman
Instagram : @daya_oh
Berat Asal : 68KG
Berat Selepas : 48KG
Tips Kejayaan :
Saya bermula diet pada awal Januari 2018 dan ketika itu berat saya adalah sekitar 68KG. Badan terasa sangat berat dan selalu menengah. Saya buat keputusan untuk amalkan diet suku-suku separuh dan berjaya kurangkan 26KG dalam tempoh 10 bulan. Saya juga mula buat senaman skipping 1 hingga 2 kali seminggu secara konsisten.
Nama: Mohamad Firdaus bin Abd Ragis
Instagram : @ausfirdaus89
Berat Asal : 110KG
Berat Selepas : 78KG
Tips Kejayaan :
Setiap hari saya akan buat 1,500 hingga 2,000 skipping dan jaga betul-betul pemakanan saya. Setiap hari saya hanya mengambil sekitar 15000 kalori sahaja. Apa-apa yang kita lakukan haruslah konsisten.
Nama: Muhammad Izzat Firdaus Bin Amiruddin
Instagram : @izzat_pidut
Berat Asal : 113KG
Berat Selepas : 85KG
Tips Kejayaan :
Saya sentiasa menanamkan dalam fikiran bahawa senaman adalah merupakan 1 titik permulaan kepada perubahan gaya hidup yang sihat.
Nama: Ahmad Zuhdi B Md Khudzari
Instagram : @dee_rambo
Berat Asal : 94KG
Berat Selepas : 79KG
Tips Kejayaan :
Saya mula dengan berat 94KG pada Nov 2020 dengan bimbingan coach Syazwan selepas terinspirasi dengan perubahan dia turunkan berat badan dalam challenge Jump Rope Dudes. Saya amalkan intermittent fasting dan belajar langkah awal untuk skipping setiap hari selama 30min. Alhamdulillah, saya dah berjaya turunkan berat kepada 79KG namun masih lagi berusaha untuk capai BMI ideal.
Nama: Ahmad Asyraf
Instagram : @asyraffuad07
Berat Asal : 97KG
Berat Selepas : 78KG
Tips Kejayaan :
Saya amalkan calorie deficit dan kurangkan gula pada peringkat awal. Saya pastikan saya jaga pemakanan seiring dengan aktiviti skipping saya. Kalau tak jaga pemakanan pun takkan berhasil. Kena sentiasa motivated dan tidak stress dalam fitness journey.
Nama: Ezul
Instagram : @ezul17.honda
Berat Asal : 75KG
Berat Selepas : 55KG
Tips Kejayaan :
Saya memang seorang yang aktif dan sering bersenam di gym dan running tetapi tak banyak sangat penurunan berat badan saya. Selepas PKP yang lalu saya tukar cara pemakanan dan mula skipping. Saya rasa skipping ini menyeronokkan dan tidak perlukan ruang yang besar. Saya skipping di mana-mana saja termasuklah di tempat kerja ketika waktu rehat.
Nama: Mohd Aizat
Instagram : @aizatz4ini
Berat Asal : 110KG
Berat Selepas : 80KG
Tips Kejayaan :
Saya utamakan diet calorie deficit dan buat skipping 6 kali seminggu. Saya juga campurkan dengan running dan juga body weight workout.
Jadi begitulah di antara kisah-kisah kejayaan mereka melalui senaman skipping. Kalau mereka boleh berjaya, saya yakin orang lain juga boleh lakukannya. Yang penting kita ada goal dan berlatih untuk dapatkan basic form yang betul ketika skipping. Terima kasih kepada semua yang telah sudi berkongsi kejayaan kisah mereka.
4,480 total views, 1 views today
Pernah nampak kawan saya skipping. Skipping kawan saya tu bukan hanya skipping biasa tetapi ada teknik dia. Beliau belajar skipping dengan seorang sifu. Nampaknya badannya slim. Infact, sehingga sekarang pun beliau skipping untuk menjaga kesihatan.
Interesting and inspiring stories. Most experts also said that skipping is the best sports to loose weight fast. No wonder Adriana Lima loves skipping. Thank you for sharing these stories with me.
Who would have thought that the simple rope-skipping can be so effective in burning fat right?
Tekkaus recently posted…Be Offensive and Aggressive To Get More Opportunities In Life
Pergh kita tengok diaorang berubah, kita yang rasa woww.. Bagus skipping ni.. Kene ada cara betul, baru tak rasa letih.. Seronok tengok orang skipping laju2
Wahh kagumla. Bagus betul sb bagi inspirasi utk sihat pada orang lain. Bila dah kongsi semua cerita kejayaan depa pasti tambah semangat bagi yang lain. Tahniahh!
Bella Jamal recently posted…GILA Dinobatkan Juara AJL35 | Senarai Pemenang Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35)
Kagum dengan pencapaian anda semua. Saya pernah juga turunkan berat badan. Tak banyak la, dalam sepuluh kilo. Tapi saya tak pernah cuba skipping. Saya cuma jaga pemakanan dan untuk kardio, saya banyakkan aktiviti hiking dan running.
Wahhh.teruja baca kisah diorang. Yang penting rajin dan konsisten kan.
Ya Allah inspirasi betullah laaa lihat mereka ni semua.. Sis cuba juga buat, pelan-pelan walau sangkut-sangkut… janji mencuba.. kalaulah Zarin di JB, memang Sis amik jadi trainer Sis huhuhu..
Sis Lin recently posted…WAGYU TEPPANYAKI SET LUNCH DI RESTORAN AWAGYU, HANYA SERENDAH RM58 SAHAJA!
tunggu open ni.. haha
Mmg nampak beza.. sgt bagus rupanya dengan berskipping. Boleh membantu mengekalkan tunuh badan. Dan boleh slim juga
My goodness, mereka semua ni sumber inspirasi ye.. ada yang berat sama dengan Nell dan if they can, I can too.. nak dapatkan ideal weight macam tue juga la.. (Y)
Sure u can!
sangat terinspirasi dengan kisah kejayaan ni. huda pun tengah usaha untuk kurus dengan skipping.
NURULHUDA recently posted…Juara #AJL35 – Gila Nyanyian Kaka Azraff Penuh dengan Mesej
saya memang follow group jump rope malaysia…tapi start mula nak jump rope ni inpirasi dari encik sendiri lepas segmen tukar2 komen dan follow youtube …buat masa sekarang saya stop jump sebab lutut injured…huhuhu
Saidila recently posted…Asal Usul “Liquid Paper”
Wah. bagus2. Takpe.. awak rest dulu,. Kadang2 kita kena belajar form betul dulu utk elakkan injury
Kalau tak biasa skipping, mula2 rasa satu badan bergegar dan letih, mmg kena bljr cara skipping ni utk turunkan berat bdn
Wahh… agak bagus juga ye berskipping ni. Dapat bantu kita slim juga ye. Nina pun tengah berusaha juga ni nak kurus
Skipping memang best dan. Bagus turunkan berat badan dan keep fit. Cuma kena kenal tahap diri risau terjadinya sakit lutut kemudian hari