Selain Langkawi terkenal dengan barangan bebas cukai seperti pinggan mangkuk dan coklat, Langkawi sebenarnya juga amat terkenal dengan pasar malam. Kalau bercuti ke Langkawi, jangan terlepas untuk singgah ke Pasar Malam di Langkawi kerana macam-macam makanan serta barangan ada dijual kat sini. Pasar Malam di Langkawi juga diadakan setiap hari bermula seawal jam 7 sehingga jam 10 malam di lokasi yang berbeza. Memang best sebab hari-hari ada pasar malam dan dapat makan makanan yang best-best.
Ini adalah jadual lengkap serta lokasi setiap Pasar Malam di Langkawi.
Banyak betul jenis-jenis makanan yang susah nak jumpa ada dijual di Pasar Malam Langkawi. Ini termasuklah kuih tradisional serta kuih muih moden yang unik. Ada juga gerai-gerai yang menjual pelbagai jenis ayam percik serta bahagian dalaman ayam yang dimasak dengan pelbagai jenis cara. Kuih moden seperti Pizza Roti serta air tempayan diantara yang unik dijual kat sini. Selain makanan, bagi penggemar rokok pula boleh dapatkan rokok tanpa cukai yang lebih murah dari harga di kedai. Secara puratanya harga yang dijual di pasar malam sudah tentulah berpatutan dan tidaklah mahal sangat. Jadi boleh kita makan banyak sikit.
Dengan pelbagai pilihan yang ada di pasar malam Langkawi ni, tak hairanlah pasar malam ini juga turut dikunjungi oleh pelancong asing yang teringin nak makan makanan ala “street food” tempatan.
Berikut adalah jadual lengkap lokasi Pasar Malam di Langkawi.
Jadual Lokasi Pasar Malam Langkawi
Ahad : Padang Matsirat
Isnin : Ulu Melaka
Selasa : Kedawang
Rabu : Kuah
Khamis : Temonyong
Jumaat : Ayer Hangat
Sabtu : Kuah
Masa : 7pm – 10pm
Jadi jangan lupa untuk singgah di mana-mana lokasi pasar malam mengikut hari yang telah dimaklumkan.
42,876 total views, 1 views today
Apsal tak pernah pegi pasar malam ek walaupon dah berkali-kali pegi langkawi.
Lepas ni kena terjah la gitu.
Sue recently posted…Cara Kurangkan Bayar Cukai Pendapatan
Sorry to say…….
Harge yg x berpatotan…..
Nasi dagang + ikan gulai = Rm 7.00
Nasi dagang + ayam gulai = Rm 7.00
Terkojut den……
Sangat betul..rasa pon so so je..sedap lg di Skudai..Pak Malau oh Pak Malau berapa kali pg haji ni..
Harga barang makan kat Langkawi atau pulau2 memang begitu. Harga kat KLCC pun silap2 lagi murah ..
Mungkin esok2 kalau dah ada jambatan pi Langkawi macam jambatan Penang, barang makan murah macam Alor Setar.
Iskandar recently posted…Oh My! 12 Tempat Menarik Di Malaysia – Tapi View Macam Overseas.
Tahu tak kalau bulan puasa pasar ni semua buka untuk bazar ramdadhan tak? ada tahu mana bazar ramadhan di langkawi?