Assalamualaikum,
Destinasi makan-makan saya kali ni adalah hasil dari pengaruh oleh Food Blogger Malaysia iaitu Hazman Fadzil dan Shakiddo.com. Hazman ni dah banyak kali makan di sini dan setiap kali dia upload gambar makanan di Facebook pasti membuatkan ramai yang telan air liur membuatnya. Tempat makanan yang best kali ni adalah di MMA Santai Corner di Bandar Baru Nilai. MMA Santai Corner sebenarnya adalah medan selera dan mempunyai banyak kedai-kedai makanan di dalamnya. Tapi, ada satu kedai makanan ni yang betul-betul menarik minat saya iaitu D’ Laila Mee Udang.
Dimaklumkan, Mee Udang D’Laila ni adalah Mee Udang paling sedap dan mampu mengalahkan Mee Udang Kuala Sepetang. Betulke ni? Teruskan membaca.
Mee Udang di sini disajikan di dalam pelbagai pilihan saiz udang. Ada dari udang saiz L, Udang Galah dan boleh juga dicampurkan dengan Ketam ataupun Kupang. Pendek kata, apa yang ada kat dapur tu boleh dimasukkan bersama Mee Udang pilihan kita.
Saya telah memilih Mee Udang L iaitu berharga RM12. Apa yang membuatkan ianya nampak sangat-sangat menarik adalah dari segi susunan udangnya. 10 ekor udangnya disusun cantik umpama bunga. Tak pernah lagi saya nampak Mee Udang yang dipersembahkan seperti ini. Bau kuah udangnya begitu harum dicampur pula dengan bau bawang goreng dan daun sup.
Buat pengetahuan semua, saya bukanlah penggemar Mee Udang kerana saya berpendapat semua Mee Udang rasanya sama saja dan kebiasaannya kuahnya hanya mengambil rasa dari udang.
Berbeza dengan D’Laila Mee Udang, hirupan pertama kuah Mee Udang ni terus membuatkan saya tukar fikiran. Kuahnya amat berbeza dan rasanya seolah-olah mewah dengan pelbagai jenis rencah. Ianya sungguh pekat, sedikit pedas dan sedikit manis-manis udang. Secara jujurnya, saya mampu makan Mee Udang ni walaupun tanpa udang-udang tersebut. Alangkah baiknya kalau saya dapat bungkus kuahnya saja.
Udangnya pula sangat segar dan besar. Saya rasa 10 ekor ni dah terlalu mewah dan sangat berbaloi dengan harga RM12. Memang confirm berpeluh-peluh bila makan Mee Udang ni.
Secara keseluruhannya D’Laila Mee Udang ni memang menjadi salah satu Mee Udang paling sedap pernah saya makan. Walaupun agak jauh sikit dari Shah Alam, saya pasti akan cuba mencari masa lagi lepas ni untuk menjamu selera di sini. Saya dimaklumkan, asam pedas mereka pun sedap juga. InsyaAllah lepas ni saya datang lagi.
Ini adalah alamatnya.
D’LAILA MEE UDANG @ MMA SANTAI CORNER
Jalan BBN 1/1F, Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai, Negeri Sembilan
Contact : 017-2253337
Waktu operasi : 6.00 petang – 12 tengahmalam
Facebook D’Laila Suppower
Apa yang Best
Mee Udang yang sangat sedap dengan harga yang berbaloi
Apa yang Kurang Best
Kawasan makan yang tertutup dan kurang peredaran udara
12,299 total views, 1 views today





Dah rasa memang sangat sedap!. Puas!
adarain recently posted…Mad Max Fury Road Sebuah Movie Aksi Paling Dahsyat!
hehehehe…mmg ramai nmpk dok upload pasal kedai ni…kalau singgah ke Nilai nnt boleh la cuba 😀
Sally recently posted…Kenapa hendak dikejar populariti..?
[…] Mengenai Mee Udang D’Laila @MMA Santai Corner Murtabak Cheese Terbaik Pucuk Ubi Goreng Nogori Aleeya […]
[…] Mengenai Mee Udang D’Laila @MMA Santai Corner Murtabak Cheese Terbaik Pucuk Ubi Goreng Nogori Aleeya […]
[…] Mengenai Mee Udang D’Laila @MMA Santai Corner Murtabak Cheese Terbaik Pucuk Ubi Goreng Nogori Aleeya […]
[…] Mengenai Mee Udang D’Laila @MMA Santai Corner Murtabak Cheese Terbaik Pucuk Ubi Goreng Nogori Aleeya […]