Salah satu menu yang saya sering cari-cari bila datang ke Johor adalah Murtabak. Kalau dulu saya pernah kongsikan kesedapan Murtabak Singapore Zam Zam, tetapi kali ni saya nak kongsikan satu lagi menu murtabak yang sangat terkenal di Johor iaitu Murtabak Cheese Majid Kampung Kurnia. Murtabak ni sangat terkenal sehingga ramai blogger dan media pernah menulis dan berkongsi mengenainya. Murtabak Cheese Majid ni juga pernah muncul di dalam rancangan “Best In The World”.
Jom ikut saya ke Kampung Kurnia di Johor Bahru untuk melihat dengan lebih dekat cara-cara pembuatan Murtabak Cheese Majid.

Majid Murtabak Special No 1

Majid Murtabak Special No 1

Majid Murtabak Special No 1

Harga baru semenjak 1 Mei 2015

Murtabak Cheese Majid ataupun Murtabak Majid Special No 1 ni telah pun beroperasi lebih dari 40 tahun dan merupakan perniagaan warisan tradisi. Pada awalnya Murtabak Majid berasal dari Muar, Johor tetapi turut dijual di Singapura. Oleh sebab itulah, murtabak ini ada persamaan dengan murtabak singapura. Walaupun telah lama menjual murtabak, tetapi resepi Murtabak Cheese hanya diperkenalkan semenjak 5 tahun yang lepas. Memandangkan cheese sangat terkenal dan sering dimasukkan di dalam apa juga jenis makanan, Murtabak Cheese Majid menjadi diantara makanan yang trending di Johor sekarang.

Majid Murtabak Special No 1

Cheese yang digunakan

Gerai ini mula dibuka pada jam 12 tengahari sehingga 6 petang. Namun begitu, saya dimaklumkan pada kebiasaannya murtabak ini akan habis sekitar jam 4-5 petang. Hampir 1 jam saya di sini, saya dapati kebanyakkan kebanyakkan pelanggan membungkus lebih dari 2 set Murtabak Cheese. Mungkin sebab tu lah murtabak kat sini cepat habis sebab terlalu laku.

Advertisements
Majid Murtabak Special No 1

Bahan-bahan lain

Majid Murtabak Special No 1

Hirisan bawang

Murtabak Cheese Majid menggunakan parmesan cheese iaitu cheese yang sama digunakan di dalam membuat pizza. Setiap kepingan murtabak dimasak beberapa kali bagi menghasilkan lapisan murtabak yang ranggup dan sedap. Bahan-bahan lain seperti bawang dan bahan yang saya tak dapat kenal pasti disediakan di dalam bekas yang besar. Saya sempat bertanyakan kepada pemilik kedai tentang kuantiti murtabak yang dihasilkan setiap hari. Mengikut mereka, kuantiti murtabak bergantung kepada hari dan masa. Pada setiap hujung minggu ataupun cuti umum, mereka akan menyediakan sekurang-kurangnya 1,400 keping murtabak.

Majid Murtabak Special No 1

Murtabak yang telah ditabur cheese

Murtabak Cheese Majid didatangkan di dalam beberapa pilihan saiz termasuklah yang saiz Jumbo yang mempunyai 4 layer cheese. Baca je pun dah bunyi macam sedapkan?

Majid Murtabak Special No 1

Abang yang sporting

Majid Murtabak Special No 1

Murtabak yang sedang dimasak

Sekarang tibalah masa untuk saya merasai sendiri menu Murtabak Cheese ni. Di dalam gambar di bawah ini adalah Murtabak Cheese Special Daging yang mempunyai 2 lapisan cheese.

[Kunyah] Wow, tak sangka rasanya sungguh sedap dan rasa cheese leleh membuatkan ianya sungguh unik. Walaupun setiap kepingannya dipenuhi dengan cheese lembut, tapi masih ada rasa ranggupan pada bahagian rotinya. Secara keseluruhannya ianya sungguh lembut dan membuat sedikit rasa rempah. Set Murtabak Cheese ni boleh dimakan dengan timun bersama sos tomato ataupun dengan kuah kari. Tapi bagi saya, rasanya sudah begitu sempurna sekiranya dimakan begitu sahaja.

Majid Murtabak Special No 1

Murtabak Cheese Daging yang telah disiapkan

Majid Murtabak Special No 1

Cheese meleleh keluar

Majid Murtabak Special No 1

Dah siap sedia nak masuk mulut

Majid Murtabak Special No 1

Murtabak yang penuh dengan cheese

Bagi sesiapa yang ingin datang ke Murtabak Cheese Majid Kampung Kurnia ini adalah alamatnya:

Majid Murtabak Special No 1,
Jalan Kurniawan,
Kampung Kurnia,
80250 Johor Bahru

Waktu Operasi
Isnin hingga Ahad
12 tengahari – 6 petang

copyright

 25,580 total views,  3 views today

Advertisements
            

Related Articles

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

6 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.