Kalau masa Halloween memang tak sah kalau kita dah nampak macam promosi berkaitan dengan tema seram dan berkaitan dengan Halloween. Perasan seram dan takut tu rasa macam satu trend yang semua orang ingin alami ketika musim ni. Saya juga akhirnya terjebak dan mengalami sendiri perasaan seram ketika Halloween yang lalu di Night of Fright Sunway Lagoon. Sebenarnya Night Of Fright ni adalah edisi ke 7 dan setiap tahun saya lihat banyak good review berkaitan dengan event ni. Dari set seramnya sehinggalah kepada cosplayer di Night Of Fright ini semuanya dikatakan menyeramkan. Seram ke tidak? Teruskan membaca review saya menyeramkan diri di NIGHT OF FRIGHT 7.
Acara NOF7 ini diadakan setiap hujung minggu bermula dari hari Jumaat hingga Ahad dan pintu masuk mula dibuka pada jam 7.30pm sehingga 11.30pm. Ini bermakna persembahan Halloweennya adalah waktu malam sahaja dan tiada persembahan pada waktu siang. Kalau siang tak takut pulak dah kan?
Terdapat 8 jenis rumah hantu serta pelbagai jenis rides dan beberapa persembahan pentas yang boleh ditonton dan dimasuk bila-bila masa sahaja ketika berada di Night Of Fright. Yang paling mengujakan adalah semua petugas ataupun cosplayer disekitar kawasan sangat-sangat into the character. Kebanyakkan dari mereka dipakaikan dengan kostum hantu yang cantik dan dimekap dengan sangat teliti dan believable. Perwatakan mereka juga sangat kena dan bersesuaian dengan watak hantu yang dibawakan. Mereka sangat displin dan menjaga perwatakan mereka walaupun ramai yang ingin bergambar bersama. Walaupun rupanya mereka agak menakutkan, tetapi mereka tidak dibenarkan untuk memegang dan bercakap dengan pengunjung. Jadi tak perlulah terlalu takut.
Hampir disetiap sudut pasti akan ada hantu-hantu yang berkeliaran samada untuk menakut-nakutkan pengunjung ataupun bersedia untuk bergambar. Ada daripada mereka yang tidak kelihatan menyeramkan malahan kelihatan begitu cantik ketika menjadi hantu. Makeup pada wajah mereka memang nampak sangat profesional dan setanding dengan filem hollywood.
Saya juga sempat untuk masuk ke beberapa buah rumah hantu di mana setiap rumah hantu ini mempunyai temanya yang tersendiri. Setiap rumah hantu adalah berkonsep berjalan dari point mula hingga ke point akhir. Pengunjung akan dikumpulkan dalam satu kumpulan dan barulah ada hantu yang akan guide untuk berjalan di dalam rumah hantu tersebut. Di beberapa checkpoint hantu-hantu lain akan menakutkan kita dan ada juga yang muncul dari beberapa sudut yang berbeza. Proses menakutkan pengunjung ini berterusan dari awal perjalanan hinggalah selesai. Ianya mengambil masa sekitar 3-5minit sahaja namun bagi sesiapa yang terlalu takut mungkin akan terasa lama berada di dalam rumah hantu tersebut. Saya tak dapat mengambil gambar di dalam rumah hantu tersebut kerana ianya terlalu gelap dan tidak dibenarkan untuk mengambil gambar.
Selain rumah hantu, terdapat juga beberapa rides yang menarik untuk dicuba. Ianya tidaklah berkaitan dengan hantu ataupun menyeramkan, tetapi sekadar penambah aktiviti bagi sesiapa yang minat. Berada di sini bermula dari awal malam, tidak semestinya sempat untuk masuk ke setiap rumah hantu dan melakukan semua aktiviti di sini. Ketika kunjungan saya di Night Of Fright, boleh tahan ramai juga pengunjung. Jadi beberapa rumah hantu dan ride utama agak lama masa yang diambil untuk beratur. Jadi saya hanya masuk ke beberapa rumah hantu yang di recommend sahaja dan selainnya bergambar dengan hantu-hantu.
Secara keseluruhannya, saya rasa Night Of Fright ni sangat menarik dan unik. Saya sejujurnya tak takut sangat pada hantu-hantu kat sini tetapi lebih kepada excited dan kagum tengok setiap talents cosplayer kat sini. Makeup mereka kelihatan begitu realistic dan lakonan mereka sangat impressive. Saya dimaklumkan semua petugas di sini dipilih melalui sesi ujibakat dan melalui banyak latihan lakonan sebelum boleh terpilih sebagai watak-watak hantu mereka.
1,431 total views, 1 views today







Fuhhh berantuu dikejar dek hantu hantuyang berkeliaran . Boleh jadi bingit gak telinga ni duk dgr org terjerit2 hahaha .. 3 ke 5 minit duk kat dalam tu sure la macam2 hantu yang dijumpai uhuuhuhu ..
First time masuk hari tu. Mmg best dan pias hati. Hahah..tahun depan nak join lagi
Heheh.. comel pulak hantu yang paling comel tu. Hantu-hantu ni multitasking la kiranya. Selain daripada menakutkan pengunjung, jadi guide pulak kat pengunjung. Hehehehhe
Wan Syahida recently posted…Rumah di Kuala Lumpur untuk Dijual
Last year emi pergi NOF ni, best giler! Tapi this year tak pergi sebab tengah pregnant, risau pulak terkejut dek hantu kang terus terpeleot ke apa ke. Hehe
memang bergambar dengan ‘hantu’ jela kat sana sepanjang malam hahaha
Tak pernah lagi pergi tempat macam ni. Mesti best dapat pergi tengok tu semua.
Eh kte pun gi aritu tapi tak terserempak lak kan? Ha..kte mmg tiap tahun wajib datang NOF ni hehe
Comel giler hantu² tu , hilang kot rasa seram bila dok dalam tu.. hehe. Seronok gak kan sesekali kita layan tema gini. Ada list nama² hantu tak ..
Amboi seronok y dapat kesana.. Liez tak dapat join sebab tak sihat time tu.. tapi tgk kawan-kawan enjoy masa kat sana buat jeles pulak. Sesekali spent time layan horror ni best jugak. Hope next year boleh join.
Kehkeh siap bergambar dengan hantu. Hantu yg seram tengok orang mai ramai sgt ni 😂
Sis tak suka masuk tempat2 cam gini, senak perut dibuatnya nanti. Bukan takut tapi terkejut lebih..hehehe. sis hantar anak dan kawan2 dia aje pergi
Banyaknye rumah hantu kat sini. Tak larat nk jumpa banyak hantu kot kat sana. Banyak sangat hantunye ye. Haha
Memang best NOF7 ni, tapi ada jugak yg bagitau tahun2 sebelum lagi menyeramkan. Tak sabar nak pergi next year pulak 🙂
kenapa tak pakai kostum jugak ?
if yes, sure mengaum lah zarin together with all the other hantus.
aida x pernah lagi join or gi yg gini tau.
sebab sendiri takut hantu! and anak2 surely tak enjoy ha ha ha ha…
make up diorang were so real ekk? terbaik.
Peenh masuk.. Mememg ada yang seram ade yang biasa.. Tak sempat naik rides semua tu… Hehee.. Tapi dpt join night of fright ni memng best
Mcm best je masa holloween ritu. Rugi pulak rse tak pergi. Next year nk pergi la.
best night of fright. memang setiap tahun tertunggu-tunggu. tak sabar nak tunggu tahun depan pulak. mcm mana lah agaknya nanti
Comel betul.. Tak nampak scary sangat