Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya. Kali ini saya ingin kongsikan tentang sejenis roti yang saya rasa sangat unik dan menarik. Roti ini dikenali sebagai ‘Roti Aki’. Apabila pertama kali saya mendengar jenama nama Roti Aki ini saya rasa masih belum tergerak hati untuk mencuba roti ini. Rupa rotinya pula saya rasa biasa saja. Mungkin nampak gebu dan lembut, tetapi sama saja seperti roti-roti yang lain. Tetapi apabila pemilik Roti Aki ini memaklumkan roti ini diperbuat tanpa menggunakan telur, ianya membuatkan saya tertanya-tanya dan terasa ingin mencuba. Ya, betul! Roti Aki, roti lembut tanpa telur. Tapi apa keistimewaan roti tanpa telur? Teruskan membaca.
‘Roti Aki’ merupakan perusahaan anak-beranak yang sudah mula diusahakan semenjak tahun 2015 lagi. Saya dimaklumkan, mereka memulakan perniagaan ini secara kecil-kecilan dan hanya mampu membuat 10 biji roti sahaja sehari. Namun begitu, setelah perniagaan mereka semakin maju, akhirnya mereka sudah berjaya mempunyai kedai sendiri yang terletak di Kajang, Selangor.
Roti tanpa telur
Roti Aki diperbuat tanpa menggunakan telur. Apabila saya tanya kepada pemilik kenapa tidak menggunakan telur? Apakah yang istimewanya roti tanpa telur? Pemilik Roti Aki menjelaskan Roti Aki ini tidak diperbuat menggunakan telur kerana pada peringkat awal dulu terdapat permintaan dari ibu-ibu yang sedang berpantang yang tidak boleh makan telur. Jadi roti ini amat sesuai untuk mereka. Selain itu juga, Roti Aki ini sesuai dimakan oleh pengamal diet vegan yang tidak boleh makan makanan berunsurkan telur dan daging.
Walaupun roti ini tidak menggunakan telur, tetapi tekstur roti bun ini sangat cantik dan gebu. Saya dimaklumkan agak sukar untuk mendapatkan tekstur roti seperti ini sekiranya tidak menggunakan telur. Jadi inilah dia rupanya keistimewa Roti Aki. Okay, mesti dah tak sabar nak rasa roti ni dah kan?
Sebelum kita makan, mari kita lihat pilihan-pilihan perasa Roti Aki. Roti Aki mempunyai 4 pilihan perasa iaitu Original, Chocolate, Kaya dan Red Bean serta dijual di dalam 2 saiz berbeza. Berikut adalah senarai harga Roti Aki.
Roti Aki Original RM5
Roti Aki Chocolate RM6
Roti Aki Kaya RM6
Roti Aki Redbean RM6
Roti Aki Mini Original RM2.50
Roti Aki Mini Chocolate RM3
Roti Aki Mini Kaya RM3
Roti Aki Mini Redbean RM3
Review Roti Aki
Bagi review kali ini, saya mencuba sendiri Roti Aki perasa Kaya, Chocolate dan juga Red Bean. Krim perasanya disapu di tengah-tengah rotinya bagi memberikan rasa yang menyeluruh. Ianya tidaklah terlalu banyak tetapi sudah cukup memberikan rasa yang seimbang dengan roti. Rotinya pula terlalu lembut dan gebu. Ianya seolah-olah hilang dan lesap dimulut apabila kita makan. Potongan rotinya yang berbentuk seperti bunga memastikan saiz roti yang sekata dan sama.
Secara peribadinya saya lebih mengemari perasa kaya kerana bagi saya perasa kaya lebih sesuai dan sepadan dengan kelembutan Roti Aki ini. Namun begitu, perasa chocolate juga boleh tahan kerana perasa chocolatenya mempunyai rasa yang berbeza dengan roti krim yang lain. Ianya mempunyai rasa manis coklat tetapi sedikit rasa pekat dan kuat.
Saya juga lebih mengemari Roti Aki bersaiz besar sekiranya dibandingkan dengan saiz mini. Walaupun ianya nampak seperti tiada banyak perbezaan, tetapi saya rasa dari segi saiz dan komposisi krim perasa di dalamnya adalah seimbang dan lebih menyelerakan. Saiz besar ini memang besar dan saya sendiri tak mampu nak habiskan dengan sekali makan. Jadi kepada sesiapa yang nak cuba Roti Aki ni, saya memang cadangkan untuk mencuba yang saiz besar.
Buat masa ini sesiapa yang berminat untuk mendapatkan Roti Aki bolehlah beli secara terus di kedai mereka ataupun order secara online di Instagram ataupun melalui Whatsapp. Sekarang ini mereka ada mempunyai perkhidmatan penghantaran ke kawasan-kawasan tertentu di Lembah Klang.
Kedai Roti Aki
Kampung Sungai Tangkas, 43000 Kajang, Selangor
Facebook : https://www.facebook.com/roti.aki/
Instagram : https://www.instagram.com/roti.aki/
Whatsapp : +60132559912
2,085 total views, 1 views today
nampak lembut betul roti tu. berita gembira la buat siapa yg ada alahan dengan telur boleh la makan roti AKI ni kan. bukan senang nak dapat roti tanpa telur ni
bentuk dia macam roti paung terengganu tapi versi mini cuteee je tengok gambar macam sedap la pula
messarah recently posted…REALME 7 SERIES HAS OFFICIALLY LANDED IN MALAYSIA!
Nampak kegebuan roti tu. Yang paling misteri roti lembut tapi tak pakai telur 🤔 LH pun jadi tertanya-tanya juga ni macam mana dia buat.
Ruby panggil ni potato bun. Walaupun isi landungan berbeza. Hahahaha. Suka tekstur roti camni. Lembut, cicah kopi pun sedap. Aggggghhh esok nak beli. Haha
Ruby recently posted…Produk Mandian Dan Penjagaan Rambut Summerie Membangkitkan Mood Ketika Me-Mandi Time.
Roti tanpa telur..menarik nie..nampak sedap dan menarik..ada size kecil dan besar..kalau terjumpa di mana mana kedai pasti k mid nak membeli dan mencubanya
tengok roti ni terus rasa nak buat ko pi o panas ….pasangan yang cukup sempurna dikala pagi atau petang hari ….paling nak try kalau jumpa roti ni yang kaya dengan yang chocolate ….
Saidila recently posted…SHOPPING DI PG MALL WOW STORE DENGAN FREE SHIPPING
Woww… Teruja bila tahu roti aki ni diperbiat tanpa telur.. Sesuai bg yg ada alahan telur kan… Tp wawa penah makan, rasa dia sedap je… So nice..
Tengok pun nampak lembut roti dia. Kita pun suka kaya kalau makan roti mcm ni. Cicah dengan milo panas lepas tu. Hehe. Nikmat woo.
Menariknya roti Aki ni… Especially dibuat tanpa telur.. Ada banyak flavor lak tue.. If ada singgah Kajang sure akan cuba roti Aki ni..
Tengok tekstur dia je dah tau lembut nauu… tu kalau makan cecah dengan sambal sardin sedapnyaaa… arghhhh…
Sis Lin recently posted…HERBALIFE NUTRITION MALAYSIA LAUNCHES VITAMIN MASK FOR BEAUTIFUL AND HEALTHY SKIN
oo menarik juga. buat tanpa telur rupanya mmg sesetengah org ada alergy kan.
Raihanah recently posted…Vivix Produk Tulen, Tidak Beku Walaupun Simpan Dalam Freezer
Ibu dalam pantang biasa akan cari makanan tanpa telur..untung orang berdekatan ada plihan Roti Aki ni. Kalau pasaran lebih meluas boleh la orang luar Lembah Klang merasa.