Destinasi makan-makan kali ni terletak jauh nun di seberang sana. Kali ni saya berkesempatan untuk berjalan-jalan di Pulau Labuan. Beberapa tahun dulu saya pernah sampai ke sini untuk memberi talk tapi kali ni saya sampai memang semata-mata untuk berjalan. Pulau Labuan seperti yang kita tahu terkenal dengan makanan lautnya yang murah dan sedap. Lokasi kali ini adalah di Anjung Ketam yang terletak berhampiran dengan Kampung Tanjung Aru. Bagi sesiapa yang nak datang ke sini bolehlah tanya kepada penduduk tempatan kerana tempat ini agak terkenal.

IMG_2491Suasana perkampungan yang cantik

IMG_2519 IMG_2534 IMG_2574Terdapat beberapa penduduk tempatan sedang mencari cengkerang

Advertisements

Anjung Ketam ni terletak di tepi pantai dan dikelilingi oleh suasana kampung semulajadi. Banyak sampan-sampan dan bot nelayan yang diletak pada persisiran pantai. Suasana macam ni memang susah nak temui kalau di Kuala Lumpur. Penduduk di Labuan ni pulak saya rasa kebanyakkannya agak friendly dan suka menolong. Saya sampai di Anjung Ketam sekitar jam 6.10 petang dan suasana sudah hampir senja masa tu. Saya cuba nak ambi gambar semasa matahari terbenam tetapi sayangnya matahari terbenam pada arah yang bertentangan. Kat sini Maghrib masuk sekitar 6.30 petang, jadi boleh bayangkanlah macam mana suasana gelap dengan cepat. Semasa saya berjalan-jalan di tepi pantai, saya terserempak dengan beberapa penduduk kampung yang sedang mengutip kulit cengkerang.

IMG_2629Anjung Ketam

IMG_2635Ketam Masak Bercili
IMG_2642Udang goreng

Okay, bila nak cakap mengenai makanannya pula, di sini pelbagai pilihan makanan laut ditawarkan. Pelbagai jenis ketam, ikan, udang dan sotong boleh dimasak dalam pelbagai jenis masakan. Bagi saya setiap hidangan yang dimasak, boleh dikatakan sedap dan menyelerakan. Terdapat juga satu siput yang jarang kita lihat juga ditawarkan sebagai pilihan menu makanan. Siput tersebut adalah siput Gong Gong. Selain itu, sudah tentulah ketam menjadi menu utama sini. Ramai pengunjung dari luar dan tempatan yang datang semata-mata untuk menikmati hidangan ketam di sini.

IMG_2644Siput Gong Gong masak halia

IMG_2656 IMG_2671Ramai orang pada hujung minggu

Secara keseluruhannya Anjung Ketam adalah diantara destinasi wajib untuk makanan laut di Pulau Labuan. Dengan masakannya yang sedap dan harganya yang sangat berbaloi Anjung Ketam sering menjadi tumpuan orang ramai. Oleh itu, datang awal lebih-lebih lagi pada hujung minggu bagi mengelakkan kekecewaan. Suasana ala-ala perkampungan nelayan sesuai bagi sesiapa yang mengemari suasana santai dan rilek. Namun begitu beberapa kekurangan kemudahan seperti kipas mungkin membuatkan segelintir orang rasa kurang selesa.

 9,705 total views,  1 views today

Advertisements
               

Related Articles

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.