Meta melalui aplikasi media sosial terkenal mereka iaitu Instagram, telahpun melancarkan langganan Meta Instagram Verified iaitu tanda calit biru atau bluetick pada pengguna Instagram. Sebelum ini, hanya pengguna Instagram yang terkenal seperti artis, ahli politik, penyanyi dan sebagainya sahaja yang dibenarkan memiliki bluetick, tetapi kini langganan untuk memiliki bluetick dibuka kepada umum secara berperingkat. Memiliki akaun instagram verified dengan bluetick, bermakna akaun seseorang itu adalah tulen dan meningkatkan tahap kebolehpercayaan kepada akaun tersebut. Mari kita lihat cara-cara langgan Meta Instagram Verified untuk mendapatkan bluetick di Instagram.
Kelebihan Langgan Meta Instagram Verified
- Akaun anda adalah akaun sah dan diuruskan oleh orang sebenar
- Meningkatkan tahap keselamatan dan penyamaran identiti
- Mendapat sokongan pantas untuk sebarang permasalahan berkaitan
- Menerima beberapa pelekat ataupun sticker istimewa untuk IG Story
Cara Langgan Meta Instagram Verified
- Buat permulaan, bukan semua pengguna Instagram sudah boleh menggunakan perkhidmatan ini. Ianya dibuka secara berperingkat. Untuk mengetahui anda sudah boleh melanggan Meta Instagram Verifie atau tidak, boleh cuba layari https://accountscenter.instagram.com/meta_verified/ atau klik di mana-mana akaun Instagram yang mempunyai bluetick.
Sekiranya akaun anda sudah layak, akan muncul butang untuk mohon sekarang. Sekiranya anda tidak layak, butang masukkan nama anda di dalam waiting list akan muncul.
- Harga langganan Meta Instagram Verified adalah RM41.99 sebulan. Caj akan dikenakan serta merta ketika membuat permohonan.
- Arahan untuk Turn on two-factor authentication akan muncul sekiranya anda tidak pernah melakukannya.
- Anda perlu memuatnaik bukti pengenalan diri seperti IC dan sebagainya untuk proses ini.
- Gambar profil Instagram juga harus jelas mengambarkan wajah anda sebenar. Sekiranya tidak jelas, anda harus kemas kini gambar yang baru.
- Video pengecaman muka juga harus dimuat naik ketika proses ini. Semua arahan akan tertera di skrin.
- Proses ini akan mengambil masa kurang dari 1jam. Perhatikan notifikasi di Instagram oleh Meta untuk sebarang kemas kini ataupun masalah pendaftaran yang mungkin akan wujud.
- Sekiranya terdapat masalah, resubmit ataupun daftar semula dengan mengemas kini dokumen yang bermasalah.
- Sekiranya proses resubmit ini gagal dilakukan dalam tempoh 3 hari, Meta akan mengembalikan semula yuran langganan.
1,998 total views