Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Bila bercakap pasal nasi kerabu, kita sering terbayang menu enak dari pantai timur ini yang sering dijual di bazaar Ramadhan ataupun pasar malam. Tapi tahu tak, terdapat sebuah restoran di Terengganu yang menjual Nasi Kerabu Tersedap di dunia!. Ya, memang betul nasi kerabu kat sini telah diiktiraf sebagai 50 makanan terbaik di dunia oleh The World Street Food Congress 2017. Bukan calang-calang restoran saya nak pergi makan kali ni tau, level international tau!
Tak percaya dengan laporan media, saya sendiri pergi ke restoran Fauzi Nasi Kerabu yang terletak di Kuala Terengganu ini untuk merasai sendiri betul ke sedap sangat nasi kerabu kat sini.
Bila sampai je di Fauzi Nasi Kerabu ni saya dah boleh nampak ramai orang beratur dengan suasana berasap-asap dari jauh. Tak sempat lagi saya beratur, saya jenguk sikit apa yang sedang dibakarnya sebab baunya sungguh menusuk kalbu. Kebetulan ketika saya baru tiba di situ, peniaga baru saja meletakkan ayam dan juga daging di tempat membakar. Perapan ayamnya kelihatan begitu merah dan pekat mungkin dari kunyit dan beberapa rempah lain lagi. Isi ayamnya juga nampak besar dan menyelerakan.
Ayam dan daging kelihatan begitu sedap lebih-lebih lagi ianya dibakar di menggunakan cara tradisional. Selain itu, rupanya salah satu menu istimewa kat sini adalah kambing bakar. Patutlah meriah betul nampak menu pilihan bakar kat sini, semuanya nampak menyelerakan.
Walaupun agak panjang saya kena beratur, tapi rupanya proses order makanan kat sini sangat cepat. Kalau lambat pun, sebab kena tunggu isi ayam atau kambing yang harus dibakar. Menu utama kat sini sudah tentulah Nasi Kerabu dan boleh dikatakan semua orang yang ke sini mesti nak makan Nasi Kerabu. Kita boleh pilih nak makan Nasi Kerabu dengan lauk samada ayam, daging ataupun kambing bakar. Oleh kerana ini adalah kali pertama saya ke sini, jadi saya pilih ketiga-tiga menu sekali.
Rupanya banyak lagi pilihan lauk yang boleh dimakan dengan Nasi Kerabu kat sini. Mungkin bagi yang tak suka dengan ayam bakar, boleh juga makan dengan ayam goreng, pedal masak kicap, solok lada dan macam-macam lagi. Set Nasi Kerabunya memang berbaloi dan meriah dengan longgokan sayur-sayur dan budunya.
Beginilah rupanya Nasi Kerabu Tersedap di Dunia iaitu Nasi Kerabu Fauzi. Bukan dalam gambar saja nampak sedap tetapi rasanya juga memang sedap. Gabungan sayur-sayur dan ulamnya sungguh segar dan ranggup. Sambal belacannya tidaklah terlalu pedas tetapi cukup rasa apabila digaul bersama nasi. Ayam dan daging bakarnya memang sedap dan juicy. Rasanya sedikit berempah dan manis bercampur hangit-hangit garing dari kesan bakar. Memang membangkitkan selera.
Menu sarapan pagi saya iaitu Nasi Kerabu Tersedap di Dunia itu dilengkapkan pula dengan Teh Ais Madu yang menyegarkan. Teh Ais Madu macam ni mungkin kita dah biasa tengok di kedai-kedai makanan pantai timur tapi tengoklah buih-buih Teh Ais Madu ni. Ianya bukan sahaja sedap malahan harga Teh Ais Madunya juga tidaklah semahal yang dijangkakan. Kalau orang Kelantan sebut, Teh Ais Madu ni “manih leting”.
Secara kesimpulannya nasi kerabu di sini terbukti dan layak menjadi Nasi Kerabu Tersedap di Dunia. Fauzi Nasi Kerabu sememangnya layak menerima gelaran itu dan menjadi lokasi wajib untuk datang menjamu selera sekiranya berada di Kuala Terengganu. Ianya menawarkan pelbagai pilihan juadah sarapan pagi pantai timur yang menyelerakan dengan harga yang berpatutan.
Walaupun saya dah bersarapan banyak di sini, tetapi saya masih bungkus bawa pulang ke Kuala Lumpur Nasi Kerabu Fauzi ini kerana terlalu sedap.
Alamat :
Fauzi Nasi Kerabu.
Jalan Sultan Sulaiman,
20000 Kuala Terengganu
Waktu Operasi :
6:30 AM – 12:30 PM
Tutup: Setiap Rabu
Facebook : Fauzi Nasi Kerabu
3,567 total views, 3 views today
Wow rasa nak pergi cuba dah
[…] makanan melalui Grab e-Kitchen Bazar dan ini adalah pengalaman peribadi saya. Saya memilih makanan Nasi Kerabu Ayam Madu dari Restoran Hayaki cawangan Shah Alam. Oleh kerana takut makanan sampai lambat, saya […]
Tengok beratur tu je dah tau, mesti sedap…masuk dalam tengok menu, lagi leee konpiden sedap…sekali tengok dalam pinggan tu…arghhhhh terus rasa macam nak pi Trengganu le pulakk…suka nasi kerabu daging bakar dan solok lada…sedapnya..
Sis Lin recently posted…WORDLESS WEDNESDAY – SIPUT GONGGONG
Fav!! Kalau balik Kuantan mesti makan. Nak buat renyah sekali, tapi sedap gilsss. Kalau dapat makan air tangan orang ganu memang lain rasanya.
ada tgk juga org share psl fauzi nasi kerabu sedap ni..lastyear adik pegi terengganu pn singgah mkn sini sedap katanya..nanti kalo pegi terengganu nk kena try ni
terliur pulak makanan ni semua.. nasi kerabu ni memang sedap kat pantai timur je.. setakat pernah rasa ni tak ada lagi yang boleh lawan sedap nasi kerabu teerengganu.. Fauzi Nasi Kerabu ni belum pernah try, maybe bila-bila ke terengganu kena cuba
wau tersedap di dunia ye nanti nak try la. paling suka nasi kerabu ayam/daging panggang
Aduh! Jika dah dilabel tersedap di dunia nak juga rasa tapi bila la nak sampai ke Ganu kita tu huhu.
Fuyooo tersedap di dunia tu. Dah le sis suka sangat nasi kerabu ni. Nak cuba jugak satu hari nanti…harap2lah berkesempatan ekk
memang sedap Fauzi nasi kerabu ni. 2 tahun lepas masa Mat Drat ke KT, kwn suggest makan kat sini. mmg tak kecewakan lah…
Nanti, hantar adik balik belajar di UMT, bolehlah suruh dia tunjukkan tempatnya.
Sekarang ini masih dirumah sebab dalam tempoh PKPB lagi. Nampak sedap sangat.
Wah macam-macam lauk yang ada tu. Memang patutlah tersedap di dunia. Tapi makanan Terengganu yang mommy suka lagi 1, nasi dagang
Hi apakata Mommy recently posted…Peluang Keemasan Untuk Menjana Pendapatan Dengan PG Mall Melalui Konsep ConsuMerchant
Tengok pun dah tahu sedap. Nanti lps pkp kalau kebetulan kat sana bolehlah cuba
tgk makanan tu semua,aida dpt rasa ia sedap, zarin.
lelebih ramai beratur, hmmm confirm double sedap.
nasi kerabu ni salah satu nasi yg aida suka.
pedas nyer. then side dishes nyer yg byk. terbaik.
Perghhhh… yummylicious sehhhh… saya antara penggemar tegar nasi kerabu… tak payah makan dengan lauk, cukup ada budu pun dah seronok sangat… hehehehe… ada juga tengok ramai yang share kesedapan Fauzi Nasi Kerabu ni… insyaAllah kalau ke Terengganu, akan ku jejakkan kaki ke sana…
mazharalti recently posted…MINUMAN TERBAIK YANG MEMELIHARA METABOLISM DAN MENGANDUNGI MINERAL
jauhnya sampai tganu tu yang paling sedap. nanti sampai terengganu kami blh cuba
RAIHANAH AHMAD recently posted…Bersedia Untuk Norma Baharu: Bolehkah Makanan Tambahan Menguatkan Sistem Imun Kita?
wahh tersedap di dunia tu.. ni mesti confirm sedap ni.. TB pun suka Nasi kerabu.. dulu masa kat KL selalu tiap2 minggu ada pasar malam .. mesti beli nasi kerabu.. hehehe
Tengkubutang recently posted…Customize Topeng Muka & Mulut Berkualiti dengan BestSub – Boleh Pilih Design Sendiri
Fuhhh. Mengundang sungguh laaaa tengok ayam goreng panas-panas dan teh ais tu. Dah la baru lepas sahur ni. Hari ni nak mencari nasi kerabu ayam macam tu memang takda la kat KL. Huwaaaa!
Ruby recently posted…Mudahnya Membeli Produk Nestlé Maggi Di PG Mall Dan Automatik Layak Sertai Kempen Top Spender!