Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un
Hari ini kita dikejutkan dengan pemergian seorang seniman negara iaitu Datuk Mustapha Maarof yang telah menghembuskan nafas yang terakhir pada jam 8.40pagi akibat jangkitan paru-paru. Allahyarham sebelum ini dilaporkan berada dalam keadaan kritikal dan bergantung sepenuhnya dengan alat bantuan pernafasan.
Jenazah telah disempurnakan dan disembahyangkan di Masjid Amru Ibni Al-As Bandar Baru Sentul dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang selepas Zuhur. Jenazah juga dikebumikan bersebelahan dengan kubur isterinya iaitu seniwati Roseyatimah yang telah meninggal dunia pada tahun 1987. Ramai rakan media dan rakan-rakan Allahyarham hadir di majlis pengebumian ini untuk memberikan penghormatan yang terakhir.
Allahyarham dikenali dengan filem seperti Hang Tuah, Bawang Putih Bawang Merah, Seri Mersing dan Sultan Mahmud Mangkat Dijulang. Sama-samalah kita sedekahkan Alfatihah kepada Allahyarham dan semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.
4,929 total views, 1 views today