Istimewa sempena sambutan Aidilfitri tahun ini, Pavilion Bukit Jalil membawakan promosi istimewa Raya bersama Upin & Ipin di Pavilion Bukit Jalil. Sebelum saya kongsikan mengenai program raya tersebut, saya nak berkongsi sedikit mengenai Pavilion Bukit Jalil. Ini sebenarnya adalah shopping mall yang baru dilancarkan pada penghujung tahun 2021 dan ianya merupakan di antara shopping mall yang terbesar dengan 1.8 juta kaki persegi. Semasa saya datang ke Pavilion Bukit Jalil buat kali pertama pun saya dapat rasakan jauhnya berjalan dalam mall ni. Pavilion Bukit Jalil ni masih mengekalkan ciri-ciri dan elemen yang seakan-akan dengan Pavilion KL pada center courtnya membuatkan kita rasa seolah-olah macam pernah datang ke sini. Mari saya bawakan anda semua suasana ketika pelancaran program Raya bersama Upin & Ipin di Pavilion Bukit Jalil.
Walaupun tahun ini sambutan Hari Kemerdekaan kurang meriah dan berbeza dari tahun-tahun sebelum ini kerana pendemik wabak COVID-19, namun begitu tidak bermakna kita tidak menyambutnya. Apa yang penting adalah semangat cintakan negara sentiasa tersemat dijiwa. Tahun ini sempena sambutan Hari Kemerdekaan, saya telah menyertai kempen ZAYANSkip4Frontliner iaitu salah satu aktiviti skipping beramai-ramai selama 63 minit yang dianjurkan oleh radio Zayan. Acara skipping 63 minit bersama Zayan ini adalah diantara lain sebagai simbolik kepada pengorbanan frontliners negara yang telah banyak berbakti kepada masyarakat. Skipping selama 63minit memang sangat memenatkan tetapi ianya masih tidak setanding dengan penat lelah wira negara kita.
Bertempat di FINAS Ampang, acara pertama kali dalam sejarah ini berlangsung dengan meriahnya. Ianya bermula seawal jam 8pagi dengan perasmian perbukaan ZAYANSkip4Frontliners oleh Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, En Ahmad Idham. Seterusnya saya dijemput untuk mengetuai sesi memanaskan badan ataupun warming up sebelum acara skipping selama 63 minit bermula. Acara ini juga turut dimeriahkan oleh penyampai-penyampai radio Zayan seperti Anas Tahir, Mawi, Lin Ariffin dan juga Azhar Hilmi serta beberapa artis dan personaliti sukan tempatan.
Lin Ariffin, penyampai radio Zayan mengibarkan jalur gemilang
Siapa sangka watak animasi kegemaran Malaysia ini iaitu Upin & Ipin kini mengeluarkan syiling emas eksklusif sempena sambutan Hari Kemerdekaan 2020. Pada mulanya saya juga hairan kenapa menjual syiling emas, sebab biasanya peminat-peminat animasi akan memilih untuk mengumpul cenderamata seperti baju, alat mainan dan tabung serta macam-macam lagi. Selain ianya lebih mampu milik, cenderamata seperti itu juga lebih disasarkan kepada golongan kanak-kanak yang menjadi sasaran utama animasi Upin & Ipin. Tujuan utama mengeluarkan syiling emas Upin & Ipin bersama Habib adalah untuk menggalakkan kanak-kanak menyimpan dan membuat perlaburan emas pada usia yang muda. Usaha ini sangat bagus dan patut diterapkan lebih-lebih lagi dengan nilai dan pasaran emas yang semakin baik dan menguntungkan. Mari kita lihat suasana pelancaran syiling emas Upin & Ipin x Habib yang dilancarkan baru-baru ini di IOI City Mall.
Saya bersama rakan-rakan dari Les’ Copaque Production telah berada di IOI City Mall pada awal-awal pagi lagi untuk membuat persiapan majlis pelancaran bersama pegawai dan kakitangan HABIB. Semua perancangan disusun dengan baik dan teliti serta mematuhi SOP seperti yang disarankan oleh MKN. Ini adalah kali pertama team Les’ Copaque bekerjasama dengan HABIB di dalam sesebuah acara.
Ketika sesi briefing diadakan sebelum majlis pelancaran
Marrybrown iaitu rangkaian restoran makanan halal segera terbesar di Malaysia yang telah beroperasi selama 38 tahun, kini mengorak langkah dengan melancarkan pakej hari jadi kanak-kanak. Pakej hari jadi ini merupakan kerjasama dengan watak popular dari Jepun iaitu Doraemon bagi menggembirakan kanak-kanak dihari lahir mereka. Saya bersama rakan-rakan blogger yang lain berpeluang menyertai majlis pelancaran ini dan berkongsi kemeriahan pakej hari jadi Marrybrown bersama Doraemon.
Berlangsung di Marrybrown IOI City Mall Putrajaya, majlis pelancaran pakej hari jadi bersama Doraemon itu dihadiri oleh Pengarah Urusan Marrybrown, Datin Nancy Liew serta lebih 100 kanak-kanak dari empat buah rumah kebajikan di Lembah Klang. Tambah istimewa lagi, majlis ini diadakan pada sambutan Hari Kanak-Kanak.
Majlis pelancaran di Marrybrown IOI City Mall Putrajaya
Nisakay sebagai pengacara majlis
Marrybrown terkenal dengan sajian ayam goreng yang rangup yang telah menambat hati rakyat Malaysia untuk sekian lamanya. Usaha mewujudkan pakej hari jadi ini dilihat sebagai salah satu usaha memberi pilihan dan peluang kepada peminat restoran Marrybrown untuk lebih dekat dan menghargai peminat mereka khususnya pada sambutan hari jadi. Pakej hari jadi bersama Doraemon ini didatangkan dengan barangan dan dekorasi Doraemon bagi menambahkan lagi keceriaan sambutan hari jadi mereka. Read More
Acara tahunan yang dianjurkan oleh YouTube Malaysia sekali lagi diadakan pada tahun ini bagi mengiktiraf penggiat dan penghasil video yang menggunakan YouTube sebagai platform pemasaran dan media komunikasi. Pada tahun 2019 ini juga YouTube Malaysia menganjurkan YouTube Ad Awards yang merupakan sebahagian dari pengisian Festival YouTube Malaysia 2019. Anugerah ini disampaikan kepada agensi pengiklanan yang telah berjaya menghasilkan video-video di YouTube yang memberi impak kepada penonton dan juga mempunyai jumlah tontonan yang banyak.
Diantara pemenang besar malam tersebut adalah Celcom sebagai ‘Ad of The Year’ dengan video ‘Cucu-cucu Tok Ucu : Filem Pendek Hari Raya’ di mana telah memenangi anugerah di dalam kategori Best Ad in Telecommunication. Selain itu, jenama lain seperti Pantene’s, F&N, CIMB dan AirAsia juga turut memenangi bagi kategori masing-masing. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang!
Jinnyboy TV merupakan salah satu YouTUbe Channel yang sudah mencecah 1 juta subscribers
YouTubers “Cody Hong”
YouTube Malaysia juga tidak melepaskan peluang untuk memberi pengiktirafan kepada YouTuber Malaysia yang telah berjaya mencecah langganan melebihi 1 juta di YouTube channel mereka. Di Malaysia, terdapat 3 YouTube Channel yang mula-mula sekali berjaya mencecah 1 Juta subscribers iaitu Les’ Copaque Production, Astro Gempak dan CartoonHooligans. Ketiga-tiga YouTube Channel ini merupakan juara YouTuber di Malaysia kerana menjadi yang terawal sekali berjaya memecahkan rekod langganan 1 Juta di YouTube Channel masing-masing. Namun pada tahun 2019, langganan YouTube Channel bagi ketiga-tiganya telah meningkat dan didominasi oleh Les’ Copaque YouTube Channel dengan 7.3 Juta subscribers(ketika artikel ini ditulis). Tahniah! Read More
Kalau masa Halloween memang tak sah kalau kita dah nampak macam promosi berkaitan dengan tema seram dan berkaitan dengan Halloween. Perasan seram dan takut tu rasa macam satu trend yang semua orang ingin alami ketika musim ni. Saya juga akhirnya terjebak dan mengalami sendiri perasaan seram ketika Halloween yang lalu di Night of Fright Sunway Lagoon. Sebenarnya Night Of Fright ni adalah edisi ke 7 dan setiap tahun saya lihat banyak good review berkaitan dengan event ni. Dari set seramnya sehinggalah kepada cosplayer di Night Of Fright ini semuanya dikatakan menyeramkan. Seram ke tidak? Teruskan membaca review saya menyeramkan diri di NIGHT OF FRIGHT 7.
Acara NOF7 ini diadakan setiap hujung minggu bermula dari hari Jumaat hingga Ahad dan pintu masuk mula dibuka pada jam 7.30pm sehingga 11.30pm. Ini bermakna persembahan Halloweennya adalah waktu malam sahaja dan tiada persembahan pada waktu siang. Kalau siang tak takut pulak dah kan?
Entrance di Sunway Lagoon
Terdapat 8 jenis rumah hantu serta pelbagai jenis rides dan beberapa persembahan pentas yang boleh ditonton dan dimasuk bila-bila masa sahaja ketika berada di Night Of Fright. Yang paling mengujakan adalah semua petugas ataupun cosplayer disekitar kawasan sangat-sangat into the character. Kebanyakkan dari mereka dipakaikan dengan kostum hantu yang cantik dan dimekap dengan sangat teliti dan believable. Perwatakan mereka juga sangat kena dan bersesuaian dengan watak hantu yang dibawakan. Mereka sangat displin dan menjaga perwatakan mereka walaupun ramai yang ingin bergambar bersama. Walaupun rupanya mereka agak menakutkan, tetapi mereka tidak dibenarkan untuk memegang dan bercakap dengan pengunjung. Jadi tak perlulah terlalu takut.
Persembahan pentas
Diantara hantu yang menyeramkan di Night of Fright 7
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Tak sabar rasanya nak tengok reaksi orang ramai terhadap filem Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal apabila ditayangkan di pawagam pada 21 Mac 2019 nanti. Debaran kian terasa apabila saya terlibat dengan pengurusan Mala Gala ataupun Tayangan Perdana filem Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal pada 5 Mac yang lalu. Malam gala ini diadakan di GSC Mid Valley dan rata-rata para jemputan adalah terdiri dari partner, fanclub, rakan media dan juga bloggers. Berdebar bukan saja dari menantikan reaksi mereka, tetapi dari segi kelancaran malam gala tersebut. Bagi yang belum membaca review saya berkaitan filem Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal boleh baca terlebih dahulu di sini. Jadi apa tunggu lagi, jom kita lihat suasana kemeriahan pada malam tersebut.
Di antara perancangan pada malam gala yang saya aturkan adalah menguruskan jadual bagi persembahan termasuklah flow pelancaran dan persembahan artis. Seperti yang kita tahu, terdapat 2 buah lagu OST bagi filem ini iaitu “Keris Sakti” yang dinyanyikan oleh penyanyi berasal dari Brunei iaitu Fakhrul Razi dan lagu “Buai Laju-Laju” yang dinyanyikan oleh penyanyi bersuara merdu, Ernie Zakri.
Sesi briefing bersama Ernie Zakri
Diantara fanclub yang sampai awal
Suka family ni, pakai baju lengkap ala-ala kesultanan Melaka
Kedua-dua artis ini harus datang lebih awal bagi sesi latihan flow serta sound check. Senang bekerjasama dengan mereka ni sebab kedua-duanya adalah profesional dan sudah biasa membuat persembahan. Walaupun jemputan bermula pada jam 7.30malam tetapi macam tak percaya kebanyakkan tetamu dah mula datang seawal jam 5 petang lagi. Dengan bertemakan pakaian kebangsaan ataupun pakaian ala-ala pakaian melayu lama, ada juga tetamu yang hadir mengikut tema yang dicadangkan. Kagum saya tengok. Read More
Acara Putrajaya Night Marathon 2018 merupakan diantara acara larian marathon yang ditunggu-tunggu oleh kebanyakkan runner. Menghidangkan pilihan larian sejauh 42Km dan 21KM serta jarak larian lain yang lebih rendah, kebanyakkan pelari suka berlari di Putrajaya kerana laluan yang kurang berbukit, mendatar dan lebih-lebih lagi ianya diadakan pada waktu malam. Namun begitu, untuk berlari dalam cara Full Marathon dan Half Marathon bukanlah sesuatu yang mudah. Setiap pelari harus mempunyai latihan dan persediaan yang cukup disamping pengawalan makanan yang seimbang.
Putrajaya Night Marathon 2018 merupakan penyertaan Half Marathon yang ke 4 saya dan terus terang saya rasa sangat excited kerana kali ni saya boleh dikatakan sudah bersedia dari segi fizikal dan latihan larian. 2 bulan sebelum acara ini saya sudah melalui beberapa latihan larian setiap hari termasuklah mengamalkan makanan seimbang dan sihat. Salah satu pemakanan yang saya amalkan adalah dengan mengambil ubi kentang dan khususnya Potatoes USA. Bila saya banyak berlatih, saya perlukan tenaga dan proses recovery yang lebih cepat. Ramai yang beranggapan pisang adalah pilihan yang lebih baik untuk memberikan tenaga kerana mengandungi potassium yang tinggi. Tetapi sebenarnya ubi kentang mengandungi lebih banyak potassium dari pisang.
Potatoes USA booth di Putrajaya Night Marathon 2018
Kentang baik untuk diet
Di Putrajaya Night Marathon 2018, salah satu booth yang menarik perhatian saya adalah booth Potatoes USA. Pertama kali menjadi penaja bersama bagi acara ini, sebenarnya nama Potatoes USA sangat terkenal di negara barat dengan menjadi penaja bagi acara besar seperti Ironman dan sebagainya. Jadi bila saya nampak je booth Potatoes USA di Putrajaya Night Marathon 2018 dah terasa seperti atlet Ironman. Terdapat sampel makanan berasaskan ubi kentang diedarkan di booth ini sebelum dan selepas larian diadakan. Read More
Selama ni saya tak sangka ubi kentang merupakan salah satu makanan sihat dan sesuai untuk diet. Entah kenapa selama ni dalam pemikiran saya ubi kentang adalah makanan yang mengemukkan dan tak sihat. Kita selalu terbayangkan kentang goreng segera yang sedap di makan tetapi tidak sihat. Baru-baru ni saya didedahkan tentang kebaikkan ubi kentang dari Amerika Syarikat USA yang diyakini berkhasiat dan sesuai dijadikan sebagai sumber tenaga. Satu sesi bersama fitness blogger dan media telah diadakan di Pusat Konvensyen Sime Darby iaitu POWER UP WITH POTATOES.
Saya bersama beberapa orang rakan fitness blogger dan influencer yang lain disambut oleh jurulatih sukan dan kecergasan terkenal iaitu Noel Chelliah dan Kimbely Yap dari DailyMuscle Light House. Kimbely sendiri merupakan pemenang pingat emas triatlon dan bersetuju tentang khasiat ubi kentang di dalam diet dan kecergasan. Jadi apa tunggu lagi, jom kita tengok apakah yang mereka ingin kongsikan berkaitan tentang khasiat ubi kentang.
Mr Noel dari DailyMuscle excited mengedarkan ubi kentang
Saya bersama Potatoes USA
POWER UP WITH US POTATOES USA
Secara asasnya Potatoes USA sendiri mempunyai khasiat lebih banyak dari makanan harian lain yang kita sangka lebih baik. Ianya mengandungi lebih banyak potassium dari pisang dan Potatoes USA mengandungi 0% fat. Ini bermakna ubi kentang sendiri tidak menggemukkan kerana tidak mempunyai kandungan lemak. Walau bagaimanapun, sebiji ubi kentang bersaiz sederhana mengandungi 100 kalori dan 26g karbohidrat. Namun begitu badan kita masih perlukan karbohidrat dan ubi kentang menjadi sumber yang terbaik kerana ianya tanpa lemak, tinggi dengan serat, membantu fungsi otot, kardiovaskular dan disamping khasiat yang lain. Read More
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Khusus buat peminat setia Upin & Ipin ini ada berita gembira buat anda kerana baru-baru ini butik Upin & Ipin Store yang menjual merchandise rasmi Upin & Ipin baru sahaja dibuka di Ampang. Ini merupakan butik ke 2 yang dibuka selepas butik pertama Upin & Ipin Store yang terletak di Seksyen 13, Shah Alam. Lokasi terbaru ini akan memudahkan peminat Upin & Ipin dari Lembah Klang bagi mendapatkan koleksi peribadi animasi nombor 1 Malaysia ini. Bertempat berdekatkan dengan Ampang Point dan berdepan dengan lebuh raya MRR2, kedainya agak mudah dicari.
Saya berkesempatan memeriahkan majlis pelancaran Upin & Ipin Store yang telah dirasmikan oleh pengarah urusan Les’ Copaque Production Tuan Haji Burhanuddin Md Radzi berserta isterinya Hajah Ainon bt Ariff. Majlis ini juga dihadiri oleh rakan-rakan blogger serta pengunjung yang dijemput khusus. Pada hari pembukaan ni, Upin & Ipin Store membuat jualan murah dengan menawarkan diskaun sehingga 50% dari 1 hingga 8 Oktober 2017. Selain tawaran diskaun, 100 pengunjung terawal pada hari pembukaan juga dihadiahkan goodies dari LC Merchandising dan Mamee.