Kali ni saya nak review di antara salah satu face mask yang paling cepat laku dan sold out di Malaysia iaitu keluaran dari Uniqlo. Kalau tak percaya, saya sendiri susah nak dapatkan mask ni walaupun sudah mula berada di pasaran Malaysia semenjak 14 Sept yang lalu. Ini pun saya sempat beli ketika stok baru sampai di Uniqlo AEON Mall Shah Alam. Jadi inilah dia Uniqlo AIRism Face Mask iaitu mask yang diperbuat dari fabrik berkualiti AIRism yang dikatakan sungguh sejuk dan ringan. Ada yang cakap dengan saya, Uniqlo AIRism face mask ni sungguh ringan sampai tak perasan bila kita sedang pakainya dimuka. Betul ke apa yang orang review tu? Kalau nak tau apa pula pendapat saya teruskan membaca.
Uniqlo AIRism Face Mask
Untuk AIRism mask ni, Uniqlo telah mengeluarkan 2 jenis iaitu warna hitam dan putih. Setiap peknya dijual dengan harga RM39.90 dan mengandungi 3 unit di dalamnya. Rekaan pek untuk mask hitam dan putih adalah sama tetapi dibezakan dengan label hitam di bahagian atas peknya. Terdapat 3 saiz untuk mask ini iaitu S, M dan L. Untuk review saya ini, saya membeli saiz L yang dikatakan lebih sesuai untuk lelaki.
Uniqlo AIRism Face Mask ini mempunyai 3 lapisan. Lapisan pertama adalah untuk memudahkan pernafasan, lapisan kedua pula bertindak sebagai filter yang menapis 99% bateria dan lapisan ke tiga pula adalah untuk melindungi dari sinaran UV dengan UPF50+. Mask ini juga boleh dibasuh dan diguna semula sehingga 20 kali. Seperti yang saya bagitahu pada awal tadi, terdapat 3 unit mask di dalam setiap pek Uniqlo AIRism Face Mask. Jadi dengan harga RM39.90/pek, setiap satu mask ini bernilai RM13.30.
Wow, jimat dan bagus betul kalau macam ni.
Design AIRism Face Mask
Face Mask ini nampak simple dan straight to the point. Terdapat logo AIRism serta info tentang saiz pada bahagian dalam mask. Mask ini menggunakan design earloop dan tiada pilihan bagi mereka yang inginkan ikatan di belakang kepala. Materialnya memang nipis dan selesa dipegang. Bila saya tarik lapisan sebelah dalam dan luar, saya dapat rasakan ada 1 lagi lapisan di bahagian dalam yang berfungsi sebagai filter.
Berbeza dengan face mask washable yang saya pernah cuba sebelum ini, Uniqlo AIRism Face Mask ini tidak mempunyai ruang untuk meletakkan filter. Ini adalah kerana lapisan tengahnya adalah lapisan filter yang telah tersedia.
Tahap Keselesaan
Bila pertama kali saya pakai Uniqlo AIRism Face Mask ini, saya dapat rasanya ianya selesa dipakai. Ianya tidak terlalu ketat di bahagian telinga dan mempunyai ruang kosong yang luas di bahagian depan. Ini membolehkan saya rasa mudah bernafas dan menggerakan mulut ketika bercakap. Saiz mask nya sungguh besar dan menyeluruh serta mampu menutup penuh kawasan mulut saya sehingga ke bahagian telinga dan dagu.
Ianya memang selesa dipakai malahan saya boleh katakan ini adalah diantara mask yang paling selesa saya pernah pakai.
Pendapat saya
Uniqlo AIRism Face Mask ni memang selesa walaupun mempunyai 3 lapisan dan menjadikannya agak tebal. Pemilihan material AIRism sebagai face mask memang sangat sesuai. Cuma saya hairan kerana material AIRism di bahagian dalam dan luar rasa sama saja. Ianya memang selesa, cuma saya rasa materialnya seakan-akan sama. Jadi saya hairan adakah fungsi khusus lapisan luar dan dalam berbeza.
Selain itu juga oleh kerana face mask ini mempunyai ruang yang luas di bahagian depan, jadi ianya kadang-kadang terlalu mudah untuk longgar dan jatuh. Jadi bila pakai lama-lama tu, tengok-tengok hidung kita dah terkeluar dari face mask. Saya tak pasti adakah ini masalah saya saja atau ada orang lain yang mempunyai masalah yang sama.
Dari segi designnya pula saya betul-betul berharap, logo AIRismnya sepatutnya direka untuk berada di luar dan biarlah info saiznya saja yang berada di dalam. Yelah, kebanyakkan design mask sekarang ni memang nak bagi nampak jenama di luar untuk membezakan dengan jenama mask lain.
Namun begitu secara keseluruhannya saya memang sukakan face mask ni. Ianya terus menjadi salah satu face mask kegemaran dan harian saya. Dengan pilihan warna “selamat” hitam dan putih, mask ini sesuai dipakai tak kira apa juga tujuan dan pemakaian. Dengan harga RM39.90 ianya juga berbaloi dibeli dan jimat kerana boleh dipakai berulang kali.
Jadi bagi sesiapa yang nak dapatkan Uniqlo AIRism Face Mask ni segeralah ke cawangan Uniqlo berdekatan sebelum terlambat.
2,233 total views, 1 views today
Yup, saya perasan agak hyped juga tentang Airism facemask ni di media sosial. Dari review kawan-kawan yang sudah mencuba pun rata-rata cakap yang diorang sangat berpuas hati. Cuma tentang longgar tu saya tak pasti pula. Apapun, rasanya kena check out juga ni!
Fashionable and functional – terbaik la mask Uniqlo nie. Hari tu tengok Cik Lily Putih beli, teringin nak beli tapi tak berkesempatan ke Uniqlo lagi.
review ikhlas sangat. suka washable type facemask. lebih mudah. looks comfortable and reasonable price. but i like hijab friendly type of mask.
Susah jugak kalau tiba-tiba dah melorot ke bawah. Kalau kita busy dengan kerja mana nak perasan benda tu. Tengok material dia macam selesa dipakai
menarik juga face mask uniqlo sebab boleh cuci banyak kali dan siap ada sekali dgn filter..
Famous mask ni. Ramai yang beli. Ada 3 rupanya 1 pack. ok la berbaloi jugak kalau beli. Yang penting function dia bagus.
Harga pun mampu milik. Apa salahnya guna yang terbaik dan terjamin. Yang penting keselamatan dan kesihatan. TQ sharing good stuff.
Madam B recently posted…ADVENTURE PARK Setia Ecohill 2 Ala Forest Sesuai Aktiviti Berbasikal
Terlihat pas sepertinya untuk semua bentuk wajah. Saya suka yang berwarna hitam nih. Soalnya buat pecinta motor tentu masker sangat penting, nanti coba belanja deh di trans uiqlo.
ala.. earloop ke ? dok tengok juga ramai yang pakai Airism tapi tu lah.. akak ni nak yang mudah sarung.. hee~ tapi nanti nak singgah juga Uniqlo beli kan untuk husband dan anak2.. harga pun murah sangat tu..
Siannya kita ketinggalan tak tahu mask terhangat dipasaran. Nampak memang selesa dan ada style laaa.. Harga pun ok. Nanti nak cari laaa
Nina Mirza recently posted…TIPS Berkesan Untuk Merawat Kulit Muka Yang Rosak Sebab Sunburn
okay, nampak menarik facemask ni. ada nampak jugak ramai yg beli facemask ni. harga pun berpatutan. bolehlah nnti nak cari. 🙂
Yaaa Sis ada beli juga tapi untuk anak bujang Sis.. tu pun katanya minta belikan lagi sebab selesa.. yang penting jangan tak cuci jer kann.. Sis jenis malas sikit, sebab tu guna pakai buang aje hahahaha
Sis Lin recently posted…GOODDAY MILK EMBARKS ON A MISSION TO CREATE AWARENESS AND EDUCATE MALAYSIANS TOWARDS THE PRESERVATION OF BORNEON ORANGUTANS
I m planning to get one also, the black one is more suitable for me. The price also reasonable juga.
Sunshine Kelly recently posted…Review: 6 Reasons Why I like BiO-LiFE® reVitiz
Memang top seller la kan face mask mereka… Sebelum stok sampai dah kecoh satu Malaysia..memang berjaya promosi mereka..Nak dptkan juga la, sure nice and looks good!
Yupe yang penting face mask ni selesa untuk dipakai untuk jangka masa yang panjang kan? Harganya hanya RM40 sahaja? OK kerana berpatutan.
Tekkaus recently posted…Bayview Hotel Melaka Review-In The Heart of Melaka
I also long for the Uniqlo AIRism Face Mask since it launched in Japan months ago. hurray it’s now available in here too
Rane Chin recently posted…Primera™ Red Rice – Healthy and Tasty Rice
Uniqlo AIRism Face Mask ni npk mcm selesa nti blhlah beli lgpun mudah nak pakai
Ruby pun beli yang Uniqlo ni punya. Tak sempat nak review sebab best sangat pakai. Hahahaha. Tak lemas pakai yang Uniqlo ni. Lg satu, dia punya material best. Hidung pun tak kemek kerana permukaan depan ketat macam disposable face mask. Sekarang Ruby pakai yang camni aje la. Kalau ada yang ikat belakang utk hijabi mesti nak beli juga. Hahaha
Ruby recently posted…Korean Drama Review: Stranger 2, Membongkar Kes Atasan Dan Bagaimana Rasuah Berlaku Di Dalam Sesebuah Organisasi Kerajaan
Wow bagus jenis face mask mcmni.. Za pun kena cari jenis sejuk dan boleh bernafas sbb za kalau pakai yg biasa sesak nafas..