Ketika berpuasa di dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini pasti kita masing-masing teringin menikmati juadah berbuka puasa seperti yang kita sering dapatkan di bazar Ramadan sebelum ini. Namun begitu, disebabkan larangan pembukaan bazar Ramadan untuk membendung rantaian wabak COVID-19, menyebabkan kesukaran untuk mendapatkan makanan kegemaran.
Pada tahun ini e-Bazaar diwujudkan bagi memudahkan kita untuk mendapatkan pelbagai juadah-juadah iftar dari keselesaan kediaman rumah kita sendiri. GRAB Food misalnya telah bekerjasama dengan MBI Selangor dan Hijrah Selangor bagi perkhidmatan Grab e-Kitchen Bazar yang menawarkan pelbagai juadah Ramadan kegemaran dari restoran dan juga peniaga-peniaga kecil dan tradisional.
Diantara menu-menu makanan yang boleh dibeli melalui segment Grab e-Kitchen Bazar adalah seperti murtabak, popiah sambal, ayam percik, nasi kerabu dan banyak lagi. Senarai makanan yang ditawarkan adalah bergantung kepada lokasi berhampiran dengan rumah anda. Perkhidmatan ini merangkumi 10 lokasi di Selangor seperti
- Ampang
- Damansara
- Petaling Jaya
- Subang Jaya
- Klang
- Puchong
- Seri Kembangan
- Cyberjaya
- Bangi
- Semenyih
Cara Membuat Tempahan Grab e-Kitchen Bazar
Setiap tempahan akan dihantar bermula dari 2.30petang dan disyorkan agar setiap pesanan makanan dilakukan sebelum 5petang bagi mengelakkan kelewatan penghantaran makanan.
- Buka aplikasi Grab melalui telefon dan tekan menu Grab e-Kitchen Bazar
- Lihat info tentang Grab e-Kitchen Bazar dan klik Order Now
- Pilih e-Kitchen Bazar berdekatan dengan rumah anda
- Klik pada juadah makanan yang ingin dipesan
- Klik pada Add to Basket
- Klik Place Order untuk membuat pesanan dan tunggu notifikasi penghantaran makanan
Pengalaman Membuat Tempahan Grab e-Kitchen Bazar
Saya sendiri sudah mencuba memesan makanan melalui Grab e-Kitchen Bazar dan ini adalah pengalaman peribadi saya. Saya memilih makanan Nasi Kerabu Ayam Madu dari Restoran Hayaki cawangan Shah Alam. Oleh kerana takut makanan sampai lambat, saya memesan makanan pada jam 12tengahari tetapi pada pilihan waktu penghantaran saya memilih jam 5.30 petang.
Sekitar jam 5.10 petang saya mendapat notifikasi dari Grab Food di mana makanan saya sedang diambil oleh rider di Restoran Hayaki. Tak sampai beberapa minit selepas itu, melalui aplikasi Grab saya lihat rider sedang menuju ke rumah saya. Sekitar 5.25 petang rider Grab Food yang sudah sampai dilobby rumah saya menelefon saya.
Bagi saya yang pertama kali membuat tempahan makanan melalui aplikasi Grab Food saya rasa sangat bangga dengan servis in dan sangat berpuas hati. Makanan saya juga di dalam pek kemas dan siap sedia untuk dimakan ketika berbuka puasa nanti.
Nampak menyelerakan tak Nasi Kerabu Ayam Madu saya ni? Ye, ianya bukan saja nampak sedap tetapi memang sedap. Saya rasa bagi sesiapa yang ingin menggunakan perkhidmatan ini silalah membuat tempahan lebih awal dan setkan waktu penghantara lebih awal. Ketika waktu PKP ini selain ramai umat Islam membuat tempahan untuk waktu berbuka puasa tetapi ramai juga yang bukan muslim menempah makanan untuk makan malam. Jadi untuk mengurangkan risiko terdapatnya masalah, buatlah tempahan awal.
Sekarang ni pun waktu petang cuaca tak menentu sangat, selalu hujan lebat. Sekian ini saja review Grab e-Kitchen Bazar dari saya. Selamat berpuasa semua! Untuk info lanjut mengenai perkhidmatan ini sila layari :
https://www.grab.com/my/campaign/grabrayadeals-ramadanfavourites/
1,653 total views, 1 views today
[…] ini Grab telah bekerjasama bersama Negeri Selangor dan juga Wilayah Persekutuan dalam mewujudkan Grab e-Bazar Ramadan. Sama seperti konsep tempahan makanan Grab sebelum ini, semua makanan akan boleh ditempah melalui […]
wah..dah ada grab ekitchen. baguslah utk memudahkan mereka yg dok bujang atau bekerja utk beli makanan. bukan barang je boleh shopping on9..makanan dh siap pun boleh.heheh
xpernah lgi order makanan dari grab food..almklum la rumah hulu banat guna waze mmg xjmpa..klu google map insyallah jmpa..untung la dok dkt bndar nie..smua ada..
Sejak PKP ni blm lagi order melalui Grab e-kitchen Bazaar ni sbb masak sendiri…bagus lah utk org bujang tak perlu masak.
selama ber pkp ni saya dan suami masak je. sekali je beli. memang azab beratur semata-mata nak lunch. delay sejam. elok sangat ada grab ekitchen ni
Teknologi zaman sekarang ni macam-macam sehingga berjaya wujudnya e-bazar ni. 👍🏼
nasi kerabu! Tengok pun dah tahu sedap. Efisien sungguh Grab ekitchen ni. Bolehlah try nanti
LM recently posted…Risau Facebook Sentiasa Memantau Aktiviti Anda? Ini Sebab Dan Cara Nyahaktif Fungsi “Off Facebook Activity”
bagus gini. memudahkan org kan.
betul tu, now, cuaca tak menentu. panas. pastu tetiba hujan je.
bila ada e-kitchen ni, menyempurnakan buka puasa kita.
tak perlu keluar rumah 🙂
wah ada puchong. best2. e bazar pun sama je meriah macam bazar biasa. lagi best semua hantar ke rumah haha
oh dekat selangor je ke? dkt rumah saya skrg mmg grabd dan lain2 tak masuk. apa2pun terima kasih share ya
Tak pernh lagi order mknn dekat grab ekitchen tu. Ada tengok, memang ada macam2. Pernh guna grab food utk pesan makann, tapi tak tau la pulak bab bokeh hntr lewat. Hahaha
Bagusnya ada Grab E-Kitchen. Untung lah rakyat selangor ade E-kitchen. Tak perlu risau..boleh je dapatkan juadah berbuka macam bazaar ramadhan dekat E-kitchen ni kn 🙂
ienaeliena recently posted…MarryBrown Berbaloi Puasa Serendah RM9 Seorang
Banyak juga juadah berbuka yang boleh dibeli di grab e kitchen bazar ni. Lagi untung yang tinggal di area Selangor. Teringin nak makan ayam percik, martabak order saja melalui grab e kitchen bazar.
Mimi Azirah recently posted…Tanda Awal Kehamilan, Ini Simptom-Simptom Yang Di Alami Sebelum Ujian Kehamilan Dilakukan
Biasa guna Foodpanda je, tak tau plak Grab pun ada jual makanan, ni Johor pun ada ek, kenapalah tak masuk lagi ke Johor huhuhu, kalau tak senang juga nak order dalam pelbagai apps…nampak menunya pun sedap tu Zarin order…
Sis Lin recently posted…TAK TAHU NAK MASAK APA MASA SAHUR? KORANG BOLEH CUBA 7 MENU SIMPLE INI!
Dah ada Grab e-kitchen. Not sure untuk negeri Penang dah ada atau tak. Nanti nak semak. Jika ada, nak order menu Ramadan PKP. Salam Ramadan.
Wahh baru tahu ada grab e kitchen ni. Nanti nak cuba. Sebab makanan restoran dah terlalu biasa. Mencari ayam golek ni. Rasa-rasa ada ke? Hehehehe.
Ruby recently posted…ITTV Program Pembelajaran Online Dari Tahun 4 Hingga Tingkatan 5
Sedapnya seronoknya ada. Tapi sayangnya sini grab bazaar tak ada. Mesti meriah dekat kawasan hot spot kan.
Selama pkp mmg masak je sendiri sbb area umah ni mmg tiada apa delivery masuk. Selamat juga la duit poket. But i will share this with my friends later.
Zaza Azman recently posted…A’isy Zafran’s progression in school – 4th Month (ONLINE CLASS ASSIGNMENTS)
Pergh… menyelerakan betul tengok gambar tu. BTW mudah lah kalau guna Grab e-Kitchen Bazar ni kan untuk beli makanan untuk berbuka.
Sejak pkp ni pelbagai alternative cod makanan ada bagi memudahkan rakyat Malaysia. Baguslah ada e kitchen dan banyak lagi pilihan yang boleh kita pilih. Yang penting jaga diri stay safe